Bab 10

15 2 0
                                    

TIGA minggu pun berlalu sejak kejadian itu berlaku. Pak imam membuat majlis kenduri doa selamat untuk anak-anak yang hilang tempoh hari.

Afeef, walaupun kepalanya masih belum sembuh sepenuhnya dia tetap Afeef.

"Eii, budak cengeng, budak cengeng!" usik Afeef yang berdiri di sebelah Najla ketika Najla sedang memotong bawang sewaktu berada di dapur yang ramai dengan mak cik - mak cik.

Najla diam memotong bawang di sebelah dapur gas. Dia berasa bengang dengan Afeef jadi dia memotong bawang itu dengan geram. Tak lama kemudian air bawang terpercik ke dalam matanya.

Laju Najla meletakkan pisau di atas papan hiris itu.

"Argh! Sakit!" jerit dia dengan kuat. Mata Afeef terjegil, terkejut dia apabila Najla tiba-tiba menjerit.

"Ibu!" Dia memanggil ibunya yang berada di luar tetapi ibunya tidak dapat mendengarnya.

"Tolong panggilkan cikgu dekat luar." Suruh seorang mak cik yang sedang memotong bahan-bahan di atas tikar bersama mak cik-mak cik yang lain, kepada anaknya.

"Afeef, bawa dia ke sinki. Tolong basuhkan mata dia tu." Arah seorang lagi mak cik di situ. Afeef hanya menurut.

Dia menolak perlahan bahu Najla yang berlapik, dengan hujung jarinya untuk membawa Najla ke arah sinki kerana Najla tidak boleh membuka mata. Lalu dia membuka paip air.

Najla mendekatkan kepala ke arah air yang mengalir itu lalu mula membilas matanya yang terasa pedih.

Afeef pula tolong pegangkan hujung tudung Najla yang hampir terkena air paip.



===


DAHIN mengacau gulai di dalam kawah besar di luar rumah pak mam. Sementara itu Laila diarahkan oleh kakak Dahin untuk masukkan bahan-bahan ke dalam masakan itu.

"Awak!" panggil abang Laila kepada kakak Dahin. Mereka bertiga serentak berpaling ke arah lelaki itu.

Kakak Dahin berpaling kembali ke arah mereka berdua.

"Laila, kamu pakar dalam sukat perasa, kan? Akak serahkan itu pada kamu. Abang awak dah panggil tu. Akak pergi kejap, ye." Ujar kakak Dahin lalu melangkah ke arah abang Laila.

Laila terus masukkan garam dan secukup rasa ke dalam kawah itu tanpa ragu-ragu.

"Amboi, makin tak boleh berenggang sejak dah jadi tunang!" seloroh Laila sewaktu masukkan sedikit lagi garam. Dahin tersenyum kecil.

Laila berpaling memandang Dahin yang ralit mengacau gulai itu.

"Tak lama lagi kita jadi saudara iparlah, kan?" ucap Laila sambil tersenyum ceria.

Dahin berpaling memandang gadis yang berdiri di sebelahnya.

"Mmm..." Gumamnya ringkas.

Laila membuat muka.

"Kacau tu, boleh kuat sikit tak? Nanti hangit bahagian bawah." Ujar Laila dengan geram apabila melihat Dahin semakin perlahan.

"Banyak cakaplah kau ni. Kau buatlah sendiri, bukan senang tau." Keluh Dahin dengan marah.

Laila tergelak sinis.

"Kalau dah letih tu tak payah nak cover sangat. Nak suruh orang buat kerja dialah tu. Hei, cakap jelah yang kau tu lembik. Dah, sana biar aku yang buat!" ejek Laila. Dahin yang mendengar kata-kata gadis itu memandang Laila dengan wajah berang.

"Tak payah! Aku kuat apa. Aku lagi kuat daripada kau. Aku atlet sekolah kita tau. Kau jangan lupa tu!" kata Dahin tidak mahu kalah.

Laila silang tangan. Dia buat muka menyampah.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)On viuen les histories. Descobreix ara