[On Going] "Selamat datang, boleh saya bantu?" Kata Melissa kepada pelanggan yang masuk ke kedai bakery itu. Melissa merupakan seorang wanita Islam bertudung yang bekerja di kedai bakery. Hidup Melissa hanya seperti wanita biasa. Dia tinggal seorang diri di apartment rumahnya. "Saya ada buat tempahan kek atas nama Michael." Kata Michael yang masuk ke dalam kedai bakery itu. Michael merupakan seorang lelaki Kristian dan bekerja sebagai CEO di syarikatnya. Ibu bapa Michael merupakan pemilik syarikat terbesar di Malaysia. Michael menghadapi pelbagai cabaran hidup. Dia membesar bersama dengan abang dan adik perempuannya. Melissa dan Michael jatuh cinta pandang pertama di bakery itu. Mereka berasa ada perasaan cinta yang mengalir ke dalam diri mereka apabila saling bertatapan mata buat kali pertama di situ. "I love you Melissa. May you please be my girlfriend?" -Emiliano Michael Matthew "I'm sorry. I want to be your girlfriend, but I can't." -Nur Melissa Muneera Hidup Melissa berubah apabila bertemu dengan Michael. Kini Melissa berasa sungguh bahagia bersama dengan Michael. Michael juga tidak putus asa untuk menjadikan Melissa miliknya. Banyak masa yang mereka luangkan bersama. "I know everything about you, dear Michael." Kata Miller seorang diri. Senyuman terukir dibibir. Miller merupakan abang kepada Michael. Hidup dengan penuh misteri. Miller bersikap sungguh baik dengan Michael. Dia juga mengetahui segalanya tentang Michael. Miller dan Michael sangat rapat sewaktu kecil, tetapi lama-kelamaan Michael mula menjauhkan dirinya dari Miller. "You really love that girl, don't you?" -Emiliano Miller Martin "Kau jangan berani sentuh dia." -Emiliano Michael Matthew.