Chapter 17

8 3 1
                                    

sampai sahaja di rumah nya, Adam terus mencari kelibat papa nya tetapi hari ini dirinya tidak menghidu bau bau arak. hampir seharian penuh dirinya tidak melihat papa nya, semasa Adam ingin bergerak pergi ke kolej di tanya nya tentang papa nya Mak Imah kata papa nya sudah pergi ke kerja awal pagi lagi.

dirinya mencari papa nya di bilik kerja nya tetapi hanya kosong yang ia temukan. Adam mencari papa nya juga kerana ingin memberitahukan tentang undangan papa Ikhmal semalam jadi dengan terpaksa nya mereka harus berbincang.

Adam mengetuk sopan bilik Encik Muiz.

"masuk" arah Encik Muiz.

detak jantung Adam terasa berdegup dengan sangat laju, dirinya seperti takut ingin membuka pintu yang berada di depannya ini, Adam menghela nafas panjang lalu membuka pintu bilik ayah nya. buka sahaja pintu Adam melihat ayahnya yang sedang duduk di katil sebuk dengan kerja nya.

"oh adam, kenapa?" tanya Encik Muiz apabila melihat satu satu anak nya memasuki bilik nya.

'haih dahagak dah mesti dia tak ingat ape yang dia dah buat semalam' ucap hati Adam, perkara seperti ini sentiasa berlaku, dan ya papa nya tidak pernah meminta maaf akan perbuatannya apabila sudah hilang kendali.

Adam termenung sebentar lalu dirinya mendudukkan diri di sofa ayah nya.

"kenapa papa tak buat kerja dekat bawah?" tanya Adam.

"papa malas nak turun bawah lagipun sikit je kerja ni" jawab Encik Muiz masih fokus pada layar komputer nya.

Adam mengeluh pelan.

'kenapa la papa suka sangat buat aku risau pasal dia?' ngeluh Adam.

"uncle irsyad ajak dinner malam ni katanya ade nak bincang pasal kerja dengan papa" ujar Adam memulakan perbualan.

melihat reaksi papa nya yang terdiam Adam segera bangun dari duduknya lalu beranjak ingin pergi, dirinya tahu jika papa nya tidak akan ikut jadi sekarang Adam hanya akan datang dengan berseorangan seperti tahun lalu.

"ok lah kalau papa tak-"

"papa ikut" kata Encik Muiz.

langkah Adam terhenti di depan pintu.

"dinner nya pukul berapa?" tanya Encik Muiz sambil memandang tubuh Adam dari belakang.

"9:00" ujar Adam singkat.

Encik Muiz mengangguk paham.

"hati hati lepas ni nanti suruh mak imah ubat kan pipi tu" ucap Encik Muiz.

Adam segera keluar dari bilik papa nya dan pergi ke bilik nya. tutup sahaja pintu bilik nya, titisan air mata nya pun terjatuh, Adam sudah berupaya menahan dari tadi tetapi tetap sahaja gagal.

"kenapa papa buat macam dia kesah.. padahal dia tak pernah pun nak kesah pasal aku.." Adam sudah terduduk di lantai bilik nya, nyatanya papa sendiri yang membuat dirinya terluka seperti ini, selalu berpura-pura ambil peduli, jika papa benar benar peduli pada Adam papa tidak akan melakukan semua ini kan?

segera Adam mengelap air matanya, malas menghabiskan tenaga untuk ini. dia terus bersiap siap untuk makan malam di rumah Ikhmal nanti.

~~~~

kedengeran bunyi loceng yang di tekan.

Ikhmal segera melihat kelibat orang nya. terbuka sahaja pintu terlihatlah penampakan Adam bersama Encik Muiz.

"eh uncle muiz pun ade, sila lah masuk" ajak Ikhmal ramah.

masuk sahaja Adam bersama Encik Muiz terpapar manis hidangan di atas meja yang di masak oleh Puan Farhanis. lalu turun lah Farhan yang merupakan adik kepada Ikhmal, sekarang Farhan berumur 17 jadi Ikhmal dan Farhan hanya beza 2 tahun sahaja, mereka cuma dua beradik sahaja.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now