"Inspektor Fahim, saya ucapkan takziah atas kehilangan kamu baru-baru ni. Tapi pihak kami memang perlukan kamu pada waktu sekarang" ucap Commando Salim menepuk bahu Fahim beberapa kali.
"Terima kasih, Tuan" Fahim hanya beri senyuman yang tawar.
Seharian dia berada dalam hutan atas sebab melatih pelatih-pelatih yang akan direkrut dalam UTK.
Hatinya sedikit pun tak tenang bila fikirkan Sophea. Sudah tentu gadis itu akan mencarinya bila bangun dari tidur.
"Isteri kamu ada dekat mana sekarang?" Soal Commando Salim mengambil tempat di sebelah Fahim.
"Rumah mertua saya, Tuan" ringkas sahaja Fahim berikan jawapan.
"Saya minta maaf kerana terpaksa panggil kamu semula ke sini. Kamu yang lebih arif untuk handle dan tunjuk contoh pada pelatih. Saya memang berharap kan pada kamu seorang" ujar Commando Salim serba salah.
"Itu memang tugas saya, Tuan." Fahim mencabut topi di kepala dan menguak rambutnya ke belakang.
"Kursus ni pun tinggal lagi 2 hari je, lepas dah settle semua kamu pergi la berehat. Saya bagi pelepasan pada kamu selama seminggu" Fahim menoleh memandang Commando Salim lama.
Commando Salim yang perasan akan pandangan itu tersenyum pada Fahim.
"Tenaga kamu dalam UTK tak terkira, Fahim. Saya pun tak mampu nak buat macam mana yang kamu dah berikan pada pasukan UTK. Anggap je ni sebagai ganjaran buat kamu, Inspektor Fahim" jelas Commando Salim menghulurkan tangan nya pada Fahim.
Mereka berjabat tangan buat seketika.
Fahim sudah tersenyum lebar, bukan kerana dipuji tapi dia akan sentiasa berada dengan Sophea selama seminggu.
"Terima kasih, Tuan" ucap Fahim semangat.
Berbeza intonasi nya dengan yang awal tadi.
Commando Salim turut tersenyum lihat Fahim yang tak lekang dari senyuman.
"Saya minta diri dulu. Sabar sikit, lagi 2 hari je" sempat Commando Salim bergurau pada Fahim sebelum mengorak langkah pergi dari situ.
Fahim yang tadi berasa penat lelah terus bertukar kepada semangat. Tak boleh ke 2 hari tu dicepatkan?
"Amboi, senyum dari tadi menang mesin ke?" Gurau Emeyr melangkah mendekati ke arah Fahim.
Fahim menjeling tajam pada rakannya itu. Main mesin apa nya dah berapa hari dia duduk dalam hutan sahaja, line pun tak ada.
"Cuci banyak ke?" Sambung Emeyr lagi lalu tertawa besar.
"Tak ada kerja aku nak main mesin" Fahim menolak bahu Emeyr kuat.
"Mana la tahu kot-kot mencuba benda baru" kali ni Emeyr mengelakkan dirinya dari Fahim.
"Kau kalau aku rembat apa pun tak dapat" Fahim baling topinya tepat pada perut Emeyr.
"Garang sangat Inspektor Fahim ni sampaikan budak-budak mengata belakang" Emeyr menggosok perutnya.
"Bukan garang tapi tegas" balas Fahim dingin.
"Selama 3 minggu lebih ni, baru tadi aku tengok kau senyum. Kalau tak bengis je muka mana tak kena mengata" ujar Emeyr mengambil tempat yang sama dengan Commando Salim tadi.
Tak dinafikan, selama 3 minggu dia bertugas dengan Fahim secalit senyuman pun tak ada pada bibir rakannya itu.
Semua pelatih takut pada Fahim kerana muka bengis lelaki itu.
Bila Fahim pergi ke KL, semua mula tunjuk kepala masing-masing. Sebab tu dia terpaksa panggil Fahim datang semula. Mereka hanya takut pada Fahim seorang sahaja.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...