Bab 40 : Mantis

1 0 0
                                    

Kelopak mata Syahmi dibuka dengan perlahan-lahan. Dia terbaring di atas lantai. Sebaik sahaja dia sedar, dia melihat sekelilingnya. Dia kenal dengan ruangan yang berwarna putih
ini. Dia bangun dan duduk bersila sambil mencari-cari sesuatu.

"Ehem! Cari aku ke?" Soal seseorang. Syahmi tidak melihat siapa yang bersuara tetapi dia tahu siapa dia. Didalam ruangan ini hanya boleh dimasuki oleh dua orang sahaja. Syahmi dan Yi.

Syahmi memusingkan badannya kerana tidak ingin berhadapan dengan Yi. Dia takut dimarahi kerana telah bertindak melulu untuk membunuh Mantis.

"Aku nak bercakap dengan kau tentang Mantis." Kata Yi.

"Aku betul-betul minta maaf. Aku biarkan kemarahan kawal aku."

"Bukan dekat aku kau patut minta maaf! Tetapi kau patut minta maaf dekat dia sendiri!" Jerit Yi.

Mendengar itu Syahmi menjadi marah. Dia bangun dan berpaling ke arah naga gergasi itu. "Minta maaf dekat dia? Kau tahu kan dia dah bunuh keluarga aku! Dia dah hancurkan hidup aku tepat pada hari lahir aku!"

"Dia pun tak inginkan perkara ini terjadi!" Syahmi mati kata-kata. Dia cuba untuk memahami apa yang Yi katakan.

"Maksud kau?"

"Sebab tulah aku nak bercakap dengan kau tentang Mantis....atau nama sebenarnya Frocey."

Syahmi duduk bersila. Dia dapat merasakan bahawa cerita ini sangat penting kerana riak muka Yi yang serius.

"Ianya bermula apabila..."

*********

Land Of Chimera, sebuah wilayah di dunia Kai-chi. Di sini hampir kesemua Kai-chi mempunyai atribut beast. Terdapat sebuah keluarga bangsawan yang tinggal di sebuah rumah agam yang mewah.

Pemilik rumah itu ialah bekas komander perang yang telah memenangi banyak peperangan.

Isterinya pula ialah seorang Kai-chi biasa sahaja tetapi bertuah kerana dapat mengahwini lelaki itu.

Mereka sudah mempunyai dua orang anak. Anak sulungnya ialah lelaki yang kacak dan gagah. Anak keduanya pula seorang perempuan yang cantik dan mahir berlawan. Kisahnya bermula apabila ibunya melahirkan seorang lagi anak lelaki.

"Uwaaa...Uwaaa!" Jeritan bayi kedengaran di rumah agam itu. Ianya datang dari seorang bayi yang berada di dalam keranda bayi.

"Kenapa ni, sayang?" Soal seorang perempuan yang berumur 50-an. Namanya ialah (), ibu kepada bayi itu. Dia memakai baju yang labuh berwarna biru. Rambutnya yang panjang dan berwarna hitam diikat didandan

"Dia lapar agaknya." Kata seorang lelaki yang berada dibelakangnya. Namanya Fredrin, ayah kepada bayi itu. Dia mempunyai sejenis penyakit kulit akibat kuasa chi yang dimilikinya. Kuasanya ialah 'Mantis', dia mampu untuk meniru pergerakan mentadak sebagai gaya bertarungnya. Namun sejak dari lahir, sebahagian tubuhnya ditumbuhi dengan tompokan kulit berwarna hijau sama seperti warna mentadak.

Bayi itu pula diberi nama Frocey. Dia tumbuh membesar dengan normal sehinggalah umurnya berumur 6 tahun.

Pada usia itu kebanyakan kai-chi sudah mampu menggunakan kuasa chi masing-masing. Namun Frocey tidak dapat menggunakan kuasanya. Dia bahkan tidak tahu apa kuasa yang dimilikinya.

"Tengok tu!" Kata salah seorang dari sekumpulan kai-chi seumur dengan Frocey. Mereka suka membulinya kerana Frocey tidak dapat melindungi dirinya sendiri. Mereka berjalan ke arah Frocey. Masing-masing menunjukkan kuasa mereka yang hebat. Ada yang mampu bertukar menjadi sekumpulan kelawar, ada yang dapat kuasa elemental kegelapan, ada juga kuasa kristal. Frocey sudah berdebar-debar memikirkan nasibnya.

Yichu : Pahlawan CahayaWhere stories live. Discover now