Chapter 16

27.6K 1.3K 78
                                    

"Okay mommy, Sophea balik dulu. Terima kasih bagi Sophea tidur sini" Sophea menyalam tangan Puan Amanda. Hari sudah malam, risau balik seorang diri dengan bawa Faiq yang masih kecil itu lagi.

Dia tiba pukul 930 dan sekarang jam sudah menunjukkan angka 10. Banyak kali Puan Amanda menahan dirinya daripada pulang ke rumah kerana tak puas berbual.

"Sophea ni, tidur je la sini. Faiq tu pun dah tertidur ha kesian nanti terjaga pula. Lagipun dah lewat malam bahaya kamu drive sorang-sorang" pujuk Puan Amanda lagi sambil melihat Faiq yang terlentok di bahu Fahim. Banyak lagi dia nak bual dengan Sophea, sehari tak cukup.

"Bukan tak nak mommy, esok Sophea kena gerak awal. Nak singgah rumah adik ibu, ambil barang" balas Sophea mengusap tangan Puan Amanda. Kalau tiada apa apa memang dia tidur lagi di rumah ini.

"Ye la. Baik-baik bawa kereta tu, dah sampai bagitahu mommy" pesan Puan Amanda. Berat hatinya nak lepaskan Sophea pulang ke rumah.

Sophea mengangguk lalu pergi ke arah keretanya disusuli oleh Tya dan Fahim yang dari tadi hanya diam mendengar perbualan Puan Amanda dengan Sophea. Keakraban di antara Sophea dan Puan Amanda memang terlihat seperti anak beranak. Dari dulu lagi Puan Amanda itu berkenan sangat dengan Sophea.

"Hati-hati kau bawa kereta ni. Apa-apa bagitahu aku, tak pun share live location kau" ujar Tya setelah meletakkan semua barang ke dalam kereta Sophea.

Risau pada rakannya itu memandu pada waktu malam begini, dah la jalan dari rumah nya ke rumah Puan Maria itu sunyi. Minta jauh jauh la benda yang tak baik terjadi.

"Ermm, battery phone aku habis" Sophea menggaru kening sambil tersengih. Dia lupa mahu charge semasa berbual dengan Puan Amanda sebentar tadi. Sungguh tak ingat!

"Ish kau ni! Selalu sangat tak charge phone tu. Tahu la diri tu single tak ada orang chat tapi atleast biarlah sentiasa ada battery" ujar Tya geram terselit kata-kata perli. Sophea itu memang susah nak nampak pergi charge phone, tahan la pakai phone tu sampai habis battery. Kalau dirinya, 70% dah kalut duk charge balik.

Pak!

"Cakap orang" jeling Sophea setelah memukul rakannya itu. Tya sudah tertawa geli hati.

"Aku gerak dulu, thank you untuk semua benda" ucap Sophea kepada Tya lalu masuk ke dalam kereta. Tak sempat dia mahu menutup pintu kereta, suara garau milik Fahim sampai ke telinganya.

"I?" Ringkas soalan dari lelaki itu. Sophea memandang Faham yang berdiri betul di hadapan pintu keretanya.

"Thank you angkatkan Faiq" balas Sophea ringkas juga. Itu je la kan?

"Tu je?" Dia punya la bawa gadis itu pergi dating, dapat thank you untuk angkat Faiq sahaja?

"Kan dah tadi" ujar Sophea perlahan tidak mahu bagi Tya dengar. Nanti kawan nya itu jadi makcik bawang muda. Tak kuasa nak menjawab.

"Tadi lain" Sophea berkerut marah pada Fahim. Tak cukup lagi ke dia dah spend time 1 jam lebih dengan lelaki itu. Dah cukup banyak rasanya dia borak dengan Fahim apa yang jadi sepanjang lelaki itu masuk Pulapol sampai la bertugas.

Tetapi itu bukan la bermaksud yang dia sudah buka hati untuk Fahim. Dia masih takut untuk beri peluang pada lelaki itu.

"Kau nak melebih asal?" Tya menolak bahu Fahim. Petang tadi bukan main propa lagi kalut balik Perlis sampaikan tak nak jumpa dengan Sophea. Tiba-tiba Sophea balik naik kereta dengan lelaki itu. Dasar abang!

"Bye, Assalamualaikum" Sophea memulakan perjalanan. Kalau nak tunggu lama di situ, sampai ke esok dia tak gerak. Lagi lagi nak kena melayan Fahim tu. Memang tak bergerak langsung la jadinya.

His Bambina |  EditWhere stories live. Discover now