Bab 8

6 2 0
                                    


DAHIN mengeluh perlahan. Dia lupa nak bawa kerja sekolahnya ke rumah kawan mamanya. Padahal dia sudah kemaskan satu beg untuk bukunya. Macam mana dia boleh terlupa.

"Haih, dahlah duduk sini tiga hari." Keluhnya. Dahin duduk berbaring di kerusi malas depan rumah kawan mamanya.

Laila keluar dengan bergumam ceria. Dia memandang ke arah Dahin ketika duduk memakai kasut sukannya di lantai. Dahin yang berbaring di kerusi malas di sebelah pintu masuk dia tegur.

"Dahin, nak ikut aku pergi sungai tak? Sungai yang kau hampir jatuh tu. Yang aku pegang kolar kau bila nak selamatkan kau tu. Ingat tak? Ingat tak?" ajak Laila dengan riang.

Tanpa membuka mata Dahin membalas.

"Tak nak. Aku nak rehat." Balasnya ringkas.

"Okey, aku pergi dululah. Bye!"  Laila terus melangkah dengan ringan untuk menuju ke sungai.

Laila tidak ambil peduli jika Dahin tidak mengikutinya kerana dia faham yang Dahin penat. Sejak dari semalam Dahin tidak berhenti menolong atuknya menanam pokok dan mengutip buah dekat dusun milik atuk Laila.

Laila tiba di sungai, dia mengutip batu-batu kecil untuk dibaling ke dalam air sungai. Tetapi pergerakkan terhenti apabila terdengar perbualan beberapa orang lelaki.

Laila duduk menyorok di sebalik semak.

"Aku nampak budak perempuan yang cantik tadi lari masuk hutan." Kata seorang lelaki yang baring di situ.

"Kaulah ni. Takutkan dia tu, kenapa? Kan dia dah lari. Tulah, aku nak ajar kau pikat awek kau tak nak." Ujar seorang lagi lelaki yang menghisap plastik berwarna hitam kepada lelaki yang sedang minum kopi tin.

Lelaki itu berhenti minum. Dia memandang ke arah lelaki yang menghisap plastik tu dengan pandangan menyampah.

"Kau pun tak ada siapa yang nak. Nak mengajar orang. Haktuih!" ludah lelaki itu.

Laila berkerut dahi.

"Budak perempuan? Kalau dia lari masuk hutan mesti dia dah keluar, kan?" bisik Laila sendiri.

"Eh, kalau dia tak keluar lagi macam mana?"

Laila menggaru kepala. Dia mengeluh berat. Tanpa berfikir panjang dia berlari masuk ke dalam hutan tersebut.



===



NAJLA mengambil ranting kayu yang menghalang jalannya. Mukanya dari tadi masam.

"Ish! Abang ni kan! Kenapalah tinggalkan adik dengan mamat ni? Pak imam suruh ikut, ikut jelah!" marah Najla lalu memukul semak di sebelahnya ketika lalu di situ dengan ranting di tangan.

Afeef yang tenang berjalan, terkejut apabila melihat banyak daun yang gugur daripada semak tersebut. Dia menelan air liur.

"Sabar. Sabar. Aku tahu kau marah. Tapi dalam keadaan sekarang ni kita kena sabar. Bila kita berjaya keluar dari hutan ni kau nak bertukar jadi Pokemon pun aku tak kisah." Pujuk Afeef menenangkan Najla.

Najla memandangnya tajam.

"Sebab kaulah kita terperangkap dalam hutan. Kau cakap ada pak cik jual ayam goreng seringgit, siapa je yang nak menjual dalam hutan, hah?! Kau ni, dah lama aku sabar dengan kau tahu. Dari petang tadi sampai ke senja ni aku bertahan tapi sekarang aku rasa aku nak meletup dah ni!" jerit Najla dengan geram. Dia mengejar Afeef yang menjerit macam perempuan apabila melarikan diri.

"Aduh!" Afeef terjatuh apabila tersepak sesuatu.

Najla berhenti berlari dengan mengejut. Dia memandang ke arah sosok itu.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Where stories live. Discover now