Bab 3

8 2 0
                                    


KHAYLA berjalan di koridor untuk ke bilik guru. Langkahnya terhenti apabila melihat dua orang pelajar berlainan jantina sedang bergaduh mulut beberapa langkah dari tempatnya berdiri.

"Kau memang suka bergaduh dengan aku, kan? Kau nak apa, hah?!" jeritnya dengan nafas tertahan-tahan.

"Mana ada aku suka usik kau. Kau salah faham ni. Aku cuma nak kau tukar mask lain. Mask ni tak sesuai dengan kau sebab banyak bentuk kuda belang." Terangnya dengan tenang di hadapan gadis itu.

"Hei! Ini bukan kuda belang, ini unicorn! Dan lagi satu ini bukan bentuk tapi corak!" bantah gadis itu.

Khayla yang berada tidak jauh daripada mereka hanya diam memerhati. Dia rasa kekok dengan suasana itu.

"Sama jelah!"

"Tak!"

"Sama!"

"Tak! Tak! Tak!" jerit gadis itu dengan suara yang ditahan.

"Sama! Sama! Same!" jeritnya juga tidak mahu mengalah.

Khayla berdehem perlahan. Mereka berdua serentak memandangnya. Kayla menundukkan kepala lalu bersuara.

"Tumpang lalu." Pintanya dengan ragu-ragu.

Afeef memberi laluan tetapi Najla menahannya.

"Eh, orang nak lalu tu. Jangan tahan dia. Ingat, SOP!" Tegur Afeef kepada Najla apabila melihat Najla memegang lengan Kayla.

Najla menjelingnya tajam.

"Kak, ni unicorn, kan?" soal Najla seraya itu menunjuk ke arah pelitup mukanya kepada Kayla yang bingung.

Afeef tercengang.

"Kau tahan dia sebab nak suruh dia jawab soalan merapu kau ni?" tanya Afeef tidak percaya.

"Yelah, dah kau kata ni kuda belang. Aku kenalah cari bukti bahawa aku yang betul." Jawab Najla petah.

Afeef tertawa kecil. Dia silangkan tangan di dada lalu membuat muka berlagak.

"Jawablah, kak..." Pinta gadis itu. Kayla memandang pelitup muka di wajah Najla.

"Ni unicorn." Jawab Kayla lalu ingin pamit tetapi Najla memeluk lengannya. Kayla tersentak. Dia berdiri di situ dengan canggung.

"Ha! Tengok! Aku betul! Kau salah!" ejek Najla lalu melompat-lompat kecil meraikannya.

"Haih, kau ni. Harap umur dah tua bangka, perangai macam kanak-kanak terlebih vitamin." Afeef membuat muka.

"Eleh, kau lagi tua daripada aku! Dasar orang tua tak sedar diri!" ejeknya lalu dia meninggalkan mereka berdua.

"Ish!" Afeef menghentak kaki. Geram pula dia dengan Najla. Selalunya dia yang menang.

Afeef berpaling memandang Kayla yang sedang memeluk buku sambil memandang Najla yang berlalu.

"Awak boleh pergi. Terima kasih sebab dah layan perangai tak semegah perempuan tu." Ucap Afeef lalu turut angkat kaki dari situ.

Kayla berkedip tidak faham. Lalu dia masuk ke dalam bilik guru yang berada tidak jauh dari kawasan tersebut.


===


AFEEF masuk ke dalam kelas dengan menghentak kaki. Dia memijak lantai dengan perasaan geram.

"Apahal mamat tu? Penyakit dia datang balik ke?" soal Luwai sendirian. Seraya itu dia mengangkat bahu, tidak mahu ambil peduli.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Where stories live. Discover now