𝒁𝒂𝒓𝒓𝒆𝒍'𝒔 // 𝟒𝟏

54 3 0
                                    

"𝐵𝑒𝑐𝑎𝑢𝑠𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑜𝑛𝑙𝑦 𝑜𝑛𝑒 𝑖𝑛 𝐻𝑖𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦 𝑜𝑓 𝑀𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒"
- 𝑍𝑎𝑟𝑟𝑒𝑙 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑒𝑙 -

"𝑌𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑚𝑦 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝑏𝑢𝑡 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑚𝑦 𝑡𝑟𝑢𝑒 𝑙𝑜𝑣𝑒"
- 𝐻𝑦𝑑𝑖𝑛𝑎 𝐴𝑛𝑛𝑎𝑠𝑡𝑎𝑐𝑦𝑎 -


🎶~𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙶𝙰𝙽𝚃𝙸...?
𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙳𝙸𝙰... ?
𝚄𝙼𝙿𝙰𝙼𝙰 𝙼𝙴𝙽𝙰𝙽𝚃𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙼𝙿𝙾𝙼𝙿𝙾𝙽𝙶,
𝙹𝙰𝙳𝙸 𝚁𝙰𝙼𝙰-𝚁𝙰𝙼𝙰..
𝙳𝙸𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙷𝙸𝙻𝙰𝙽𝙶𝙽𝚈𝙰 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰?
𝚂𝙴𝙸𝙽𝙳𝙰𝙷 𝙱𝚄𝙻𝙰𝙽 𝙿𝚄𝚁𝙽𝙰𝙼𝙰
𝚄𝙽𝚃𝚄𝙺 𝙺𝚄 𝙱𝙴𝚁𝙿𝚄𝙸𝚂𝙸
𝙱𝙴𝚁𝙼𝙰𝙳𝙰𝙷 𝙿𝚄𝙹𝙰𝙽𝙶𝙶𝙰.. ~🎶

🎶-Aiman Sidek ft Alin Sidek - 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚂𝚎𝚓𝚊𝚝𝚒~🎶

It's Time For Us To Say Goodbye

Mata Zarrel mencerlung tajam ke arah Reyhan. Begitu juga dengan Reyhan yang tidak kalah tajamnya memandang ke arah Zarrel. Jari-jemari Reyhan masik setia lagi mengacukan pistolnya ke hadapan

"So, want to stay like this?" Soal Reyhan sinis memandang Zarrel. Seolah-olah mengejek jejaka itu

"Kau memang tak ubah seperti pengecut Reyhan. Dari dulu kau selalu cuba untuk rampas Dina dari aku dengan cara kotor. Macam aku pernah kata dulu, lawan guna cara gentleman" giliran Zarrel pula tersenyum menyeringai memandang Reyhan yang sedang kepanasan apabila dia direndahkan. Di sisi yang lain. Dina tersedar dari pengaruh ubatnya. Dia terkejut apabila pandangan pertama yang dia lihat adalah Reyhan

"Wah... Snow White kita dah bangun. Sleep well darling?" Reyhan menegur Dina tapi satu hapak pun Dina tidak mengerti apa yang sedang berlangsung di hadapannya ini. Semua orang sedang memerhatikannya. Dina cuba bergerak tapi pegerakannya terbatas dek terikat. Dina memerhatikan sekelilingnya. Clara? Apa yang dia lakukan di sini?

"Clara?" solan itu terkeluar dari mulutnya tanpa sedar

"Yes, Clara. Your husband second wifey!" Reyhan pula yang teruja. Macam beruk

"HA!? Apa maksud semua ni? Zarrel! Apa ni?" nadanya sudah naik beroktaf. Dia kecewa

"My girl.. I'm sorry. Saya tak berniat nak buat macam ni"

Mula sudah babak yang dramatik. Getus hati busuk Reyhan

"Tak berniat apa!? Awak ni bodoh ke Zarrel!? Awak tak ada agama ke!? Kau khianat aku Zarrel Daniel!" dengan air mata yang tertahan dia membentak sekuat hati. Tapi dari belakang, Clara yang sudah berada di belakang Dina menahan Dina untuk bersandar ke belakang

"Diamlah bodoh!" Clara membentak Dina. Kemudiannya dia mendekatkan wajahnya ke arah Dina untuk berbisik. Reyhan tidak curiga kerana dia sedang fokus menunggu kehadiran beberapa orang 'tetamunya' dan memandang ke arah pintu

"Dina, aku minta maaf dekat kau. Tapi kau ikut aje alur permainan ini. Atau tak, semua orang yang kau sayang nyawa dia terancam" bisik Clara sambil belakang tangannya membuka ikatan tangan Dina. Dina diam. Kerana dia ke sini juga akibat Reyhan yang menculiknya

Pagi tadi cukup syok dia apabila melihat Reyhan yang berdiri di hadapan chalet nya bersama dengan beberapa muka lelaki yang hodoh dan berbadan tegap. Mereka maju dan menekup mulutnya. Setelah itu, gelap. Dina pasti, ini adalah rancangan Reyhan. Satu yang dia tidak tahu adalah apa punca semuabenda ini terjadi

[𝐂]-𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now