Bab 12 : Pemisah Dua Dunia

8 2 0
                                    

Kampung Kidagid, tempat dimana adanya seseorang yang mampu membantu Tania. Dia memakai satu jubah kelabu dan menutup kepalanya dengan hud. Dia perlu bersembunyi. Dia takut jikalau orang bawahan Azen mengekorinya.

Dia memandang sekeliling. Kelihatan bangunan yang diperbuat dengan kayu sepanjang jalan yang dilaluinya. Jalan pula diperbuat daripada batu-bata.

Matanya tertumpu pada satu bangunan kayu tinggi. Di situ dia akan berjumpa dengan seseorang yang dapat membantunya.

Apabila Tania tiba di pintu masuk bangunan itu, dia dihalang oleh dua pengawal. Mereka menyilangkan tombak mereka untuk menghalang Tania daripada masuk.

Tania menanggalkan hud jubahnya. Dia memberi satu renungan tajam kepada kai-chi itu. Apabila mereka melihat wajah Tania, mereka menegakkan kembali tombak mereka untuk memberi laluan kepada Tania.

"Dia ada kat tingkat paling atas." Kata seorang dari kai-chi itu. Tania terus sahaja masuk. Dia menaiki tangga yang menuju ke tingkat atas.

Apabila tiba di tingkat paling atas, Tania melihat seorang wanita tua sedang berdiri di tengah-tengah timbunan buku yang banyak. Kelihatan dia sedang membaca buku-buku itu.

"Hai Kebayan." Sapa Tania.

"Hai Tania." Kata Kebayan. Dia menggunakan kuasanya untuk menyusun buku-buku kembali ke atas rak.

"Aku nak pergi ke dunia manusia." Kata Tania.

"Aku boleh tolong. Cuma masalahnya..."

"Masalahnya apa?" Soal Tania.

"Aku malas." Jawab Kebayan dengan selambanya. Tania berasa marah lalu mengetuk kepala wanita tua itu.

"Aduh! Sakitlah!" Kebayan menggosok-gosok kepalanya.

"Aku bergurau je." Badan Kebayan mengecut secara perlahan-lahan dan akhirnya dia bertukar menjadi seorang budak kecil dalam lingkungan umur 12 tahun. Berpakaian baju serba pink. Rambutnya panjang serta bertocang.

Inilah rupa Kebayan yang sebenar. Dia mungkin seorang budak namun dia mempunyai ilmu pengetahuan sebaya dengan seorang wanita yang pernah hidup selama 800 tahun. Pengetahuannya telah diwarisi dari generasi ke generasi.

"Aku akan tolong kau." Kata Kebayan.

"Tapi kenapa kau tiba-tiba nak dunia manusia?" Soal Kebayan.

"Sebab aku perlu serahkan ni." Tania menunjukkan scroll ramalan yang dibawanya.

"Biar Betul! Inikan scroll ramalan 'Pahlawan Cahaya'." Kata Kebayan. Tania hanya mengangguk sahaja. Kebayan melihatnya dengan penuh teruja. Dia cuba untuk memegangnya namun Tania tidak mengizinkan.

"Tapi sudah 5 tahun semenjak Pahlawan Cahaya menghilang. Kau yakin ke dia berada di dunia manusia?" Soal Kebayan.

"Aku yakin Yi berada di dunia manusia." Jawab Tania. Kebayan hanya tersengih. Dia kenal sangat Tania.

Tania sentiasa menganggap Yi sebagai wira kesayangannya. Ianya bermula apabila Yi menyelamatkan dia ketika satu pertempuran berlaku di Zenai. Ibu bapanya mati dalam pertempuran itu. Ketika itu Tania masih lagi kecil, dia lupa wajah ibu bapanya.

"Kau dah bersedia?" Soal Kebayan.

"Aku sentiasa bersedia." Jawab Tania.

Kebayan meluruskan kedua-dua tangannya ke hadapan. Dari tangannya muncul satu portal sekecil duit syiling. Portal itu membesar dengan sangat perlahan.

"Ini akan ambil masa yang lama." Kata Kebayan.

"Puan Kebayan!" Tiba-tiba seorang pembantu Kebayan datang dan menjerit-jerit. Dia kelihatan cemas.

"Ada kekecohan kat luar." Kata Pembantu Kebayan. Tiada apa-apa yang Kebayan mampu lakukan. Dia sibuk dengan portal itu.

"Biar aku uruskan." Kata Tania.

Apabila tiba di luar, kelihatan orang bawahan Azen yang menyerangnya baru-baru ini. Dia kelihatan bergelut dengan pengawal-pengawal Kebayan. Namun masing-masing kalah dengan mudah. Tania menanggalkan jubahnya. Mereka terkejut melihat Tania.

Tania mengeluarkan pedang dari sarungnya. "Mari kita selesaikannya."

Musuhnya tidak menunggu lama. Dia menghentam tanah sekuat mungkin. Tanah menjadi retak. Retakan itu menuju ke arah Tania.

Tania melompat ke atas sebuah bangunan. Dia tidak boleh terburu-buru. Kalau dia serang sekalipun, musuhnya mempunyai regenerasi yang cepat. Kemudian dia perasan sesuatu, semua luka yang berada di badan musuhnya dapat sembuh dengan cepat kecuali pada satu tempat iaitu kepalanya. Tania mengetahuinya kerana dia melihat luka kesan terbakar di mukanya yang disebabkan oleh serangan Xian.

Tania menghasilkan beberapa shuriken cahaya dan melemparnya ke arah musuh. Namun ianya sia-sia, luka yang dihasilkan oleh shuriken itu terlalu kecil.

Tania melompat ke arah musuh. Dia cuba untuk memenggal kepalanya. Musuh menumbuknya dan menyebabkan dia tercampak dan terguling-guling di atas tanah.

Dia bangun dan menyapu debu di badannya. Dia melihat ke arah musuh. Dia masih memikirkan cara untuk mengalahkan musuhnya.

"Aku sangkakan kau setaraf dengan Yi. Tetapi kau sangat lemah." Musuhnya menghina Tania. Namun Tania tidak berasa marah. Dia rasakan apa yang diperkatakan itu betul semua.

"Yi terlalu bodoh dan naif untuk ajar kai-chi seperti kau." Kali ini dia menghina Yi. Tania mula berasa marah.

"Si penakut tu melarikan diri dan tinggalkan kau. Hahaha!" Ini dah melampau. Tania berasa sangat marah. Matanya terbeliak melihat musuhnya.

Tania menggosok pedangnya. Pedangnya bertukar menjadi warna putih. Dia melakukan gaya seperti seseorang yang ingin berlari. Pedangnya diletakkan kembali ke dalam sarungnya.

"Kau kata Yi penakut tapi kau sedar tak sudah berapa lama Azen menyorok dari Yi?" Tanah dimana Tania berpijak mula meretak kerana kuasa Tania yang semakin meningkat.

"Tuan kau lagi penakut dan pengecut!" Jerit Tania. Dalam sekelip Tania bergerak laju sehingga ke belakang musuh. Dalam masa yang sama dia sempat memenggal kepalanya. Musuhnya jatuh menyembah bumi. Dia sudah mati.

Pedang Tania kembali seperti biasa. Dia berjalan terhuyung-hayang kerana rasa penat. Akhirnya dia menang. Pembantu-pembantu Kebayan mengangkat badan Tania dan membawanya kembali ke dalam bangunan.

Di situ dia dirawat oleh pembantu Kebayan. Belum selesai dirawat, Tania bangun dan berjalan menuju ke tangga untuk pergi ke tingkat paling atas. Pembantu-pembantu itu cuba untuk menghalangnya namun mereka semua takut dengan Tania.

Apabila tiba di atas, dia melihat portal yang dihasilkan Kebayan menjadi besar.

Kebayan pula duduk di tepi sambil bertapa. Dia perlu fokus sepenuhnya untuk mengekalkan kestabilan portal itu.

"Tania duduk sini." Kata Kebayan. Tania duduk dihadapannya.

"Jangan pergi lama-lama tau. Aku rindu kau nanti." Kata Kebayan. Matanya berair. Kadangkala dia akan bertingkah laku seperti kanak-kanak. Tania mengangguk dengan laju.

Perlahan-lahan Tania memasuki portal itu. Cahaya terang menyilaukan matanya. Apabila cahaya itu hilang, Tania melihat sekeliling. Ianya berbeza dengan dunia kai-chi. Dia berdiri di tengah-tengah Hutan

Sekarang inilah bahagian sukar. Tanpa sebarang petunjuk dia perlu mencari Yi. Namun dia tidak bimbang kerana dia tahu dimana sahaja Yi berada, pasti masalah akan datang.

Yichu : Pahlawan CahayaWhere stories live. Discover now