Chapter 53

33 2 0
                                    

Kaki dibawa melangkah masuk ke dalam bilik kecil itu. Bau dan rupa bilik tersebut mencetuskan rasa nostalgia dalam diri Melissa. Katil bujang di hujung bilik yang dialas dengan cadar merah jambu bercorakkan dot-dot putih, meja belajar yang dipenuhi dengan koleksi cengkerang laut yang pelbagai bentuk dan warna, rak buku kecil yang dipenuhi dengan buku masakan, sticker kartun Hello Kitty yang ditampal pada almari baju, semuanya diperhatikan satu persatu. Segala memori waktu muda diputar kembali.

Setelah puas melihat bilik yang pernah didiaminya sewaktu muda itu, Melissa pun terus merebahkan diri di atas katil bilik itu.

"Huaa, penatnya..." Melissa menggeliat di atas katil. Dia berasa penat dan letih akibat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa selama beberapa jam.

Kelopak mata ditutup. Rasa mengantuk mula menerpa dirinya. Mungkin kerana malam tadi dia tidur lambat akibat terlalu teruja untuk balik ke kampung bersama Michael.

"Adik! Ooo Adik!!" Panggil Puan Zahirah dari jauh.

Belum sempat Melissa tertidur untuk melenyapkan rasa mengantuknya, dirinya sudah dipanggil. Melissa pun terus duduk dari baringannya dan membetulkan tudung yang sudah senget.

"Ya, ibu??" Sahut Melissa agak kuat supaya suaranya didengari oleh Puan Zahirah.

Setelah menunggu beberapa saat, rumah itu hanya senyap. Tiada balasan dari ibunya.

"Hmm." Melissa kembali membaringkan diri di atas katil.

"Adik!! Ibu panggil ni kan?!" Kata ibu Melissa.

"Allah... Ya! Ya!" Melissa terus berdiri dan melangkah keluar dari biliknya. Setelah keluar dari bilik, dia dapat melihat Michael yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

Michael yang sedar akan kehadiran Melissa pun tersenyum ke arah Melissa. Melissa membalas senyuman Michael lalu melanjutkan langkah untuk mendapatkan ibunya yang berada di dapur.

"My love." Panggil Michael ketika Melissa berjalan di hadapannya.

"Ya?" Balas Melissa sambil menghentikan langkahnya. Mata melihat ke arah Michael.

Michael terus berdiri dari duduknya dan berdiri menghadap Melissa. Lalu dia bergerak untuk mendekatkan diri dengan Melissa.

"Kenapa rumah awak macam rumah Upin Ipin?" Tanya Michael perlahan.

Melissa menahan tawa kala mendengar soalan Michael itu.

"Awak tahu Upin Ipin?" Tanya Melissa yang masih menahan tawa.

"Eh, mestilah tahu. Ingat melayu je ke tengok Upin Ipin? Leng Chai pun tengok meh." Kata Michael dengan sedikit slang cina.

"Hahahah." Melissa ketawa mendengarnya.

"Haih awak ni. Ni rumah kampung, memanglah macam rumah Upin Ipin tu. Awak expect rumah saya ni sama macam rumah awak ke? Ada tiga tingkat, besar gedabak macam istana, siap dengan kolam, perabot mewah merata-rata... Lambertt lagi." Kata Melissa. Ini fakta, bukan auta.

"Hey, jangan cakap macam tu. Mana tahu one day awak dapat tinggal kat rumah mewah ke?" Kata Michael.

"Saya?? Duduk rumah mewah?? Ha ha ha! Gaji pun cukup-cukup makan, inikan lagi nak beli rumah. Hish, berangan aje. Mustahil, mustahil." Kata Melissa sambil menggelengkan kepalanya.

"It's possible if you marry me, you know." Balas Michael.

Melissa terdiam seketika. Betul juga... Fikirnya.

"Masalahnya nak kahwin dengan awak pun mustahil." Kata Melissa perlahan. Tidak mahu ibu dan bapanya mendengar.

Michael terdiam seketika.

Bakery LoveWhere stories live. Discover now