2

5.9K 177 13
                                    

Alisa mengeliat kecil di atas katil. Dia berasa begitu pelik dengan katilnya yang lembut semacam. Dia menepuk katil itu perlahan. Ini bukan katil aku.

Mata Alisa terbuka luas selepas dia sedar dia bukan berada di rumahnya. Dia teringat peristiwa semalam dimana dia tertidur di dalam kereta Harris. Dia terus bangun dari katil dan melihat sekelilingnya. Mukanya sangat terkejut.

Alisa kini berada dalam sebuah bilik yang sangat besar. Bilik itu dipenuhi barangan mewah dan berjenama. Perasaannya bercampur terkejut dan teruja. Dia tidak pernah berada di dalam bilik sebesar itu apalagi mempunyai katil mewah seperti ini. Dia betul-betul kagum dengan kemewahan disekelilingnya itu.

Tiba tiba pintu bilik dibuka perlahan, muncul lah seorang wanita berusia dalam lingkungan 60an.

"Alisa dah bangun? Jom ikut aunty turun sarapan" kata wanita itu dengan senyuman mesra.

Alisa membalas senyuman wanita itu walaupun dia sedikit keliru dengan situasinya sekarang. Aku kat mana ni? Tak kan lah rumah Sir Harris...

Wanita itu merangkul mesra lengan Alisa. Dia membawa Alisa turun ke dapur untuk sarapan bersama.

Setibanya di meja makan, wanita itu duduk lalu diikuti oleh Alisa.

"Nama Aunty Maria, ibu Harris" Puan Maria memulakan perbualan dengan Alisa. Alisa tersenyum kecil kearah Puan Maria menambahkan lagi kemanisannya.

"Nama saya Alisa Areena, boleh panggil Alisaa" Jawab Alisa dengan sopan.

"Semalam Harris yang bawa kamu kesini, dia cakap kamu tertidur dalam kereta. Dia pulak tak nak ganggu kamu tidur tapi dia tak tahu jalan nak ke rumah kamu jadi dia bawa kamu ke rumah aunty" Jelas Puan Maria kepada Alisa.

Alisa hanya menganguk tanda faham. Ternyata niat Harris memang baik. Dia terus menghantar Alisa ke rumah Puan Maria. Jika dia berniat jahat, pasti dia sudah mengambil kesempatan keatas Alisa.

"Semalam, Harris yang angkat kamu turun dari kereta" sambung Puan Maria lag..

Alisa terus membesarkan mataanya. Tak mungkin! Ya Allah malunya! Macam mana kalau aku berat ke apa ke?! Jerit Alisa dalam hati namun dia masih dapat mengawal riak mukanya.

"Aunty tinggal sorang ke dekat dalam rumah ni? Mana Uncle" Alisa cuba menukar topik perbualan untuk mengelakkan perasaan malunya.

Dia melihat sekelilingnya. Rumah agam itu sangat besar. tak kan lah Puan Maria tinggal sini berseorangan.

"I am actually a widow. Aunty dah divorce dengan uncle sejak Harris 5 tahun" Jelas Puan Maria.

Puan Maria adalah ibu tunggal yang kaya raya hasil perkahwinannya dengan jutawan Perancis. Sebelum bercerai, dia telah membuka beberapa perniagaan kecil dan akhirnya telah menjadi janda yang kaya raya. Eh janda kaya nii mesti terlajak laris!

"And yes. Aunty tinggal sini dengan maid-maid Aunty. Maid dalam rumah ni ada 25 orang, jadi tak ada lah sunyi sangat" sambung Puan Maria lagi.

Seorang pembantu rumahnya datang membawa sarapan kepada mereka. Dia menghidangkan spaghetti, roti bakar, susu dan jus oren. Dua orang bibik lagi datang membawa kekacang serta pemanis mulut iaitu kek dan puding.

Alisa hanya tersenyum. Untung laa kaya. Boleh bayar maid sampai 25 orang. Aku ni urus diri sendiri pun tak lepas. Heh!

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now