Bab 32 : Asas Ketenangan

2 1 0
                                    

30 minit selepas Emerald mengucar-kacirkan suasana di bandar...

"Kita kena lawan dia!" Kata Syahmi. Dia dan Tania masih lagi berada di dalam bilik tidur Syahmi.

"Aku tahu... tapi dia terlalu taksubkan kau. Mungkin dia memang betul-betul nak kau mati." Kata Tania.

"Dia jahat kan? Mestilah dia benci aku."

"Apa-apa pun kita tak boleh kalahkan dia, cuba kau lihat huru-hara yang dia dah buat."

Syahmi diam sejenak kerana merasakan ada betulnya apa yang Tania katakan. Tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja.

"Apa kata kau cara untuk gunakan kuasa istimewa Yi sementara aku lengahkan dia." Cadang Tania.

"Bolehkah kau lawan dia? Macam terlalu berisiko je."

"Sudah tentulah dia boleh. Aku yang latih dia kan." Kata Yi.

Syahmi sedikit teragak-agak tetapi mungkin itu adalah pilihan yang terbaik. Dia bersetuju dengan cadangan Tania.

Tania terus melompat keluar dari tingkap bilik Syahmi dan berlari ke arah kekecohan itu.

Syahmi pula duduk bersila di lantai biliknya. Matanya terpejam rapat, kedua-dua telapak tangannya dirapatkan. Dia mengambil nafas perlahan-lahan agar pernafasannya stabil.

Selepas beberapa minit, dia masih lagi tidak mampu menggunakan kuasa yang dikatakan oleh Yi itu.

Tetapi sebelum ini, Syahmi pernah menggunakan kuasa itu tetapi hanya sesaat sahaja. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh menggunakan -nya secara tiba-tiba.

"Kau perlukan hati yang tenteram." Kata Yi.

"Kau cakap senanglah."

Yi mengeluh. Dia memikirkan cara untuk Syahmi menggunakan kuasa itu. Hanya ada satu cara sahaja.

"Kau tahu tak?...Kadang-kadang aku memang tak matang kan?" Soal Yi. Syahmi mengangguk tanda bersetuju.

"Itu memang sifat aku. Walaupun dah hidup lebih 100 tahun, aku masih lagi tak matang."

"Lebih 100 tahun?" Syahmi terkejut. Sukar untuk mempercayainya.
"Umur kau lebih 100 tahun tapi-"

"Siapa kata umur aku lebih 100 tahun. Aku cakap, aku dah hidup lebih 100 tahun." Keliru Syahmi dibuatnya. Apa bezanya?.

"Ini luahan hati aku. Aku nak kau buat juga. Isi hati yang kosong akan memudahkan kau untuk bertenang." Kata Yi.

Syahmi merenung lama ke lantai. Dia memang ada perkara yang ingin diluahkan tetapi malu untuk mengatakannya.

"Aku kadang-kadang rasa menyesal pula sebab aku biadap sangat bila bercakap dengan kau. Kau nampak macam orang banyak ilmu." Kata Syahmi dengan segan silu.

"Aku tak adalah mempunyai banyak ilmu sangat. Tapi ilmu yang aku ada cukup untuk menjadikan kau Pahlawan Cahaya sama seperti aku... mungkin lebih hebat lagi."

"Sekarang giliran kau pula." Syahmi menyuruh Yi pula untuk meluahkan isi hatinya.

"Aku? Kenapa aku kena luahkan isi hati aku?"

"Kita buat bergilir-gilir lah, baru adil."

Yi mengeluh lagi. Ada-ada je perangai budak ni. Terpaksa dia ikut karenah Syahmi.

"Kau ingat tak masa kau marah sangat dekat atuk kau lepastu kau jerit kuat sangat?" Soal Yi.

Syahmi cuba untuk mengingati apa yang dia katakan pada ketika itu. Bila diingati semula, segala makian yang keluar dari mulutnya agak keterlaluan. Tetapi dia tidak dapat menahan dirinya.

"Pada masa tu, aku rasa takut untuk seketika." Kata Yi. Syahmi berasa bersalah. Jikalau Yi sendiri berasa takut mendengarnya, sudah pasti dia benar-benar melampau.

"Entahlah...aku betul-betul tak boleh kawal diri. Lagipun aku rasa macam..." Syahmi menghembuskan nafasnya dengan kuat. Beberapa saat kemudian, dia menyambung kembali ayatnya. "...bukan aku yang cakap. Bukan aku yang jerit. Aku rasa macam itu."

"Itulah kemarahan. Kita akan bertindak diluar kawalan apabila marah. 'Marah' akan mengaburi minda kita. Membisikkan kejahatan dalam hati kita."

Syahmi diam seketika. Tersentap dia mendengar kata-kata Yi.

Namun dia tidak perasan, sebahagian kecil rambutnya sudah bertukar putih. Itu petanda yang bagus.

Sekarang giliran Syahmi untuk berbicara.

"Tak kisah berapa kali pun kau cakap... Aku tetap rasa kau buat pilihan yang salah." Kata Syahmi. Ia membuatkan Yi sedikit resah. Pilihan apa yang Syahmi maksudkan.

"Kau pilih aku untuk mewarisi kuasa kau. Tapi aku tak rasalah macam diri aku layak pakai kuasa ni. Andai kata, kau luar sana ada orang yang lagi kuat, orang yang lagi hebat, orang yang lagi bijak, kau memang dah salah pilih. Kau lihatlah sendiri, aku nak keluarkan kuasa kau pun bukan main lama lagi."

"Aku tahu aku buat pilihan yang tepat, sebab aku bukan inginkan kekuatan, kehebatan dan kebijaksanaan kau tetapi aku nak kan kebaikan kau. Kau seorang yang baik, itu hakikatnya."

Suasana jadi diam, Syahmi betul-betul terharu dengan ucapan Yi. Air matanya berkaca. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mengeluarkan kuasa itu.

Angin muncul secara tiba-tiba lalu meniup rambut Syahmi.  Matanya seakan-akan bercahaya. Seluruh rambutnya menjadi putih. "Yichu, Luminous Mode."

Yichu : Pahlawan CahayaWhere stories live. Discover now