"What have you done to my house, mon amour?" Soal Harris tenang. Memandang bulu pelepah yang bersepah di atas lantai rumah. Sangat menguji kesabarannya.
Alisa hanya diam begitu juga Dina. Kedua-duanya tunduk memandang lantai. Mungkin seram dengan aura Harris yang sekarang.
"Er... Aku rasa aku kena balik dulu Lisa bye-" pamit Dina.
Dia terus bergegas mencapai beg tangannya lalu langkah beralih ke pintu keluar rumah itu.
"Nak ke mana ?" Soal Harris tegas. Anak matanya tajam merenung Dina. Dina terus menghentikan langkah. Disebabkan Harris dan Lucas tidak berganjak dari pintu rumah itu jadi dia juga turut terhalang untuk keluar.
"Eee dah la buat sepah kat rumah orang pastu nak lari balik macam tu je, banyak cantik muka kau," ujar Lucas selamba. Dia tersenyum sinis memandang Dina yang ketakutan itu.
"Ha memang muka aku cantik pun, ada masalah ke?" Tak nak kalah, Dina membidas kembali Lucas.
Dia langsung tidak takut dengan Lucas. Tetapi tidak dengan Harris kerana lelaki itu mempunyai aura tersendiri yang membuatkan Dina tak berani nak lawan.
"Cantik lah sangat, macam beruk tak cukup zat aku tengok!" Kutuk Lucas.
"Eh tak sedar diri, dah laa tak handsome, muka macam cipanzi ada hati nak kutuk aku beruk," balas Dina.
"Cipanzi-cipanzi aku pun naik Audi, Kau naik apa? Proton Myvi. Noob," balas Lucas penuh riak. Macam mana dia tahu Dina pengguna Myvi? Kereta Dina terparkir elok dalam pagar rumah banglo itu.
"Eh Myvi tu king atas highway tau. Kalau aku langgar Audi kau tu dengan Myvi aku, koma sebulan Audi kau,"
"Try lah langgar, teringin jugak nak tengok beruk langgar orang,"
"Dasar cipanzi riak!"
"Dasar beruk perasan cantik,"
"ENOUGH," dengan lantang Harris bersuara. Terdiam dua ekor tu.
"Lisa, Lucas, dan kau kemas balik semua ni," arah Harris kepada Alisa, Dina dan Lucas.
"Eh babi apahal pulak aku pun kena?" Bentak Lucas.
"Sebab kau dah tambahkan serabut aku," jawab Harris.
"Ah aku tak akan kemas,"
"Kau jangan lupa selama ni aku yang bayar gaji kau ," ugut Harris
"Kau memang anjing," balas Lucas sambil bergerak kearah Alisa. Dina turut mengikuti nya.
Lalu mereka pun bersama-sama mengemas ruang tamu yang bersepah itu.
"Suami kau tu garang betul," ucap Dina perlahan.
Alisa mengangguk setuju. Entah lah, kadang-kadang garang, kadang kadang manja.
"Kau siapa? " soal Harris tiba-tiba sambil memandang Dina.
"Er... Kawan Alisa," jawab Dina.
Harris memandang Dina dengan pandangan annoying. Alahai sama lembab juga macam Alisa.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...