First impression

144 5 0
                                    

PEPATAH melayu ada mengatakan, 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Tapi bagi aku, pepatah melayu tu dah lapuk dek zaman. Dalam hidup ni sekali sekala kita terpaksa jugak berbuat jahat. Lebih-lebih lagi zaman generasi Z dan alpha sekarang ni.

Amat susah untuk jadi seorang baik dan jujur. Terus terang cakap. Aku memang bukan orang yang baik. Trust me. Better jangan minta tolong kat aku. Pengalaman hidup sendiri telah mengajarku erti kehidupan.

Wanita tua itu tiba-tiba rebah ke lantai. Adelia yang berada di situasi itu terkejut. Cepat sahaja dia berlari mendapatkannya lalu memeriksa keadaan tubuh wanita tersebut. Denyutan nadi di cari.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni. Aduh dahlah bilik ER penuh."rungut seorang doktor yang kelihatan mudah itu. Dia bergerak malas menuju ke arah Adelia yang masih berada di sisi pesakit itu.

" Hey, kau rider foodpanda kan? Buat apa kat sini. Kau blah lah. Biar doktor buat kerja." Dia menolak Adelia. Adelia tersungkur namun dia pantas bangun tidak mengalah.

"He's not breathing you moron! Check sendiri lah. Kata doktor." Marah Adelia. Dia tidak berpuas hati dengan cara doktor itu yang sambil lewa melayan pesakit yang datang ke hospital itu meminta rawatan.

"Nurse, intubation!" arah doktor muda itu.

Seorang jururawat membawa peralatan bantuan pernafasan. Adelia mencemik. Perlahan-lahan jemarinya merayap pada dada wanita tua itu. Dia dapat merasakan degupan jantung wanita itu semakin perlahan. Doktor lelaki itu menepis tangan Adelia apabila dia menyedarinya

"Jangan kacaulah. Apsal degil sangat ni. Hantar makanan buat cara hantar makanan. Tak payah sibuk hal doktor."cemuh doktor itu lagi. Adelia mengetap bibir geram. Ingin saja tangannya sampai menampar wajah lelaki itu.

"Kalau kau rasa diri kau doktor. Buatlah kerja kau. Dengar degupan jantungnya. Cepat. Lembap lah kau ni."balas Adelia dengan nada yang tinggi. Dia merampas tiub bantuan pernafasan dari tangan doktor itu. Mahu tidak mahu doktor itu mengeluarkan stetoskop lalu meletakkannya pada bahagian dada kiri wanita tua itu.

"Oh? Kenapa aku tak dengar degupan jantungnya." Soal doktor itu. Dia mulai panik. Adelia kegeraman melihat reaksi doktor muda itu.

"Nurse! Paddle!"arah Adelia dengan cepat. Jururawat yang bertugas itu pantas melaksanakannya.

"Kenapa aku tak dengar degupan jantungnya?"soal doktor itu lagi. Dia semakin panik. Tidak tahu harus berbuat apa.

" Kalau tak dengar degupan jantung maknanya, heart dia fail lah kau boleh tanya lagi kenapa?"soal Adelia dengan geram.

"So what should I do?"tanya nya. Adelia memejam mata cuba bersabar.

"Massage."

"Massage?"

"CPR lah bodoh. Itu pun aku kena ajar ke? Kata tadi doktor?"

"Cik! Paddle!" jururawat tadi datang dengan alat defibrillator. Adelia mengambilnya.

"Charge 200mv. Clear."arah Adelia seraya menghalakan alat itu ke dada wanita tua tadi. Tubuh itu terenjat. Adelia memeriksa degupan jantung wanita itu. Gagal!

"Tsk.. Again!" Dua kali renjatan degupan jangung wanita itu sudah kembali. Tetapi sangat lemah.

" She's back. But, kau kena operate dengan segera. If not, It will leads to MI." Beritahu Adelia. Dia menyerahkan kembali alat itu kepada jururawat yang bertugas.

"M...MI?"tanya doktor itu lagi. Adelia mengeluh. Kesabarannya sudah sampai tahap maksima. Namun dia cuba bertenang.

"Myocardial Infarction and Cardiac Failure. It's that ringing any bell?"tanya Adelia dengan nada yang menjengkelkan. Dia yang sejak tadi duduk melutut sudah berdiri.

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now