𝒁𝒂𝒓𝒆𝒍𝒍'𝒔 // 𝟎𝟗

35 4 0
                                    

"𝐵𝑒𝑐𝑎𝑢𝑠𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑜𝑛𝑙𝑦 𝑜𝑛𝑒 𝑖𝑛 𝐻𝑖𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦 𝑜𝑓 𝑀𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒"
- 𝑍𝑎𝑟𝑟𝑒𝑙 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑒𝑙 -

"𝑌𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑚𝑦 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝑏𝑢𝑡 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑚𝑦 𝑡𝑟𝑢𝑒 𝑙𝑜𝑣𝑒"
- 𝐻𝑦𝑑𝑖𝑛𝑎 𝐴𝑛𝑛𝑎𝑠𝑡𝑎𝑐𝑦𝑎 -



🎶~𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙶𝙰𝙽𝚃𝙸...?
𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙳𝙸𝙰... ?
𝚄𝙼𝙿𝙰𝙼𝙰 𝙼𝙴𝙽𝙰𝙽𝚃𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙼𝙿𝙾𝙼𝙿𝙾𝙽𝙶,
𝙹𝙰𝙳𝙸 𝚁𝙰𝙼𝙰-𝚁𝙰𝙼𝙰..
𝙳𝙸𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙷𝙸𝙻𝙰𝙽𝙶𝙽𝚈𝙰 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰?
𝚂𝙴𝙸𝙽𝙳𝙰𝙷 𝙱𝚄𝙻𝙰𝙽 𝙿𝚄𝚁𝙽𝙰𝙼𝙰
𝚄𝙽𝚃𝚄𝙺 𝙺𝚄 𝙱𝙴𝚁𝙿𝚄𝙸𝚂𝙸
𝙱𝙴𝚁𝙼𝙰𝙳𝙰𝙷 𝙿𝚄𝙹𝙰𝙽𝙶𝙶𝙰.. ~🎶

🎶-Aiman Sidek ft Alin Sidek - 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚂𝚎𝚓𝚊𝚝𝚒~🎶

Tunang Muda Ku

Malam yang sangat mewah apabila satu majlis mewah yang diadakan dua orang keluarga berada ini iaitu majlis pertunangan di antara Hydina Annastacya dan Zarrel Daniel. Ya, mereka bertunang ianya apabila....

Flashback on

"Tunang!? What is this?" serentak mereka berdua menyoal Heykal untuk meminta kepastian

"Ya Dina, malam semalam mama ada buat video call dengan abang dan mama kata dia dengan papa akan balik KL petang ni" Heykal mengiyakan

"No way! Abang saja nak main-main dengan adik kan? Apa pun tak bincang dengan adik" bantah Dina terlebih dahulu

"Nak bincang apanya? Mama kata semua persiapan dah diselesaikan termasuk cincin tunang. Sekarang hanya tinggal jalankan je majlis tu"

Entah kenapa Zarrel merasa ada yang tidak betul dengan hatinya selepas menerima berita yang boleh dikatakan berita gembira ni. Zarrel dapat merasakan bahawa dia sangat gembira melihat Dina yang tampak tidak menerima pertunangan yang diaturkan oleh keluarga mereka

"Zarrel! Tak kan kau terus setuju? Cakap lah yang kau tak nak!"

"Aku... Aku nak teruskan juga majlis ni" putusnya

"Kenapa? Kita kan tengah sekolah. Lagi empat bulan dah nak masuk tahun depan dan kita akan ambil SPM"

"Tak salah pun kalau kita berdua bertunang"

"Tap-"

"Dah... Basuh pinggan tu" percakapan Dina dipotong oleh Heykal. Gadis itu terus terdiam

Flashback end

Hati Dina pun tidak terlalu menolak pertunangan ni seperti yang dikatakan olehnya semalam. Tapi sebaliknya dia pun turut merasa suka dengan perjodohan kedua orang tuanya. Adakah cinta sudah mula berputik di dalam hati Dina?

Entah lah, Dina pun tidak pasti dengan apa yang dirasakan olehnya kerana tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan. Bagi Zarrel, dia sudah sangat-sangat pasti dengan perasaannya kerana baru beberapa minggu lepas dia sedar yang perasaan cinta itu sudah timbul padanya sejak dari pertama kali pertemuan dia dengan Dina iaitu pada hari pertama kemasukan Dina ke sekolah barunya diwaktu dia tanpa sengaja melanggar dan tercium bau wangi rambut Dina yang sangat memabukkan baginya

[𝐂]-𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now