Bab 6

6 2 0
                                    


LUWAI termenung sendiri. Sudah dua hari berlalu sejak kejadian itu berlaku. Dan hatinya tidak tenteram.

Pada malam kejadian itu, Luwai tidak boleh tidur memikirkan soal itu. Dalam fikirannya, dia nak minta maaf kepada Khayla keesokkan harinya tetapi dia terlupa yang mereka akan cuti sekolah selama seminggu.

Sekarang, Luwai termenung, memikirkan nasibnya.

"Eh, buat kerja tu!" tegur rakan sekerjanya dengan suara berbisik. Pada setiap cuti sekolah, dia akan bekerja separuh masa di gerai bertih jagung yang berada di dalam mall.

Luwai mengangguk. Topi dipakai kembali lalu dia bergerak ke kaunter pembayaran. Sambil menunggu pelanggan dia memerhati sekeliling.

Luwai mengeluh.

"Kenapa kau nampak tak bersemangat ni?" tanya rakan sekerjanya yang seorang lagi, prihatin.

Luwai senyum simpul.

"Tak ada apa. Aku penat sikit." Jawab Luwai tak lama kemudian.

"Lepas selesai shift kau, kau balik rehatlah." Beritahu lelaki itu, walaupun tangannya sibuk menggaul bertih jagung dengan sos perisa, dia masih risaukan Luwai.

Luwai mengangguk.

"Nak satu bekas popcorn caramel and satu popcorn chocolate." Pesan lelaki berusia 40-an di hadapannya.

Luwai tersentak. Pantas dia mengangguk faham.

"Okey. Encik tunggu sebentar." Ujar Luwai bersama senyuman. Tangannya pantas melakukan kerja.

Luwai menghulurkan plastik berisi bertih jagung yang dipesan oleh lelaki itu dengan kedua-dua belah tangan. Dia berikan senyuman lebar kepada lelaki itu.

Tanpa sengaja matanya melirik ke arah seorang gadis yang berada di sebelah lelaki itu. Gadis itu hanya menunduk membaca buku cerita yang baru dibelinya tadi.

Luwai menundukkan kepala mengintai wajah itu.

Lelaki tersebut yang perasan akan hal itu memanggil anak perempuannya. Gadis itu mengangkat wajah memandang si ayah.

"Kenapa papa?" soalnya lembut.

Lelaki itu melirik ke arah Luwai yang diam memerhati anaknya. Si ayah memberi isyarat kepada anaknya. Tatkala itu gadis tersebut memandang Luwai. Mata gadis itu mula membulat, terkejut.

Khayla pantas mengemaskan pelitup mukanya agar wajahnya terlindung. Dia menundukkan kepala sedikit.

"Kenapa, sayang?" soal ayahnya. Khayla menggeleng.

"Anak papa kenal ke anak muda ni?" tanya ayah Khayla apabila Khayla seperti mahu melarikan diri daripada lelaki itu.

Luwai diam memandang gadis itu.

"Kenal. Satu sekolah. Hai." Lambai Khayla kepada Luwai dengan pantas tanpa memandang wajah lelaki itu.

Luwai turut mengangkat tangan tanda menegur. Dia berikan senyuman kecil.

"Ouh, yeke. Kalau begitu..." Ayah Khayla berpaling memandang Luwai. Luwai turut memandang ayah Khayla.

"... Tolong berkawan dengan anak pak cik, ye. Khayla ni pemalu sikit orangnya jadi sepanjang naik ke sekolah menengah dia tiada kawan." Beritahu ayah Khayla. Khayla memegang lengan si ayah.

Ayah Khayla yang memahami perangai si anak, bersuara lagi.

"Pak cik minta diri dulu. Kami nak pergi tengok wayang. Selamat bekerja!" ucap ayah Khayla dengan nada bersemangat sebelum mereka beredar. Luwai tersenyum lebar. Tetapi senyumannya pudar apabila teringat wajah tidak selesa milik Khayla tadi.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Where stories live. Discover now