Chapter 7

8 3 2
                                    

"takde lah contohnya macam liana ke.."
Adam sebuk mengingat apa yang di maksud kan Ikhmal semalam.

Adam terus mengambil air yang berada di lapangan bola keranjang itu kerana terlampau haus untuk menunggu pelajar pelajar untuk menonton.

"adam~" panggil Ikhmal dengan muka tanpa dosanya, ceh padahal perkataan nya semalam sungguh membuat nya terpikir pikir.

"tolong amik kan satu air untuk aku gak dam" ujar Ikhmal menyuruh.

sehabis sahaja Adam meminum air nya Adam terus mengambil air untuk diberi kepada Ikhmal.

"okeh thanks" ucap Ikhmal berterima kasih.

Adam yang terlihat memikirkan sesuatu itu pun terus bersuara.

"we mal, maksud kau yang semalam tu ape?" tanya Adam otaknya penat berfikir sekarang.

Ikhmal yang paham arah tujuan pertanyaan Adam itu terus sahaja meneguk air itu lalu menjawab.

"ape? aku saja je mention liana, nape kau suka lia-"

"tibe ah kau memang tak lah aku nak suka dia" potong Adam cepat cepat.

"dah la aku gerak lu" kata Adam lantas meninggalkan Ikhmal.

Ikhmal hanya menggelengkan kepalanya, selalu sahaja sahabatnya seperti ini.

dari kejauhan tampak Liana bersama kawan kawannya datang untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang ini.

"kita duduk sini lah, senang sikit nak keluar nanti" ujar Elisya memilih tempat duduk paling depan.

Liana, Lydina dan Elieya hanya menyetujui Elisya.

perlawanan bola keranjang pun bermula.

tiba tiba datang Qistina, Syasya, Puteri dan Atiqah.

"hei! ni seat kitorang okay!" kata Qistina memberitahu.

"dah rampas ikhmal lepastu nak rampas seat orang!" sindir Atiqah lantas memandang Elieya.

"sape yang cepat dia dapat lah, asal tak puas hati eh?" cebis Elieya lantas menjeling Atiqah semula.

"boleh tak sehari je jangan kacau kitorang? dekat belakang aku tengok banyak je seat kosong, oh lupa la mesti korang nak usha budak lelaki main" ujar Liana yang baru sahaja bangun dari duduk nya dan seperti sedikit mengejek mereka, bukannya apa terkadang lelah ingin melayan sikap mereka.

"ape u kata!" kata Qistina lalu ingin berjalan dekat ke arah Liana tetapi tidak sempat.

"burghh" headshot bola keranjang tepat mengenai kepala Qistina.

"woii buta ke!" tegur Puteri ke sang pembaling yang memberikan Qistina free of charge bola keranjang.

"sape yang baling bola ni ha!" tanya Qistina dengan tangannya memegang kepalanya yang sakit itu.

"aku, asal?" sahut Adam lalu ingin mengambil bola keranjang itu.

"adam?" Liana benar benar terkejut sambil memandang Adam.

Adam lantas pergi ke arah Qistina.

"aw sakit laa tolong hantar i pergi bilik kesihatan adam" ujar Qistina berpura-pura sakit kerana ingin Adam menemani nya ke bilik kesihatan.

"ciss over lah, kaki tu ade kan jalan lah sendiri" ucap Adam lantas memandang Qistina.

dari kejauhan ada Ikhmal yang berjalan ke arah mereka.

"woii dam, lama nau kau amik bola nya ape cite ni?" tanya Ikhmal bingung dengan keadaan mereka sekarang.

"dorang ni bising kacau je orang lain nak tengok" jelas Adam.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now