Bab 13

64 0 0
                                    

Seorang remaja lelaki berjalan keluar dari biliknya sambil memeluk bantal busuk kesayangan.

Dia baru sahaja terbangun dari tidurnya. Mukanya merah.

Dia berjalan masuk ke dalam bilik yang ada di tingkat 3 rumahnya.

Pintu bilik itu dibuka.

Dia menapak ke arah katil.

"Mama, bangunlah. Sakit" adu Isaac seperti ingin menangis.

Baru bahunya digoncang sikit, wanita itu pun terjaga dari lena.

"Kenapa ni sayang mama?" katanya risau. Datin Zana duduk di kepala katil.

"Mama, Badan Isaac panas. Tak sukalah macam ni. Nak nangis" ujarnya dengan bibir yang sudah melangkung.

Dato Daud masih tertidur pulas. Penat kerja barangkali.

Datin Zana memegang dahi anaknya.

"Isaac demam ni. Kena hujankan tadi" Kata Datin Zana. Dia terus bangun dari atas katil dan mengambil first kit yang ada di bawah katil.

Cool fever dan panadol diambil.

Cool fever tersebut di tampal di dahi Isaac.

"Sayang, makan ubat ni dulu"

"Taknak mama, pahit. Tak suka" dia sedikit merengek.

"Isaac nak sembuhkan? makan sayang"

"Taknak" dia merengek.

"Makanlah kalau tak macam mana nak baik" pujuk Datin Zana.

Nak tak nak Isaac terpaksa menelan ubat itu.

Pada malam itu dia tidu bersama kedua orang tuanya. Dia berada di tengah-tengah antara Datin Zana dan Dato Daud.

Dia memeluk Datin Zana dengan erat. Kepala disembamkan di leher Datin Zana.

"Mama, Sejuk" dia menangis sedikit.

Datin Zana mengelus rambut Isaac dengan lembut sehinggalah anaknya terlelap.

******

Siang sudah menjelma.

Badan Isaac masih lagi panas. Demamnya belum surut.

"Sayang, bangun makan ubat jom" pujuk Datin Zana.

Butang baju tidur Isaac sudah dibuka. Badannya di lap dengan kain basah.

Dahinya masih telekat cool fever sejak dari tadi.

Isaac menggeleng sebaik saja mendengar ayat Datin Zana tadi.

Dia merengek sedikit.

Meminta untuk memekai selimut.

"No sayang, Biar terdedah dengan udara sekejap okey" Kata Datn Zana.

"Nak Baba" Katanya Sayu.

"Baba ada meeting sayang, lepas meeting baba balik okey" Rambut lelakibitu dielus lembut.

Dia kembali merengek.

"Mama, peluk" Katanya dengan nada sedih.

Datin Zana memeluk anaknya.

Isaac kalau dah demam sampai macam ni, manjanya akan berlipat kali ganda.

Kalau boleh dia nak peluk Datin Zana sampai masuk dalam perut balik.

Sewaktu demam jangan haraplah Datin Zana boleh pergi ke mana-mana.

Isaac pasti akan mencarinya.

Kalau salah seorang daripada kedua orang tuanya tidak ada, maka siap sedialah untuk mendengar tangisan sambil pusing satu rumah mencari mereka.

"Isaac, makan ubat okey?" pujuknya sekali lagi.

Isaac yang berada di dalam pelukan Datin Zana senyap. Mukanya tersembam pada bahagian ketiak Mamanya.

"Isaac tak nak. Hikss hikss. Ubat tak sedap. Hiksss"

"Kalau tak nak makan ubat, kita pergi klinik nak? suruh doctor tu suntik isaac. Baru boleh cepat sembuh" Datin Zana sengaja mengugut dengan cara begini.

Isaac terus mengambil ubat yang telah tersedia di atas meja.

Dia lebih rela makan ubat dari pada pergi klinik. A big no!

******

Isaac masih lagi berkepit dengan Datin Zana. Sebalah tangan memeluk pinggang mamanya, sebelah lagi tangan memeluk bantal kesayangannya.

Dia tertidur dengan muka yang pucat.

Datin Zana membuat panggilan kepada suaminya.

"Honey, demam Isaac tak reda lagi. Kena pergi hospital juga ni"

Dato Daud terus bergegas pulang ke rumah apabila mendapat tahu demam anaknya masih belum reda. Malah demam Isaac semakin terus. Risau dia dibuatnya.

.
.
.
.
.
.

Big Boy FamilyWhere stories live. Discover now