Chapter 5

68 2 0
                                    

"Melissa!" Jerit Michael.

Melissa terkejut mendengar jeritan Michael itu. Dia pun memusingkan badannya kebelakang untuk melihat Michael.

"Beg awak!" Kata Michael, di tangan kiri Michael terdapat beg tangan milik Melissa. Melissa tertinggal beg tangannya di dalam kereta Michael.

Michael pun berjalan ke arah Melissa dan menghulurkan beg tangan Melissa itu kepadanya.

"Oh sorry, terlupa pula. Nasib baik awak perasan." Kata Melissa, dia pun mengambil beg tangannya itu.

Mereka berdua tersenyum. Kemudian Melissa dan Michael memusingkan badan mereka ke belakang dan berjalan. Melissa menuju ke arah lif rumahnya, Michael pula menuju ke arah keretanya.

Melissa masuk ke dalam lif. Apabila telah sampai di tingkat 10, dia pun keluar dari lif itu dan menuju ke rumahnya. Melissa membuka kunci pintu rumahnya. Dia pun membuka kasutnya dan masuk ke dalam. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia mengambil telefon pintarnya yang berada di dalam beg tangan itu dan membuka aplikasi WhatsApp. Dia pun mencari nama kawan baiknya iaitu Sarah.

Melissa pun duduk di sofa sementara menunggu Sarah sampai ke rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa pun duduk di sofa sementara menunggu Sarah sampai ke rumahnya. Rumah Sarah tidak jauh dari rumah Melissa, jadi Sarah selalu pergi ke rumah Melissa dengan hanya berjalan kaki.

Setelah beberapa minit menunggu, pintu rumah Melissa pun berbunyi. 'Tok tok tok' Melissa pun pergi ke pintu rumahnya dan membuka pintu itu. Apabila membuka pintu rumahnya, Melissa terkejut. Yang berada di depan pintu itu bukan Sarah, tetapi Michael.

Jantung Melissa terhenti seketika.

Sarah yang sedang menyorok di tepi dinding berdekatan tangga dan lif itu pun terkejut apabila melihat Michael di depan rumah Melissa.

'Eh, apa Michael buat dekat depan rumah Melissa? Eh.. itu kan... Uish, kena record ni hahaha.' Fikir Sarah di dalam hati. Dia pun terus mengeluarkan telefon pintarnya dan merakam kejadian tersebut.

Melissa yang terkejut dengan keberadaan Michael itu pun terus menyarung seliparnya dan keluar dari rumahnya untuk menghadap Michael. Sekarang mereka berdua berada di luar rumah Melissa.

"Awak buat apa kat sini?"
Tanya Melissa.

Michael memandang wajah Melissa. Kedua-dua tangan Michael tersorok di belakang badannya. Lalu Michael pun mengalihkan tangannya kehadapan dan menunjukkan sejambak bunga ros yang berwarna merah jambu dan putih di tangannya.




















 Lalu Michael pun mengalihkan tangannya kehadapan dan menunjukkan sejambak bunga ros yang berwarna merah jambu dan putih di tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bakery LoveWhere stories live. Discover now