"Sorry pasal tadi, I terpaksa cakap macam tu. Kalau lepas ni makcik Timah tu serang you please tell me" Rasa seperti mahu saje menarik gadis di depannya ini ke dalam pelukannya. Dapat lihat wajah Sophea pun, serba sedikit dapat menghilangkan rasa rindunya terhadap gadis itu.
"Thank you" Sophea janggal hanya tinggal berdua dengan Fahim di belakang rumah. Dia mahu masuk nanti Fahim kata apa pula, sudah la tadi lelaki itu menolong dirinya.
Tya sudah entah ke mana menghilang, terpaksa dia duduk berduaan dengan lelaki ini.
"Depan makcik Timah nanti kita kena berlakon macam sweet couple la kan, sayang?" Fahim cakap dengan nada yang bersahaja. Dia mahu mengusik gadis itu setelah sekian lama tidak berjumpa.
Jantung Sophea usah dicakap, bagai mahu pecah terbelah meletop!
"Faiq mana? I nak bawa dia masuk bilik Tya" lantas Sophea menukar topik. Fahim sudah tersenyum bila lihat reaksi buah hatinya tadi. Comel!
"Faiq dalam bilik I kalau you nak pergi la masuk bilik I" Fahim mengusik lagi gadis di depannya ini. Mahu lihat Sophea menjawab apa.
"Tak apa la kalau macam tu I pergi bilik Tya dulu" Sophea sudah berura mahu meninggalkan Fahim di situ. Bilik Fahim la merupakan satu bilik larangan bagi semua orang, lelaki itu tidak suka biliknya dimasuki orang lain.
"I gurau je la sayang. Jom ikut I" Fahim mengorak langkah terlebih dahulu. Sophea masih tercegat kerana panggilan yang keluar dari mulut Fahim sebentar tadi.
Perutnya usah dicakap, sudah dipenuhi dengan rama-rama.
"Sayang, cepat la" suara Fahim sedikit kuat membuatkan mata-mata yang ada di sekeliling memandang mereka berdua. Kalut Sophea mendekati tubuh yang sedang menunggu nya di depan pintu.
"You jangan la panggil I dengan panggilan tu. Bukannya ada makcik Timah pun sekarang ni" Sophea sudah membebel marah kepada lelaki itu. Suka hati saja buat macam tak ada apa apa.
"Panggilan apa?" Fahim sengaja ingin mengusik gadis itu lagi. Wajah nya usah dicakap, kalau telinga tu berada di belakang kepala sampai situ la senyumannya. Dia rasa bahagia sungguh sekarang!
Sophea sudah menjeling ke arah nya. Pecah ketawa Fahim.
"Okay I tak sebut lagi tapi I tak janji, manja" Fahim terus masuk ke dalam biliknya sambil ketawa.
Makin terkaku Sophea dibuatnya. Fahim memanggil dirinya menggunakan nickname yang diberi oleh lelaki itu dulu. Cepat cepat Sophea buang andaian yang bermain di kepala. Mengarut saja.
"Amboi! Bahagia nampak?" Puan Zarah menegur Sophea yang tercegat di depan pintu bilik Fahim. Dari tadi dia melihat mereka berdua, tak jauh dari pasangan bercinta. Sepadan sungguh bagi orang yang melihat.
"Eh aunty, tak ada nya. Fahim tu je terlajak gila sikit" ujar Sophea dengan wajah cemberut membuatkan Puan Zarah tergelak.
"Mama" suara Faiq kedengaran selepas pintu bilik Fahim dibuka. Matanya masih terpisat-pisat memandang ke arah Sophea.
"Come dekat mama, kita pergi bilik aunty Tya" Faiq berjalan ke arah Sophea sambil menggosok matanya.
"Dah besar dah dia, comel ikut mama dia ya" Puan Zarah mencuit pipi Faiq. Faiq sudah tersenyum malu.
"Comel kan Fahim?" Puan Zarah menyoal Fahim yang dari tadi diam dengan mukanya kelihatan dingin.
Fahim hanya mengangguk lalu pintu bilik ditutup semula.
Puan Zarah dan Sophea sudah memandang hairan.
"Okay la aunty, Sophea nak pergi bilik Tya jap" Sophea meminta diri. Suka hati la lelaki itu nak jadi apa, bukan masalah dia pun.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...