Chapter 22

13 3 1
                                    

#part1 : sabtu - hari karnival kolej

pov Liana :

"aiyaiyai im your little butterfly~" alarm fon pun sudah berbunyi. cepat cepat aku mencapai telefon ku yang berada di atas laci.

aku menggosok mata ku sambil membuka telefon ku.
'dah pukul berapa la ni?' pertanyaan pertama yang muncul di minda ku. jam masih menunjukkan pukul 5 pagi, segera aku duduk dari baring ku tadi, aku menarik getah rambut ku yang berada di pergelangan tangan ku lalu ku ikat kan dengan menggunakan gaya hair bun.

"huwarghhh" sempat ku menguap sambil meregang kan tangan ku, jambul rambut ku menghalangi pandangan mata ku, segera aku membawa jambul rambut ku ke telinga lalu menggantungkan nya di situ. aku pergi ke tandas untuk menyegarkan diri ku supaya rasa kantuk ku sedikit menghilang. lalu aku pergi ke dapur ingin membuat muffin dan cupcake ingin dijual untuk karnival hari ini.

"fuhh siap jugak kerja aku" monolog diri ku sendirian, sarapan untuk mereka juga sudah terpapar rapi di atas meja, di kerana kan aku ingin bergerak awal ke kolej aku hanya membuat nasi goreng dengan sambal petai 2 hari lalu yang hanya aku panas kan, jangan risau la tentang sambal petai ni, kemungkinan besar mereka akan sakit perut tapi aku malas ingin mempermasalahkan tentang hal itu.

siap sahaja aku menata tudung shawl ku, Adam memberikan aku mesej, dia menyuruh ku untuk cepat cepat datang ke kolej untuk berlatih nanti. hari ini aku dengan Adam akan berlatih sepuas puasnya untuk menyempurnakan persembahan kami nanti. sempat aku menjenguk bilik kawan kawan ku, mereka masih lena berada di alam mimpi, aku juga tidak ingin menganggu tidur nyenyak mereka, ku tinggalkan satu note kertas yang bertuliskan 'aku gerak awal ye, jangan lupa panaskan cupcake dgn muffin ni, fighting korg ^^' sempat aku meninggalkan kata kata semangat di hujung ayat.

pov Liana end.

~~~~

sampai sahaja Adam di kolej sudah di perlihatkan pentas persembahan mereka nanti, dia terus berjalan ingin pergi ke bilik latihan mereka, semua kelas tampak sudah dihias dengan kemas maklumlah semalam sahaja semua orang sebuk membuat persiapan untuk karnival hari ini.

masuk sahaja Adam ke dalam bilik rehearsel mereka, di kejut kan dengan Sir Eren dan Tuan Azim yang sedang berborak rancak.

"eh adam sampai pun kamu, liana mana?" soal Tuan Hakim mempersoalkan tentang kehadiran Liana.

"otw" jawab Adam singkat, duduk sahaja Adam dia terus meletakkan kepalanya di meja.

'haih ni semua sebab mimpi tu aku tak boleh tidur' ngeluh Adam, sungguh malam tadi dirinya tidak dapat tidur dengan nyenyak hanya kerana dirinya memimpikan jika Liana menerima cinta Adam..

Adam mengetuk kepalanya kuat, tidak ingin mengingat semula tentang mimpi itu ,walaupun dirinya merasa gembira juga dengan mimpi itu.. tetap ingin diabaikan perasaannya.

"asal tu dengan dia" bisik Tuan Hakim sambil menyuit bahu Sir Eren.

"mana la aku tahu, dah la jom kita keluar, adam stres agaknya kita ada dalam ni" ajak Sir Eren, tidak ingin menganggu Adam yang kelihatan stress.

Tuan Hakim hanya menyetujui kawannya.

sampai sahaja di depan pintu, Sir Eren dan Tuan Hakim bertembung dengan Liana yang ingin membuka pintu untuk masuk.

"morning tuan hakim and sir eren!" sapa Liana ramah.

"morning jugak liana, berlatih elok elok tau nanti, jangan stress stress, kalau kamu stress saya dengan sir eren lagi stress" kata Tuan Hakim dengan menyisakan gelak di akhir ayat nya.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now