Chapter 16

19 4 4
                                    

rupa rupanya itu adalah Miss Fira yang memasuki kelas, ya sekarang adalah mata pelajaran nya Miss Fira, lalu Miss Fira terus duduk di tempat nya.

Liana Ikhmal dan Qistina mencebis, mereka bertiga kena scam ye.

"ish mana lah adam ni, kalau dia tak datang i nak usha sape!" bebel Qistina sambil melihat lihat luar kelas.

"u boleh usha lelaki lelaki yang have a crush on u right? adam tu dah lah red flag, i tak paham lah macam mana u boleh suka dia?" heran Puteri, Adam sudah melakukan Qistina seperti itu jadi jelas jelas lah yang Adam tidak mempunyai sedikit perasaan terhadap Qistina.

"nah i dont care, i dont even care if he doesnt like me i takkan give up" jawab Qistina lalu tersenyum lebar.

Puteri hanya menggelengkan kepala nya.

5 minit kemudian..

"puteri jom lah kita lepak cafe lagipun adam tak datang ughh so boring takde dia, nanti nak kena buat projek eee i tak nak lah dengan si nerd tu" bisik Qistina ke Puteri, Qistina juga penat menunggu Adam datang, rasanya Adam tidak akan hadir.

"jom, i pun boring gila ni and i pun tak nak buat projek dengan naufal, so disgusting" Puteri terus setuju, mereka berdua pun berpura pura ingin pergi ke tandas.

"eh ikhmal, adam tak datang ke?" tanya Miss Fira yang mula perasan apabila tidak melihat kelibat Adam.

"entahlah miss, rasanya tak datang lah ni" kata Ikhmal dirinya mengirim pesan ke Adam pun Adam tidak menjawab.

Miss Fira mengangguk paham.

Liana termenung.

'hm sorang sorang lah nampaknya bila kena buat projek nanti' ucap hati Liana, dirinya sudah pasrah menerima dugaan ini.

Elieya menepuk bahu Liana.

"sabar lah ye" ucap Elieya, Elieya tahu jika Liana sudah terbiasa bersama dengan Adam jadi apabila tiada Adam ini Liana jadi tidak biasa.

Liana tersenyum pasrah.

kedengeran bunyi seseorang membuka pintu.

pelajar pelajar terus memandang ke arah bunyi tersebut.

tampak Adam membuka pintu dengan nafas terhengah hengah nya dan pipinya tampak mengeluarkan darah yang banyak.

"eh ada-"

"maaf miss saya lambat" potong Adam sopan sambil menundukkan kepalanya.

Adam pun terus menaikkan kepalanya semula.

"eh adam kenapa dengan pipi kamu tu?!" Miss Fira sudah kelihatan bimbang apabila melihat darah di pipi Adam.

Liana terus memfokuskan pandangan nya ke Adam, dirinya tersentak melihat darah di pipi Adam mengalir.

Adam mengelap darah nya menggunakan tangannya, di lihat lihat semakin banyak sahaja darah yang mengalir.

seisi kelas benar benar terkejut dibuatnya.

"eh ape pasal dengan adam tu?"

"ngeri pulak aku tengok darah kat pipi dia"

"dia kenapa?"

ujar orang orang di dalam kelas.

mata Adam dan mata Liana bertemu, Adam melihat terdapat raut bimbang di wajah Liana.

"eh dam kau okey tak?" tanya Ikhmal sudah terbangun dari duduknya.

"ohh ni tadi saya terjatuh miss" jawab Adam, mahu tak mahu dirinya harus menipu seisi kelas.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now