Chapter 12

22 4 4
                                    

Kak Lina dan Laura ikut terdiam.

"afiq?" tanya Liana berharap jika ini hanya imajinasi nya sahaja.

"eh liana" Afiq terkejut melihat bakal tunang nya sudah berada di depan mata nya sekarang padahal mereka akan bertemu nanti, tetapi Afiq merasa bahagia juga.

"eh liana hang kenai ka budak ni?" tanya Pak Cik Samad yang tiba tiba muncul dari arah belakang Afiq.

"eh awat liana tak kenai pulak, ni afiq-"

"bakal tunang liana" jawab Afiq memotong percakapan Liana lalu tersenyum dengan muka seperti tiada dosanya.

sebenarnya Liana berasal dari Johor cuma mereka sekeluarga pindah ke Pahang kerana mempunyai masalah di Johor, jadi mereka sekeluarga pun berancang untuk berpindah. mereka sudah terbiasa dengan bahasa Pahang, cuma mereka tidak biasakan apabila bersama orang terdekat.

Liana merasa tidak nyaman kerana Afiq seperti sengaja ingin memberitahukan tentang pertunangan mereka.

'harey betui, karang aku hempok kepala hang auto amnesia hang dok pikiaq pikiaq nanti sapo yang jadi bini hang, tulah hang gatai lagi nak kawin muda eee geram nya aku!' Liana sudah ber api api dengan Afiq, sakit hati teringat apa yang di beritahu Laura tadi.

"lah, dia ni la yang bakal jadi tunang hang tu" Pak Samad benar benar terkagum.

"ni pak samad awat boleh dengan afiq?" tanya Laura yang perasaan jika kakaknya Liana sudah termenung dengan muka menahan geram.

"ohh, budak ni pak samad tengok duk cokoh(berdiri) depan kedai tu, pak samad kesian pahtu tolong lah dia katanya nak belikan buah tangan untuk tunang dia dengan family nya, tak sangka pulok afiq ni tunang si liana yang orang orang kata tu" Pak Samad tahu tentang pertunangan Liana itu, kerana sudah di heboh kan oleh orang-orang kampung.

"ohh" serentak tiga beradik itu.

"pak samad balik dulu lah nanti maghoh pulok bini pak samad, liana dengan afiq semoga sampai ke pelamin noh" ujar Pak Samad ingin mengundurkan diri.

"terima kasih pak samad tolong saya tadi" ucap Afiq sambil menyalam Pak Samad.

"sama sama"

Liana hanya tersenyum pasrah, Pak Samad pun berlalu pergi.

Kak Lina paham jika Liana tidak selesa dengan kehadiran Afiq, Kak Lina lantas bersuara dari kesunyian itu.

"laura awak masuk lah kereta dulu buka enjin kereta sekali, ha nah bawak reena ni jugak" suruh Kak Lina sambil menyerahkan kunci kereta dan Reena di gendongan nya.

Laura mengangguk paham bahawa Kak Lina ingin meneman Liana bersama Abang Afiq.

"Liana saya ade belikan coklat untuk awak, untuk family awak pulak saya belikan buah-buahan balik nanti saya bagi eh" Afiq sudah tersenyum senyum sambil memandang Liana yang berada di sebelahnya

Liana mengeluh pelan, tetapi dapat di dengari Kak Lina.

"terima kasih" ujar Liana singkat, dia tidak lupa untuk berterima kasih ke Afiq walaupun sudah rimas.

"ala takde ape lah, lagipun one day nanti kita bakal jadi suami istri jugak" lagi sekali Afiq tersenyum sorang sorang bagai orang gila.

'sape nak kawin dengan kau seh, dah macam orang gila dah duk tersenyum sorang sorang ni kalau aku tolak dari tingkat atas ni agak agak mati ke tak eh' Liana benar benar tidak suka dengan Afiq.

Kak Lina sudah menepuk belakang Liana untuk menenangkan nya.

"nampak berat lah barang barang yang awak bawak tu, sini lah bagi saya bawak" tawar Afiq tidak ingin memberatkan beban Liana.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now