Baaaaammmmm!
Hentakkan pintu yang kuat terus mengalihkan perhatian Alisa. Telefon ditangan terus dimatikan kerana terlalu terkejut. Dapat dia dengar suara risau Harraz di hujung talian sebelum panggilan tamat.
Alisa melihat kearah pintu yang dipecahkan dari luar. Perasaan takut dan gementar mula menguasai diri. Samar-samar dia melihat seorang lelaki melangkah masuk. Rasa takut dan gementarnya terus berkurang apabila melihat wajah Harris. Terus dia berlari kearah lelaki itu.
"Apa dah jadi? Kenapa muka awak lebam?" Soal Alisa setelah berhenti di depan Harris.
"They... dont want us to get a divorce, Alisa," jawab Harris dengan suara seraknya.
Melihat keadaan Harris yang sangat lemah, Alisa terus memapahnya. Dia tahu Harris dipukul hebat oleh orang-orang Tuan Alain. Tetapi lelaki itu masih mampu mengumpulkan semua tenaga terakhirnya untuk pecahkan pintu demi selamatkan Alisa.
"Dia orang takut... awak akan jadi gangguan bagi the next leader, Harraz," ucap Harris lagi. Badan cuba dikuatkan supaya Alisa tidak perlu menampung beban yang berat.
Alisa hanya diam memapah Harris keluar daripada bilik itu. Dia terlalu buntu untuk berkata-kata. Sejujurnya penceraiannya dengan Harris bukanlah kerana dia cintakan Harraz. Tetapi kerana perasaan cinta antara dia dan Harris sudah pudar dan mereka sudah tidak sehaluan.
Namun, jauh disudut hatinya adalah perasaan cinta dan sayang kepada Harraz mula berputik.
"Kita kena cepat keluar dari sini, takut mereka nampak," kata Harris. Langkah cuba dilajukan.
Disekeliling mereka hanyalah dinding bangunan lama yang terbiar. Bangunan itu lebih kepada sekolah yang bakal dirobohkan. Sebab itulah ia sedikit terbuka kerana pintu dan tingkap yang sudah dipecahkan separuh.
Tiba-tiba Harris menarik tangan Alisa masuk ke dalam sebuah kelas kosong. Ada satu meja guru di depan. Kedua bahu Alisa dipegang lalu dia menurunkan punggung disebalik meja guru yang bersaiz besar itu. Dengan drastiknya, Alisa turut duduk bercangkung mengikut pergerakkan Harris.
Harris meletakkan jari telunjuk di mulutnya sebagai tanda untuk diam. Jangan keluarkan suara atau bunyi kerana mereka sedang bersembunyi. Alisa hanya ikut arahan Harris. Kedua-dua tangannya naik menutup mulut untuk mengelakkan bunyi.
Dari jauh mereka dapat dengar derapan tapak kaki seseorang yang semakin mendekat. Hati sudah dilanda gementar. Alisa dan Harris berharap agar orang itu hanya lintas kawasan persembunyian mereka tanpa perasan apa-apa.
"Dont be scared, mon amour," bisik Harris. Dia perasan yang wajah Alisa sudah berpeluh. Nadi gadis itu juga semakin laju.
Alisa pula cuba menenangkan diri.
Mon amour,
Sebaris panggilan yang sudah lama dia tak dengar. Rindu.
Apabila derapan tapak kaki itu mula menjauh. Alisa dan Harris perlahan-lahan berdiri, keluar daripada tempat persembunyian itu. Setelah memastikan kawasan sekeliling selamat, pergelangan Alisa dirangkul kemas oleh Harris. Dia bersedia untuk bawa isterinya keluar daripada bangunan usang itu.
"Let's—"
Tiba-tiba tubuh mereka dipisahkan. Alisa terjerit kecil akibat terkejut kerana ada tangan yang menarik kasar pinggangnya.
"Let her go!" Jerkah Harris. Dia cuba mendekati Alisa namun ada dua lelaki sasa menghalangnya. Kedua-dua lengan Harris dipegang erat oleh dua lelaki sasa itu. Manakala Alisa pula sudah meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Lepas lahh!" Jerit Alisa nyaring. Berbeza dengan Harris, Alisa hanya dipegang oleh seorang lelaki supaya dia tidak boleh melarikan diri.
Mereka berdua dibawa ke sebuah dewan terbiar dalam kawasan sekolah itu. Dari luar dewan itu terlihat usang namun sebaik saja kaki menapak masuk ke dalam, keadaan dewan sangatlah berlawan dengan keadaan luarnya. Kalau di luar, dewan itu kelihatan usang, dalamnya pula terlihat kemas, bersih dan terjaga. Mungkin ini adalah salah satu tempat rahsia persembunyian anak buah Tuan Alain di Malaysia.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...