Bab 25 : Kegagalan Seorang Pahlawan

11 3 0
                                    

"Apa kuasa kau?" Soal Syahmi. Dia ingin mengetahui kuasa perempuan bertopeng yang telah menolongnya sebelum ini agar mereka boleh berkerjasama dengan cekap.

"Aku lupa nak kenalkan diri. Nama aku Pekra. Seorang kai-chi. Rakan karib kepada Kirana." Pekra menghulurkan tangan sebagai tanda pengenalan tetapi Syahmi tidak bersalaman dengannya.

"Nama aku-"

"Aku dah tahu nama kau."

Lila sangat berwaspada terhadap mereka. Dia tidak tahu apa yang mereka bualkan. Dia risau jikalau mereka membincangkan strategi untuk mengalahkannya.

Dia melutut sebelah kaki, tangan diletakkan di atas tanah untuk membekukan permukaan tanah di sekitar mereka. Syahmi cuba menyeimbangkan badannya kerana ais di tempatnya berdiri sangat licin.

"Hati-hati!!!" Jerit Yi. Satu blok ais muncul dari tanah lalu menghentam badan Syahmi, menyebabkan dia tercampak jauh ke belakang.

Pekra menggunakan kuasa teleportasi-nya untuk menyerang Lila. Dia muncul dari pelbagai arah menyebabkan Lila keliru melihatnya.

Syahmi bangun berdiri dan menyapu debu di bajunya.

"Syahmi, kita perlukan skill khas aku!" Kata Yi.

"Skill khas?" Soal Syahmi kehairanan.

"Duduk dan bertenang..." Syahmi mengikuti apa yang Yi arahkan.

"Matikan segala deria rasa kau..." Syahmi rasa ianya mustahil untuk mematikan derianya tetapi dia masih lagi mencuba. Dia menutup matanya sambil merapatkan kedua-dua telapak tangannya dan mula bertapa.

"Tumpukan chi pada seluruh badan..." Syahmi cuba melakukan suruhan Yi tetapi ianya sangat sukar. Dia hanya mampu untuk menumpukan chi pada satu anggota badan, bukan seluruhnya.

"Hati-hati!" Jerit Pekra. Syahmi membuka matanya dan terkejut apabila sebuah ketulan kristal ais yang tajam terbang ke arahnya. Nasib baik, dia sempat mengelak.

"Haish! Sikit saja lagi." Yi mengeluh. Dia yakin jikalau serangan ais itu tidak mengganggu Syahmi, pasti kuasa itu akan muncul.

"Apa kata kau pergi. Biar aku uruskan Lila." Kata Pekra. Dia muncul di sisi Syahmi.

"Baiklah!" Balas Syahmi. Pekra meletakkan tangannya di belakang badan Syahmi. Syahmi menghilang dan muncul di tempat yang asing.

"Perhatikan sekeliling..." Kata Yi. Dia rasakan sesuatu yang ganjil.

"Aku dapat kesan aura chi Aji..." Yi mengesannya berada sangat dekat dengan Syahmi. Tetapi sesuatu tidak kena.

"Kau memang tak serik kan?" Soal Aji. Dia berada jauh di belakang Syahmi.

Syahmi memalingkan badannya ke arah Aji. Tetapi dia tidak nampak Siti berada bersamanya.

"Apa kau dah buat dengan dia?" Soal Syahmi dengan nada yang sangat marah.

"Aku perlukan 5 minit lagi... bersabarlah." kata Aji.

"Kenapa..." Syahmi mengeluarkan nada suara yang sayu.

"Kenapa atuk palsukan kematian! Kenapa atuk bunuh nenek! Kenapa atuk buat macam ni?. Kenapa? Kenapa? Kenapa?" Soal Syahmi bertalu-talu. Kali ni dia betul-betul marah.

Aji gelak perlahan. "Palsukan kematian? Mereka yang ingat aku mati."

"Aku tak bunuh perempuan tua tu." Jawab Aji dengan perlahan. Suaranya terlalu perlahan sehingga sukar bagi Syahmi untuk mendengarkan jawapan dari Aji.

"Apa atuk nak buat dengan adik saya?" Soal Syahmi sekali lagi.

"Kau akan tahu tak lama lagi...Sementara itu, apa kata kau hiburkan aku dulu..."

Yichu : Pahlawan CahayaWhere stories live. Discover now