45

1.8K 54 2
                                    

"Kau cakap tadi kau ada tujuan nak jumpa Alain dan Adam. Apa tujuan kau?" Soal Alisa yang berada di seat sebelah. Harraz yang sedang memandu disebelahnya itu dipandang sekilas.

"Papa nak jumpa aku, katanya ada hal yang nak dibincangkan. Dah alang-alang kau nak jumpa dia orang juga, baik kita pergi sekali je," jelas Harraz. Fokus masih dijalan raya.

Alisa hanya mengangguk faham.

"Kau pula? Apa tujuan kau nak jumpa dia orang," soal Harraz ingin tahu. Pelik dengan Alisa. Hampir ditembak oleh Adam tetapi masih mahu membahayakan nyawa dengan masuk ke kandang maut itu.

"Let's be honest. Kita ada tujuan yang sama," jawab Alisa tidak memandang wajah Harraz. Pandangan dilemparkan keluar tingkap kereta.

Harraz menoleh ke sisi. Cuba mentafsir kata-kata Alisa sebentar tadi namun masih kabur.

"Aku tak faham, apa maksud kau?" Soal Harraz yang sudah bingung. Sungguh Alisa memang seorang gadis yang sukar untuk dibaca. Apa yang bermain dalam fikiran gadis itu pun dia tak tahu.

"Kau nak Haidar yang ada di majlis penyerahan tu dan bukan Hayden. Kan?" Soal Alisa mengundang pandangan tidak percaya daripada Harraz. Kereta yang dipandu hampir terbabas dek terkejut, pantas Harraz menumpukan perhatian semula kepada pemanduannya.

"Kau jangan cakap yang kau pun nak benda yang sama?" Soal Harraz masih dalam mode terkejut. Mustahil. Jika Alisa memang ada niat yang sama dengannya, ini bermaksud Alisa akan mengkhianati Harris.

"Ya, aku nak serahkan Haidar pada R's Empire," kata Alisa tenang. Dengan drastiknya Harraz memberhentikan kereta di tepi jalan. Badan Alisa tertolak ke hadapan akibat kereta yang berhenti drastik itu.

Seat belt dibuka terus Harraz memusingkan badannya 360 darjah menghadap Alisa.

"Kau tahu tak kenapa Harris bekorban selama tiga tahun untuk berjauhan dengan kau dan Haidar?" Soal Harraz sengaja mahu mengingatkan pengorbanan Harris itu.

"Tahu," balas Alisa mendatar. Langsung tidak terkesan dengan soalan sarkastik yang dilontarkan Harraz. Pandangan dilontarkan keluar tingkap. Malas mahu menatap wajah Harraz.

"Pandang aku Alisa Areena," arah Harraz terus dagu Alisa dipegang lalu dipusingnya kepala gadis itu menghadapnya.

"Kau tahu tak perngorbanan Harris akan sia-sia dan kau umpama mengkhianati suami kau sendiri?" Soal Harraz lagi. Pandangannya menikam anak mata Alisa.

"I know damn well Harraz," balas Alisa. Terus menolak keras tangan tangan kasar Harraz daripada terus berada di dagunya. Sempat dia menjeling lelaki itu.

"Then what is your reason doing all this shit? Kau tahu kan perbuatan kau ni akan buat Harris hancur. Tambah-tambah lagi bila dia dapat tahu kau yang akan hancurkan rancangan dia," kata Harraz dengan hati yang menginginkan kepastian. Kenapa Alisa begitu tega menghancurkan hati Harris.

"I have my own reason," balas Alisa.

"Speak up," arah Harraz.

Dan Alisa mula menceritakan semuanya. Punca dan sebab dia mempunyai niat yang sama dengan Harraz.

•••

Tuan Alain hanya diam memerhati Harraz dan Alisa yang duduk di hadapannya. Di sebelah Tuan Alain pula ada Encik Adam. Mereka berempat duduk bertentangan di sebuah meja yang terletak di ruang makan mansion keluarga Mérieux.

"Welcome home, Harraz and my lovely daughter in law, Alisa," sambut Tuan Alain. Namun semua di meja itu tahu bahawa kata-kata itu hanyalah sindiran semata-mata.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now