Chapter 15

18 4 5
                                    

Pov Adam :

aku terus melihat mesej ku apabila terdengar bunyi deringan di poket ku, aku mendapati Mak Imah bibik ku menyuruh ku balik lewat mesej whatsapp, katanya dia risau apabila sudah 7 hari tidak melihat penampakan aku di rumah. aku menghela nafas panjang lalu melihat jam di handphone sudah menunjukkan pukul 10:00 malam, ya balik lambat sudah menjadi kebiasaan ku.

"um miss saya balik dulu ye.." pinta ku ke Miss Fira.

"ohh okey lah kalau macam tu, hati hati adam" sebuah senyuman kecil diberikan Miss Fira.

aku hanya mengangguk lalu cepat cepat mengemas barang barang ku dan berlalu pergi, katanya Miss Fira bakal pulang lewat malam aku ingin sahaja menolong nya tetapi kerana aku terlalu kesian akan bibik ku dirumah itu.

aku sibuk mengendarai kereta ku, walau aku sedang fokus untuk mengendarai di pikiran ku masih berkecamuk memikirkan tentang apa yang akan terjadi di rumah nanti.

aku sekarang sudah berada di depan rumah ku sendiri, kaki ku terasa berat untuk melangkah masuk, hati ku terasa sakit, pikiran ku dihantui benda yang paling aku takut kan. aku segera melenyapkan semua rasa gelisah ku, walau merasa berat untuk melangkah tetapi aku tetap berjalan ke depan.

aku bukak sahaja pintu tampak pengawal pribadi ku menyapa ku ramah tanda menghormati, nasib mereka tidak menanyakan hilang kemana aku selama seminggu ini.

aku terus melanjutkan jalan ku yang tertunda, masuk masuk ke dalam rumah aku menghidu bau yang sangat aku benci, bau itu juga hampir terhidu setiap pepenjuru rumah, sungguh bagaimana orang orang di rumah ini boleh bernafas dengan tenang? aku mencari punca bau yang sangat kuat ini, akhirnya aku berhenti di depan pintu yang terbuka dengan sesuatu penampakan yang mampu membuat hatiku terasa hancur berkeping keping.

"papa.." panggil ku dengan raut wajah ku yang sudah berubah murung.

aku melihat dengan mata aku sendiri, papa meminum arak bersama perempuan murahan di pegangan nya. sungguh hati ku terasa sangat sakit apabila kejadian sama terus terulang seperti tiada penghujung nya, dengan bodoh nya aku berharap papa tidak akan melakukan benda haram seperti ini lagi.

papa yang sedar akan kehadiran ku terus menyuruh perempuan itu pulang, aku memandang tajam perempuan itu lalu perempuan itu pun berlalu pergi, haha rasanya papa benar benar membuat aku membenci dirinya.

"kau baru nak balik?" soal papa dengan masih keadaan separuh mabuk.

bukannya menjawab aku terus melontarkan soalan yang selama ini aku pendam.

"sampai bila papa nak jadi macam ni!" tegur ku, aku benar benar lelah dengan perlakuan papa seperti tidak ber agama.

"KAU DIAM!" bentak papa sambil melemparkan botol arak ke arah ku.

nasib botol arak itu tidak mengarah ke arah ku tetapi mengarah ke arah dinding di sebelah ku dan terus hancur berkeping keping apabila dinding dan botol arak itu bertemu. satu serpihan kaca mengenai pipiku dan membuat goresan luka yang agak besar. pipi ku mengeluarkan darah segar tentu saja sakit, tetapi tidak sesakit hati ku apabila melihat papa seperti ini.

papa terlihat sudah tertidur di meja kerja nya, aku segera keluar dari bilik kerja nya, malas aku berlama lama di sini makin membuat diriku lelah adalah. darah di pipi ku semakin mengalir, aku pergi ke dapur dan mengambil tisu untuk memberhentikan darah ini untuk sementara, tiba tiba muncul Mak Imah.

"eh tuan adam dah balik, tuan pergi mana je seminggu ni?" tampak raut kerisauan terpapar di wajah bibik ku Mak Imah.

"adam duduk hotel je, kalau adam takde pun papa tak pernah amik kesah kan" jawab ku sambil mengeluarkan senyum pahit, aku selalu tidur di hotel bukanlah mahu dikatakan aku ini lupa berpijak pada tanah sendiri tetapi aku cuma penat menghadapi sikap papa yang terlalu egois, aku lebih rela menginap di hotel daripada duduk di rumah ini, ya rumah bukan tempat ku sekarang.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now