Chapter 23

13 3 0
                                    

#part2 : sabtu hari karnival kolej

Liana dan Adam dari tadi hanya diam membisu, masing masing tidak ingin membuka mulut Liana hanya merasa jika Adam akan memarahi nya kerana lambat manakala Adam masih merasa panas kerana ulah budak yang meminta nombor telefon Liana tadi.

"s-sorry la sebab lambat tadi, bukan salah aku jugak kan, mana lah aku tahu budak tu nak halang aku sampai macam tu" Liana mengeluarkan suara nya, diri nya tidak tahan jika keadaan jadi begini, kalau nak salahkan orang salahkan lah budak yang tak kasi dia lalu tadi, buat masalah betul lah budak tu!

Adam tidak menjawab dia mendahului Liana memasuki bilik latihan mereka.

"dah lah ikut kau la, aku dah mintak maaf dah pun kalau nak marah, marah kawan adik ikhmal tu" ucap Liana lalu menyilangkan tangannya ke dada.

Adam masih mengunci rapat mulutnya sambil melihat skrip nyanyian mereka.

"haih, aku keluar kejap, kau buat lah ape yang kau nak buat, kalau dah okay aku datang balik" Liana menyerah sekarang, ego Adam sangat tinggi, terus Liana berjalan ingin pergi, ingin menenangkan keadaannya bersama Adam.

"tak boleh, kau tak ade otak ke? telefon tu ade kenapa tak chat je, lain kali tak payah nak menyusahkan orang lain boleh tak?" bantah Adam tiba-tiba.

Liana mematung sebentar, lalu dirinya berjalan kembali ingin keluar, malas ingin menghadapi Adam dirinya tidak peduli juga, lagipun dia siapa ingin melarang larang nya sesuka hati?

"aku risau lah bongok!" kata Adam final.

kata kata Adam berhasil membuat langkah Liana terhenti, tiba-tiba Liana tertawa.

"kau buat lawak ape ni" sungguh Liana tidak habis pikir dengan gurauan Adam.

'tapi aku memang betul-betul risau dekat kau..' bisik hati Adam.

"kau ni ada yang aku hempuk kepala kau lagi sekali guna mic kang" Adam sudah kesal di buatnya.

"eh kau mic mic kena kepala ni jangan bawak main!" Liana yang sebuk tergelak tadi terus berubah serius, terus dia memegang kepalanya yang terkena mic semalam, perih nya masih terasa ye.

malah Adam pula yang menertawakan Liana balik.

"okay kalau aku mic, sini kepala kau aku try guna mic holder pulak" kata Liana yang sudah memegang mic holder lalu mengejar Adam, dirinya dari dulu berdendam ingin memukul Adam sekuat kuatnya boleh la juga dirinya dapat melepas geram nya ke Adam.

"eh kau tak payah eh!" gumam Adam yang sudah melarikan diri ingin mencari pelindungan buat dirinya.

maka terjadilah kejar kejaran di antara Adam dan Liana di bilik latihan mereka (bilik rehearsel ni kedap suara ye).

~~~

"nah tteokbokki dengan jajangmyeon!" ucap Ikhmal seraya menghulurkan plastik makanan Korea ke Elieya yang sedang duduk di bangku.

"thanks!" raut wajah Elieya yang kelihatan monyok terus bertukar ceria apabila makanan sudah di depannya.

Ikhmal menghela nafas lega, nasib lah dirinya peka dengan kemahuan Elieya walaupun Elieya tidak mengatakan tentang kemahuan nya.

"kenapa kau tak duduk? duduk lah" soal Elieya yang melihat Ikhmal hanya berdiri di sebelahnya.

"eh tak ape, aku boleh duduk dekat lantai, kau makan jela atas bangku tu" nyata Ikhmal, di silang kan kaki nya untuk duduk bersila di bawah. dirinya hanya ingin melihat Elieya makan dengan selesa.

Elieya mengangguk, di suapkan makanan ke mulutnya.

tangan Ikhmal di buat penahan dagu nya sambil dia tekun melihat Elieya yang sedang makan. dia tersenyum, di ambil tisu yang berada di dalam plastik tadi lalu di berikan tisu itu ke Elieya.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now