Bab 9

6 2 0
                                    


KHAYLA terjaga dari pengsan. Dia memandang sekeliling. Tempat itu tidak biasa dilihatnya. Dia berkedip untuk menjelaskan penglihatannya.

Dia tersentak apabila melihat Laila memeluk Najla yang menangis. Matanya beralih ke arah lain, dia ternampak sosok lelaki yang berada di atas kerusi.

Melihat Afeef yang berlumuran darah buatkan mulut Khayla ternganga. Apabila perasan yang dia terbaring di atas lantai dia memandang ke arah tubuhnya. Matanya membulat apabila terdapat tali yang mengikat tangan serta badannya.

Kepala Khayla terasa berat. Pening dan berangin kepala Khayla buatkan dia memejamkan mata seketika.

Najla yang perasan akan Khayla yang tersedar memberitahu kepada Laila. Laila berpaling ke arah Khayla, dia terkejut. Dia menyuruh Khayla bertenang apabila Khayla memandang ke arahnya.

"Tarik nafas. Hembus..." Bisik dia dari jauh. Khayla yang terbaring lemah itu hanya menurut. Khayla kembali pejamkan mata apabila kepalanya terasa sakit.

Laila mengalihkan pandangan ke arah dua orang lelaki yang sedang ralit menonton televisyen buruk jauh dari tempat mereka.

Pantas dia memegang tangan Najla lalu bergerak ke arah Khayla. Mereka duduk dengan pantas, disebabkan mereka tidak diikat jadi mereka boleh bergerak dengan bebas. Dia memangku kepala Khayla dengan lembut di atas ribanya. Najla diam memeluk lengan Laila.

"Apa yang berlaku?" bisik Khayla dengan lemah. Laila memandang wajah Khayla. Dia mengelap darah kering yang berada di tepi pelipis Khayla lalu tersenyum kecil.

Dia menarik nafas lalu mula berbisik. Najla pula menyandarkan kepala di bahu Laila dengan wajah penat.

"Kita terperangkap dalam rumah usang ni selama tiga hari dan selama itu juga kau tidak sedarkan diri..." Laila jeda lalu mengeluh perlahan. Khayla diam mendengar.

"Kau ingat mat motor tu?" soalnya. Khayla berkedip menjawab pertanyaan Laila.

"Dia orang culik kita dan pukul kita bila kita melawan. Kepala kau dipukul, nasib baik Afeef sempat menjerit dekat lelaki tu tapi tiba-tiba kau tak sedarkan diri. Aku ingat kau dah mati!" jerit Laila geram dengan suara yang perlahan.

Khayla senyum lemah.

"Kau orang berdua okey?" soal Khayla lagi sambil melirik ke arah Najla yang menyandar pada bahu Laila.

Najla memandang ke arah Afeef yang berada jauh di hadapan mereka. Mereka bertiga diletakkan di sebuah ruang kosong sementara Afeef berada di ruang makan seorang diri yang berada dekat dengan lelaki-lelaki itu.

"Kami okey je. Tak seteruk Afeef. Tu..." Tunjuk Laila buatkan Khayla ingin memandang ke arah Afeef tetapi kepalanya terasa sakit.

Laila mengusap tepi kepala Khayla dengan lembut. Dia tidak mahu memberitahu Khayla bahawa kepala gadis itu berdarah, dia risau Khayla akan cemas.

"Afeef dipukul hampir setiap hari. Bila lelaki-lelaki tu dekat dengan kita, Afeef akan menjerit then buat lelaki-lelaki tu bengang sampai dia kena pukul dengan teruk."

Laila menelan air liur perlahan. Khayla mengeluh kecil, risau.

"Tapi hari ni lelaki-lelaki tu hiraukan kita dekat sini. Afeef pun tak sedarkan diri hampir seharian." Jelas Laila.

Tatkala itu mereka mendengar suara tangisan Najla. Laila mengosok bahu gadis itu. Najla menangis, saat itu dia memandang ke arah Afeef yang tidak sedarkan diri yang diikat di atas kerusi kayu.


===




SUDAH dua hari pasukan penyelamat mencari mereka. Ahli keluarga juga sudah semakin risau.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Where stories live. Discover now