Omelet rice or Nasi lemak?

37 4 0
                                    

Adelia sedar pada keesokan harinya disapa dengan bau yang kurang menyenangkan. Dahinya berkerut apabila bau hangus menusuk masuk ke hidungnya. Dia bangun perlahan-lahan. Rasa sakit di bahu difahamkan sahaja. Pagi itu benar-benar menguji kesabarannya.

Adelia mengeluh sebelum turun dari katil. Dia melangkah perlahan menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu terbuka. Bau hangus itu begitu kuat menusuk ke hidungnya.

"Is kau nak bakar rumah ke apa? " rungut Adelia seraya berjalan menuju ke dapur. Dia membuka tingkap balkoni seluasnya.

"Sorry. I'm just. Cooking. But I don't think it's edible" katanya sambil tersengih. Dia menyembunyikan frying pan dibelakang.

Serentak dengan itu bunyi loceng rumah kedengaran.

"Can you get that for me? It's grabfood. "

Adelia akur. Dia berjalan menuju ke pintu. Sebaik terbuka dia disapa oleh rider grabfood. Adelia tersenyum sebelum mencapai plastik makanan yang dihulur.

Adelia menutup pintu lalu berpaling. Dia berjalan kembali menuju ke dapur.  Plastik makanan itu diletakkan  diatas meja makan.

"Banyak makanan kau beli? Semua kuih ke? " Adelia memeriksa semua makanan yang dibeli.

Kuih tradisional. Kuih keria, kuih seri muka,  seri ayu, tepung pelita. Semua kuih itu mengingatkannya pada seseorang. Dia kembali berasa emosional.

"Duduklah. Kenapa menung? " tanya Alatamis. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Adelia ketika itu.

Adelia menggelengkan kepala. Dia kembali memerhatikan meja. Alatamis mengeluarkan kuih tadi dan susun diatas pinggan. Tiga sandwich tuna. Ada sekotak nasi lemak di keluarkannya.

Adelia tersenyum melihat nasi lemak itu. Namun dia sedar lalu tanganya mencapai omelet rice disebelahnya. Tapi tangannya diketuk.

"Aw! Sakit lah. "

"Kau tak boleh makan omelet tu"

Dahi Adelia berkerut. "Kenapa? "

Alatamis menggaru-garu pipi. Kehilangan kata-kata.
"Err... Bukan tak boleh. Ini... A-aku.. aku nak makan. "Balasnya tergagap-gagap.

Adelia meneleng kepala. " Huh?! "

"Habis tu yang kat tangan kau tu apa? Bukan sandwich? Yang kat pinggan kau tu bukan nasi lemak? Bagilah aku makan omelet ni. "

"Bukan macam tu. Nasi lemak boleh kongsi. Omelet ni memang tak boleh makan."

"Yelah kenapa? Kau bela jin ? Nak bagi makan jin ke? Banyak membazir macam ni."

"Alia! "Hampir terjerit suara itu kedengaran. Adelia tersengih.

"Oho, ton suara yang bagus sekali. Kau nak try gaduh dengan aku ke? Lambat kau nanti pergi kerja." usik Adelia. Alatamis cuba bertenang. Bibirnya diketap geram.

"Fine. Kau nampak kan tadi asap berkepul? Aku masak benda tulah tadi. So aku tak sure selamat atau tak dimakan."

"Ooo ohhh, so you mean to tell me. Kau masak untuk aku pagi ni. Even though kau tak pandai? Then that would be more than a reason untuk aku makan. " balas Adelia. Seraya menarik sepinggan omelet rice itu di hadapannya.

"Looks fine to me. " balas Adelia seraya menyuap sesudu nasi itu. Nasi itu dikunyah perlahan.

"Errk..." Adelia sedaya upaya cuba untuk menelan nasi yang dikunyah. Matanya hampir terbeliak dengan rasa masin dan pedas bersatu dimulut nya. Ditambah pula nasi yang sedikit mentah. Dan melekit. Amat lembik pabila dikunyah. Dia guna minyak sapi ke goreng nasi ni? Mahu saja dia menangis disitu.

"Okey. At least aku faham apa yang kau cuba sampaikan."ditelan jua lebihan nasi itu.

"See I told you. Tak payahlah makan." Alatamis menarik pinggan itu tapi Adelia menahannya.

"No, rasanya boleh ni. Sikit lagi aku makan."

"Tak usahlah. Sakit perut nanti"

"Tak boleh lah macam tu. Kau dah Susah-susah masak. Hampir nak terbakar rumah. First time tau orang masak untuk aku."

Alatamis terkedu dengan kata-kata itu. Dia memandang ke anak mata Adelia.

"Tipulah first time." balas Alatamis. Dia menarik pinggan omelet itu lalu menyorong nasi lemak ke hadapan Adelia.

"Eh, aku tak habis lagi. "

"Diam. Makan cepat." balas Alatamis. Pinggan omelet tadi di pegang.  Alatamis berdiri lalu berjalan menuju ke tong sampah. Nasi itu terus dibuang ke dalam tong.

Adelia hanya akur. Dia beruntung apabila Alatamis sanggup beralah dengannya. Adelia menyembunyikan senyuman lalu menyuap nasi lemak itu ke mulut.


................................................................................

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now