Bab 1

43 3 0
                                    


KAKI melangkah ringan melalui jalan koridor itu. Dengan riak angkuh dia menyilang tangan di dada. Dua orang rakannya turut mengangkat dagu tinggi.

"Kau nak buat ni sepanjang masa ke? Dah seminggu dah kita berjalan macam ni setiap kali waktu rehat. Bukan ada orang pun dekat sepanjang kelas yang kita lalu." Tanya lelaki berkaca mata yang berada di sebelah kiri dia.

"Entah, aku pun naik bosan dah!" kata seorang lagi lelaki yang berada di sebelah kanan dia pula.

"Aku pun bosan. Tapi ini je cara kita untuk dapatkan mangsa kita. Dia orang semua takut dengan kita tapi tiada seorang pun yang jadi mangsa kita sejak pengawas baru tu datang." Ujar dia yang berada di tengah.

Serentak itu mereka berhenti berjalan.

"Kan. Setiap kali kita buat masalah, pengawas membosankan tu datang." Kata Afeef yang berada di sebelah kanan dia.

"Haih, kau orang ni! Sejak kita habis PKP, peraturan sekolah kita dilonggarkan sikit walaupun perlu jaga jarak tapi kita masih boleh berseronok." Ujar Dahin, lelaki yang berkaca mata itu.

"Kalau macam tu, balik sekolah nanti kita pergi bilik guru. Aku lupa yang aku nak bagi hadiah dekat cikgu kesayangan kita." Ucap Luwai yang berada di tengah dengan senyuman penuh makna.

Mereka kembali berjalan untuk menuju ke kantin.


===

KHAYLA membuka pelitup muka. Roti dibuka lalu dia masukkan ke dalam mulut. Hari ni dia rehat di dalam kelas kerana kantin sesak dengan pelajar yang kelaparan. Nasib baik kelasnya tiada sesiapa.

"Haih, nikmat makan! Dah lama aku tak makan." Dia tergelak sendiri. Padahal baru pagi tadi dia bersarapan di rumah.

Matanya tak duduk diam. Dia memerhati sekeliling kelas. Rasa tidak selesa mula hadir. Kerana usia berginjak remaja, wajahnya mula timbul jerawat membuatkan dia bertambah sensitif mengenai wajahnya.

Khayla cepat-cepat makan lalu minum air. Hampir saja dia tersedak. Dia menutup kembali wajahnya dengan pelitup muka. Dia menyimpan botol air di tepi beg sekolahnya tanpa pusing belakang kerana matanya sedang melirik jam dinding di hadapan kelas.

"Okey dah!" ucapnya setelah menyimpan botol air. Dia menghentak mejanya dengan perlahan dengan riak senang.

Sesaat kemudian dia terdengar suara lelaki berdekatan telinganya.

"Wops! Dapat pun!" kata lelaki itu setelah menangkap botol air milik Khayla yang hampir terjatuh.

Khayla yang terkejut memandang lelaki yang berada di sebelahnya.

"Nah!" Lelaki itu letakkan botol air di atas meja Khayla. Khayla yang masih bingung memandang lelaki itu.

"Oh, terima kasih." Bisik Khayla sambil tundukkan pandangan daripada menatap wajah lelaki itu.

"Hmm." Lelaki itu pun beredar.

"Apa yang Luwai buat dalam kelas aku ni? Bukan budak tu kelas sebelah ke?" soal Khayla sendirian.

Dia menatap botol air berwarna hijau miliknya.

"Haih... Nasib baik kau tak pecah!" bisiknya lalu dia peluk botol air itu.



===




AFEEF memandang Luwai yang masuk ke dalam kelas dengan wajah ceria.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Where stories live. Discover now