Chapter 30

21 3 0
                                    

Miller pun berjalan mendekati Melissa. Setiap langkah Miller menambahkan ketakutan dalam diri Melissa. Mata Miller merenung tajam mata Melissa. Melissa mahu sahaja menjerit meminta bantuan, tetapi dia cuba untuk memberanikan diri.

"Apa awak nak buat??" Tanya Melissa sambil berdiri.

Miller pun menghentikan langkahnya. Dia pun tersenyum. Senyuman itu kelihatan seperti senyuman jahat.

"Don't be scared. I won't hurt you." Kata Miller. Dia pun duduk di sofa berhadapan dengan Melissa.

Melissa hanya berdiri ditempat sambil melihat Miller.

"I admit that you look pretty. No wonder Michael fell in love with you." Kata Miller sambil memerhati Melissa.

"Awak nak apa?" Tanya Melissa. Dia kembali duduk di sofa. Melissa telah menenangkan diri.

"Tinggalkan Michael." Kata Miller.

"Hah??" Tanya Melissa.

"Aku nak kau tinggalkan Michael. Jangan jumpa dia lagi. Jangan ada hubungan apa-apa dengan dia lagi. Jangan mesej dan call dia lagi." Arah Miller.

"Kenapa pulakk??" Tanya Melissa. Dia sudah agak perkara ini akan terjadi. Tetapi tidak mungkin dia akan meninggalkan Michael begitu sahaja.

"Kau buat apa yang aku suruh, kau dapat ni." Kata Miller sambil mencampakkan satu kad ke atas meja kopi.

"Kad apa ni?" Tanya Melissa sambil melihat ke arah kad di atas meja itu.

"Kad kredit. Duit dalam tu cukup untuk beli sepuluh biji kereta." Kata Miller.

Melissa terdiam. 'Macam tu je dia bagi duit?? Tahu lah kaya, hmm.' Fikir Melissa.

"Tak cukup?" Tanya Miller. Dia pun mencampakkan lagi berpuluh-puluh kad kredit ke atas meja kopi itu.

"Semua kad je. Takde cash ke?" Gurau Melissa.

"I don't use cash." Kata Miller.

"Ish, gurau je lah. Saya takkan ambik duit awak ni. Pergilah sedekah dekat orang lain." Kata Melissa.

"I'm serious right now." Kata Miller.

"Saya pun serius jugak." Kata Melissa.

"I'm trying to help you, girl. Stop buang masa kau. Kau takkan dapat kahwin dengan Michael. Lebih baik kau pergi dari hidup Michael sekarang. Lagi cepat kau tinggalkan Michael, lagi sikit sakit yang kau dapat." Kata Miller.

"Michael dah janji untuk jadikan saya milik dia." Kata Melissa.

"Korang tak boleh kahwin." Kata Miller.

"Boleh." Kata Melissa.

"Haha, how?" Tanya Miller. Ketawa kecil dilepaskan.

"Michael masuk Islam." Kata Melissa. Itu sahaja cara untuk mereka berdua dapat berkahwin. Itulah harapan dia sejak kali pertama dia berjumpa dengan Michael di bakery.

"Don't make me laugh. You're selfish, girl. Kalau kau, kau sanggup ke keluar dari Islam semata-mata nak kahwin dengan Michael?? Kau nak masuk Kristian??" Tanya Miller.

Melissa mendiamkan diri. Dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Tahu pun. Same with Michael. Dia takkan sanggup tinggalkan agama dia untuk kau." Kata Miller.

"Tapi Islam agama yang betul. Agama selain Islam tu cuma ciptaan manusia je. Semua tuhan kat agama lain tu palsu." Kata Melissa.

"Pakai akal kau sikit boleh tak? Setiap orang ada kepercayaan masing-masing. Kau tak boleh tentukan mana agama yang betul atau salah. Hormat agama orang. Jangan pentingkan diri sendiri lah. Aku tahu kau nak kahwin dengan Michael, janganlah sampai hina agama orang." Kata Miller.

Bakery LoveWhere stories live. Discover now