Bab 36 : Soulliak

1 1 0
                                    

"Kenapa tuah selalu berpihak pada budak tu!" Jerit Mantis.

"Rileks, Azen akan datang sekejap lagi. Kawal emosi kau." Kata Hisashi. Mereka berdua berada di tempat yang gelap sambil menunggu kedatangan Azen.

Senjata Soulliak masih lagi berada di tangan Hisashi. Soulliak ialah sebilah pisau yang mampu memisahkan fizikal dan spiritual sesiapa pun. Spiritual yang dimaksudkan adalah tenaga chi.

Tiada siapa tahu asal usul penciptaan Soulliak. Senjata itu disorok agak tidak digunakan oleh orang yang salah. Namun Hisashi berjaya memperolehinya.

"Aku dah agak, kau memang boleh diharap." Kata seseorang dari kejauhan. Dia berjalan perlahan ke arah Hisashi dan Mantis.

"Tuan Azen." Kata mereka berdua sambil melutut sebelah kaki. Hisashi mengeluarkan Soulliak dan memberikannya kepada Azen.

Azen meneliti Soulliak. Corak putih dan hitam pada senjata itu memang sangat cantik. Sayangnya senjata yang cantik itu adalah senjata yang sangat berbahaya.

"Bangun!" Jerit Azen supaya Hisashi dan Mantis bangun dari melutut.

"Maafkan aku jika aku bertindak biadap tetapi bukankah kau tidak boleh terkena cahaya Yi?" Soal Hisashi.

"Memang aku tak boleh. Lagipun bukan aku yang akan menggunakan senjata ini pada budak itu." Azen memalingkan belakangnya ke arah mereka berdua.

"Mantis, kau akan pisahkan kuasa budak tu." Kata Azen. Mantis sedikit terkejut. Ianya akan lebih masuk akal jikalau Hisashi yang melakukannya kerana dia lebih kuat dan cepat.

"Kenapa terkejut? Bukankah selama ini kau dah ingkar arahan aku dan cuba untuk bunuh dia?" Soal Azen.

Kali ini Mantis betul-betul ketakutan. Selama ini dia sangkakan Azen tidak tahu perbuatannya untuk membunuh Syahmi. Badannya menggeletar.

"Ambillah." Azen menghulurkan Soulliak kepada Mantis.

Mantis masih lagi teragak-agak untuk mengambilnya. Namun jikalau itu ada arahan Azen, dia akan lakukannya.

"Aku takkan hampakan kau, Azen." Kata Mantis sebelum dia melangkahkan kakinya untuk keluar dari tempat itu.

"Tunggu dulu!" Jerit Azen. Mantis terperanjat mendengarnya.

"Kita tunggu seminggu lagi." Kata Azen.

Hisashi dan Mantis kebingungan. Kenapa perlu tunggu seminggu lagi jika mereka boleh melakukannya sekarang.

"Hari istimewa bakal tiba!" Jerit Azen.

*********

"Lagi! Lagi! Lagi!" Jerit Tania sambil menahan setiap pukulan dari Syahmi dengan menggunakan tangannya.

Mereka sedang berlatih. Perlawanan seterusnya akan melibatkan Mantis sebagai musuhnya. Tania sendiri tidak pernah berlawan dengannya tetapi dia tahu Mantis adalah seorang Kai-chi yang kuat. Senjata miliknya yang berupa seperti bilah pedang yang berbentuk separuh bulatan amatlah berbahaya.

Syahmi juga tahu akan hal itu kerana dia juga pernah berlawan dengan Mantis sebelum dia memperolehi kuasa Yi. Mantis membelasahnya dengan sangat teruk sehingga badan Syahmi dipenuhi dengan luka yang parah.

"Kenapa Mantis benci sangat dekat kau?" Soal Syahmi dalam hati. Semenjak hari pertama Yi berada didalam badannya, dia tidak pernah menjawab soalan itu.

"Apa kata kau berlatih dulu. Bila semua ni dah berakhir baru aku ceritakan pada kau tentang Mantis." Kata Yi. Sekali lagi, dia cuba untuk mengelak dari menjawab soalan Syahmi.

"Kalau aku tak cukup kuat, apa yang akan terjadi? Tiada cara lain ke untuk kalahkan Mantis?" Soal Syahmi kepada Tania.

"Memang tiada cara lain untuk mengalahkan Mantis selain menjadi kuat. Berlatih lah dengan bersungguh-sungguh." Jawab Tania.

"Lagipun kau tak perlu risau, aku sentiasa berada di belakang kau untuk membantu." Terharu Syahmi apabila mendengar kata-kata Tania.

Selepas 15 minit, mereka duduk bertapa untuk meningkatkan lagi kekuatan Syahmi. Kekuatan Syahmi meningkat setaraf dengan ketenangannya.

Yi merasakan Syahmi sudah bersedia untuk berlawan dengan Mantis. Cuma tunggu masa sahaja sebelum Mantis mencetuskan perlawanan itu.

Ada satu perkara sahaja yang Yi hairan tentang Syahmi. Syahmi pernah merasai kemarahan tetapi kuasanya tidak terjejas sedikit pun. Padahal 'marah' adalah berlawanan dengan 'tenang'.

Mungkinkah Syahmi marah tetapi pada masa yang sama dia masih lagi bertenang? Tak, itu mustahil.

Apa-apa pun, Yi tahu bahawa Syahmi adalah budak istimewa. Dia adalah Pahlawan Cahaya yang akan melindungi dunia.

*********

Di rumah, Adik Syahmi, Siti sedang bermain-main di dalam bilik Syahmi. Dia melihat kalendar yang berada di atas rak. Baru dia sedar, hari lahir Syahmi sudah hampir tiba.

Yichu : Pahlawan CahayaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora