Bab 1

479 2 2
                                    

"Isaac, turun lah sayang" Ujar lelaki tau di bawah sana.

Dia sedang memujuk anak terunanya untuk turun dari atas pokok.

"Isaac taknak!"

"Isaac nak apa? Baba belikan untuk Isaac. Tapi turun dulu boleh?" ujarnya lembut.

Ini kalau isterinya dapat tahu anak kesayangan dia panjat pokok memang masak telinga dia kena ceramah sebab tak reti jaga anak.

"Isaac dah kata tadi kan. Isaac nak motor" ujarnya di atas sana. Isaac memeluk batang pokok. Sesekali memandang Babanya di bawah lalu memandang ke atas.

"Isaac, dengar cakap Baba sayang, turun dari pokok tu. Bahaya. Nanti Mama balik dia marah macam mana"

"Biarlah. Baba yang kena marah bukannya Isaac" kurang asam punya anak.

Dua orang bodyguard yang kemas berblazer hitam datang kearah mereka.

"Boss, nak kami panjat ke?" ujar salah seorang bodyguard itu.

"Tak perlu, pokok ni tak besar. Kalau kamu panjat rembah pula nanti. Anak saya juga yang jatuh" ujar Dato Daud. Baba kepada Isaac yang dari tadi memujuk anaknya untuk turun.

"Baba, Isaac nak motor" rengek Isaac sambil menggoncang batang pokok itu dari atas.

"Isaac, Motor bahaya. kamu baru je dapat lesen motor kan? Minta yang lain lah ya? Lego nak? Basikal?"

"Eee! taknak. Tu untuk budak-budak. Isaac dah besar lah Baba. Nak motor" rengeknya lagi.

"Kalau Isaac taknak turun, takpelah. Baba pergi dulu. Bye, Baba nak pergi beli aiskrim kitkat lepas tu nak lepak dekat taman sambil tengok awek" Dato Daud memulakan misinya.

"Baba,..." dia merengek lagi.

"Bye Isaac Baba pergi dulu" Dato Daud melambai lalu memusingkan badannya membelakang Isaac. Dia mahu masuk ke dalam rumah. Saja mempermainkan anaknya agar terpujuk dengan ayat tadi.

Begitu juga dengan 2 orang bodyguard tadi.

"Isaac nak ikut jugakk"

Bukkk!

Bunyi jatuh jelas terdengar di telinga mereka.

"Ya Allah Isaac"

"Huaaaa...Baba sakit" Isaac terjatuh dari atas pokok.

Jatuh seperti mangga busuk.

Mereka bertiga segera berlari mendapatkan Isaac.

"Hisk...hisk. Baba belakang Isaac sakit" dia menangis sambil didudukkan di atas tanah. nasib baiklah pokok yang dipanjat tidak tinggi mana.

"Isaac Okey ke sayang? mana lagi yang sakit?" risau Dato Daud melihat anaknya. memang kena sekejap lagi dengan bininya.

"Siku Isaac. Huaaa darah! Mamaaaa" makin pecah tangisan lelaki itu.

Dia didukung oleh bodyguard keluarga itu masuk ke dalam rumah.

******

"Macam mana Isaac boleh jadi macam ni Darling" ujar Datin Zana.

"Dia jatuh masa i cuba pujuk dia tadi"

Datin Zana mengelus lembut rambut anaknya yang sudah pun tertidur di pangkuannya.

Penat menangis semasa proses mencuci luka di tangannya.

Nasib baik Dr peribadi mereka mengatakan tiada masalah serius yang berlaku.

"Kenapa sampai panjat pokok? Isaac minta apa sampai merajuk macam tu"

"You ingat tak masa kita kata pergi majlis hari jadi anak Fakrul tu? anak dia dapat hadiah motor. Isaac pun nak motor juga"

"Motor? No,no,no. Dia tak boleh ada benda macam tu. I tak benarkan"

"See, you pun taknak kasi. Lagilah I. Tu yang dia merajuk sampai macam tu"

"Ada-ada je permintaan budak zaman sekarang ni"

Datin Zana mencium pipi lembut anaknya. Tindakan itu mengganggu tidur Isaac.

Isaac mengerutkan dahinya. Mata terbuka.

Jari menggosok mata tetapi dihalang oleh Datin Zana.

"Jangan gosok sayang, nanti pedih"

"Mama, Baba. Isaac nak minta maaf" bibirnya kembali melengkung. Bersedia untuk menangis lagi.

"Hey, it's okey my boy. Dah jangan nangis lagi okey" Ujar Dato Daud.

Isaac mengangguk sambil mengelap air matanya. Tetapi dia tidak berhasil untuk berhenti menangis. Air matanya tetap juga mengalir.

"Hisk..Mamaa" Dia menyembabkan muka di dalam pelukan Datin Zana.

"Isaac..Hisk..nak minta maaf..tak nak panjat pokok tu lagi. Sorry Baba, Mama. Isaac dah taknak motor"

"Baba dengan mama maafkan sayang. Motor tak payah okey? Selain dari motor, Isaac nak apa? Baba belikan"

"Nak Aiskrim kitkat" ujarnya tersedu-sedu.

Mereka tersenyum. Kalau bab aiskrim, helikopter pun boleh kalah.

"Boleh sayang. Malam nanti kita keluar beli banyak-banyak Okey?"

Isaac mengangguk polos.

******

Hari ini Isaac balik dari sekolah dijemput oleh Drivernya dan terus ke pejabat Dato Daud.

Isaac kata dia saja mahu melawat. Bosan jika terus balik ke rumah.

Mama pun tiada di rumah. Pergi perjumpaan Datin-datin sejagat la tu agaknya.

"Assalamualaikum Baba" sapanya manja sewaktu masuk di dalam bilik Dato Daud.

"Waalaikumsalam my boy. How was your school today? fun?"

"Of course, but banyak homework lah Baba" dia menarik muncung lalu merebahkan badan pada sofa yang ada di dalam bilik kerja Babanya.

"Buat lah kat dalam ni. Jangan buang masa. Nanti dah balik rumah Isaac dah boleh relax-relax tengok tv kan?"

Isaac mengangguk. Tetapi sekarang ni dia mahu tidur dulu. mengantuk!

Isaac membetulkan baringnya lalu memeluk bantal yang ada di atas sofa itu.

Dato Daud hanya tersenyum melihat anaknya.

Tidak lama kemudian, Isaac terlelap. Dengkuran halus kedengaran.

.
.
.
.
.

Baba tengah betulkan rambut anak teruna dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baba tengah betulkan rambut anak teruna dia.
*
*
*
*

Big Boy FamilyWhere stories live. Discover now