Chapter 24

23 3 0
                                    

"Awak, saya dah habis makan. Nak basuh tangan dekat mana?" Tanya Melissa kepada Michael. Dia sedang duduk di sofa bilik pejabat Michael.

"Hmm, toilet ada dekat hujung tingkat ni. Jom saya teman." Kata Michael sambil berdiri dari duduknya.

Melissa juga turut berdiri. Mereka berdua pun keluar dari bilik itu dan menuju ke tandas.

Setelah membasuh tangan, Melissa pun keluar dari tandas itu.

"Ingatkan lobi dengan bilik je cantik, tandas pun cantik jugak ya?" Kata Melissa.

Michael hanya tersenyum. Mereka berdua pun kembali menuju ke bilik Michael.

"Bro! Tengok ni, aku jumpa dia dekat depan bangunan tadi." Kata Zander yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Seekor anak kucing berwarna putih bersih dan mata berwarna biru berada di tangan Zander.

"Dalam office tak boleh bawak masuk haiwan lah, woi." Kata Michael kepada Zander. Langkahnya terhenti kerana Zander berdiri di hadapannya.

"Wahhh!! Comelnya!!" Kata Melissa sambil melihat ke arah anak kucing itu.

"Comel kann! Kesian dia sorang-sorang dekat luar tadi. Mak dia tak ada pun." Kata Zander.

"Meow." Kucing itu mengiau.

"Awww, nak dukung." Kata Melissa.

"Jangan, awak tu tengah selsema. Kucing tu kotor, nanti bertambah sakit awak." Kata Michael sambil menghalang Melissa daripada menyentuh kucing itu.

"Hmm." Kata Melissa pendek.

"Kucing comel macam ni kau kata kotor?? Dah buta ke apa?" Kata Zander kepada Michael.

"Macam mana kau boleh bawak kucing ni masuk hah? Security tak marah ke?" Tanya Michael.

"Aku sorok kucing ni dalam baju aku tadi. Sebab tu diorang tak nampak. HAHAHA." Kata Zander.

"Haish, kau pergi hantar kucing ni keluar sekarang." Kata Michael.

"Apa bising-bising ni?" Tanya Xavier yang keluar dari satu bilik berdekatan dengan Michael, Zander dan Melissa.

"Kucing." Kata Zander sambil tersengih. Dia menunjukkan kucing itu kepada Xavier.

Xavier melihat ke arah kucing itu untuk tiga saat.

'Dum'

Xavier terus masuk kembali ke bilik tadi dan menutup pintu.

"Xavier kenapa?" Tanya Melissa hairan.

"Dia alah dengan kucing. Kalau dia dekat dengan kucing nanti dia bersin. Mata dia pun pernah bengkak sebab dekat dengan kucing." Kata Michael.

"Hehehe. Inilah masanya." Kata Zander. Dia pun berjalan mendekati pintu bilik pejabat Xavier.

"Kau nak buat apa, setan?" Tanya Michael.

Zander ingin membuka pintu itu tetapi tidak boleh kerana berkunci.

"Xavier!! Bukak pintu jap!! Aku nak bagi fail kerja ni!" Kata Zander sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Xavier.

"Tipu!" Jerit Xavier dari dalam.

"Aku tak tipu lah! Cepat bukak pintu! Michael nak kau siapkan kerja ni cepat!" Jerit Zander.

"Kau ingat aku bodoh ke?! Dah sah-sah kau tak pegang fail tadi. Kau pegang kucing ada lah!" Kata Xavier.

"WOI ZANDER!!" Jerit Aaron dari jauh. Aaron dengan pantas berlari ke arah Zander.

"Oh no.." Kata Zander apabila melihat Aaron.

Bakery LoveWhere stories live. Discover now