23

2.9K 74 8
                                    

Alisa membelek menu di depan matanya. Memilih makanan yang ingin dipesan. Harris hanya memerhati Alisa yang sedang memilih makanan. Sangat kusyuk sehingga tidak sedar dirinya diperhati.

"Saya nak steak ni," kata Alisa sambil menunjuk gambar rajah steak yang terpampang di menu itu.

"Waitress," panggil Harris.

Lalu muncul lah seorang pelayan restoran mewah itu berdiri tegak di tepi meja mereka.

"We would like to have Bistecca MB9 and Grana Padano Wheel," pesan Harris dengan penuh gaya.

"For drinks, Pomegranate juice and..." Harris menggangtungkan ayat, menunggu Alisa untuk membuat pilihan.

"Plane water," sambung Alisa

"Stay or sparkling," tanya pelayan itu.

"Stay,"

"Ordered," jawab pelayan itu sambil menghadiahkan senyuman kepada Alisa dan Harris. Dia menunduk hormat kepada mereka sebelum beredar dari meja itu.

"Kenapa order air kosong je?" Soal Harris memandang isterinya.

"Lisa diet, tak nak minum manis-manis. Lagipun Lisa tak selera sangat harini..." Jawab Alisa.

"Tak payah diet-diet sangat lah sayang abang kan dah cantik,"

"Lisa diet untuk sihat, bukan untuk cantik," jawab Alisa sambil tayang muka bangga. Harris hanya mengangguk faham.

"Abang nak ke tandas kejap Lisa duduk sini diam-diam, nanti kang kena culik lagi," Pesan Harris dengan nada yang bergurau.

Namun itu bukanlah gurauan bagi Alisa. Dia betul-betul trauma selepas dua kali diculik. Kali pertama ketika salah menaiki grab. Dan kali kedua pula diculik Harraz. Memang dia akan mengambil berat apa yang dipesan Harris itu.

Harris terus bangun untuk bergerak ke tandas. Alisa hanya menghantar pemergian Harris dengan anak matanya. Beberapa minit selepas hilangnya sosok tubuh Harris dari penglihatan, kerusi Harris tiba-tiba diduduki seseorang.

"Apa awak buat kat sini?" Soal Alisa.

Fakhrul hanya tersenyum manis kearah Alisa.

"Saya ada meeting tadi singgah dinner kat sini tiba-tiba ternampak awak, awak pula buat apa kat sini," jawab Fakhrul ramah.

"Saya datang dengan suami saya," balas Alisa. Terus mengendur senyuman Fakhrul.

"Ouh.. mana suami awak?"

"Ehem," Harris mencelah dengan timing yang sangat perfect ! Jejaka itu berdiri tegak di sebelah kerusi Fakhrul.

"Who give you permission to sit on my chair? With my wife?" Soal Harris dingin.

"Chill man, " balas Fakhrul terus bangun dari kerusi Harris. Dia mula melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah Alisa. Tajam iris coklat cair Harris memerhati gerak geri Fakhrul.

"I am Fakhrul, Lisa's old friend,"  Fakhrul mula memperkenalkan diri. Tangan dihulurkan kearah Harris untuk berjabat bersama senyuman senget

"Harris, suami Lisa," giliran Harris pula memperkenalkan diri. Wajahnya kekal dingin. Tangannya menyambut tangan Fakhrul.

Alisa mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Mereka sepertinya sudah kenal antara satu sama lain tetapi sengaja berpura-pura berkenalan. Wajah fakhrul yang tersenyum senget manakala wajah Harris yang ketat dan dingin. Mungkin mereka ada sejarah antara satu sama lain.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now