Chapter 35

21 3 0
                                    

"Aaaaa. Bila mak cik dengan pak cik aku nak balik niii." Kata Zander sambil berguling-guling di atas lantai ruang tamu.

"Hahahah! Tengok tu! Abang Zander golek-golek lahh!" Kata Danielle teruja.

"Nak buat jugak!!" Kata Jack pula. Dia pun baring di atas lantai dan berguling-guling sama seperti Zander.

"Hahahah!!" Danielle pun turut melakukan perkara yang sama.

Kai dan Lucy pula hanya melihat sambil ketawa.

"Kau tak nak join?" Tanya Xavier kepada Aaron.

"Takde mood." Jawab Aaron pendek. Lalu dia pun mengeluh.

"Uish, kenapa ni? Jarang kau tak ikut kerja si Zander tu." Kata Xavier.

"Aku nak selamatkan Nora. Dia tengah tunggu kita. Nyawa dia pun dalam bahaya sekarang. Aku tak nak buat lawak masa orang lain tengah dalam bahaya." Kata Aaron.

"Aku keluar jap. Ambik angin." Kata Michael sambil berdiri dan terus keluar dari rumah itu. Aaron dan Xavier pula hanya melihat Michael tanpa berkata apa-apa.

"Eh, kau tak boleh hack ke CCTV dekat kandang Claude tu?" Tanya Aaron kepada Xavier.

"Oh, kejap aku check." Kata Xavier sambil membuka komputer ribanya.

"Aaaaaa!!! Balik lah cepaaaaaatttt!!" Rengek Zander yang masih berguling-guling di atas lantai.

"Kalau rasa gembira golek-golek!!" Nyanyi Jack yang juga sedang berguling.

"Hahahahah!! Peningnyaa." Kata Danielle yang telah duduk bersila di lantai.

"Kai! Lucy! Jom lah golek-golek sekali! Best tauu!" Ajak Danielle.

"Tak apa lah." Kata Lucy.

"Lantai kan kotor." Kata Kai pula.

"Hahah! Kena jugak!" Kata Danielle sambil menarik Kai dan Lucy untuk duduk di lantai juga.

"Auch.." Kata Lucy sambil terduduk di lantai akibat ditarik oleh Danielle.

"Are you okay?" Tanya Kai yang juga terduduk di sebelah Lucy.

"Hurt.." Kata Lucy sambil menunjukkan lututnya yang sakit akibat terjatuh. Matanya pula sudah berkaca.

"Alamak.. Aaa... Kalau rasa gembira golek-golek!" Nyanyi Danielle sambil berguling di atas lantai semula dan menjauhkan diri dari Lucy dan Kai di situ.

"It's okay. Don't cry." Kata Kai sambil mengelus pipi Lucy. Kemudian Kai pun meniup lutut Lucy yang sakit itu.

"Haha.. geli." Kata Lucy apabila Kai meniup lututnya itu.

"Sakit lagi ke?" Tanya Kai lembut sambil mengelap mata Lucy yang basah itu.

"Tak." Kata Lucy sambil tersenyum.

Aaron yang melihat seluruh kejadian itu pun hanya boleh bersabar, bertabah dan redha sahaja sambil mengenangkan nasibnya yang single dan lonely itu.

"Kat dalam kilang tu tak ada CCTV lah bro." Kata Xavier setelah memeriksa.

"Hmm, aku try cari cara lain kejap." Kata Xavier sambil menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya.

"Aku keluar jap tau. Nak tengok si Michael tu ha." Kata Aaron sambil berdiri dari duduknya.

"Okey." Jawab Xavier yang masih fokus pada skrin komputer ribanya.

Aaron pun berjalan menuju ke pintu keluar.

"Woi! Nak pergi mana tu, babun?" Tanya Zander kepada Aaron. Zander pula sedang berbaring di atas lantai.

"Babun tu apa?" Tanya Jack.

Bakery LoveWhere stories live. Discover now