Bab 12

52 0 0
                                    

Isaac bangun dari tidurnya, hari ini merupakan cuti sekolah.

Seketika dia termenung melihat syiling biliknya. Memikirkan aktiviti apa yang dia akan lakukan hari ini.

"Isaac, bangun sayang" Datin Zana mengetuk pintu biliknya.

"Ye mama, Isaac dah bangun"

Datin Zana masuk ke dalam lalu duduk di atas katil anaknya.

"Pakngah dengan makngah dah nak balik rumah tokmami. Turun salam diorang"

"Aik cepatnya balik? Kata lagi 2 hari baru balik rumah Mami Makngah?" tanya Isaac.

"Tokmami sakit. Jatuh tandas semalam jadi diorang nak kena pergi Johor cepat"

Isaac mengangguk sahaja.

********

Petang itu, rumah mewah ini kembali sunyi.

Seorang remaja lelaki sedang duduk di tepi kolam. Dia merendamkan kaki. Kaki pula dihayunkan perlahan di dalam air.

"Bosannya!" Teriaknya.

Datin Zana datang kearah Isaac.

"Kenapa jerit-jerit ni sayang?"

"Mama, Isaac bosan" Adunya.

"Jom ikut mama pergi jumpa kawan mama" ajak Datin Zana.

"Kat mana?"

"Starbucks je. Mama rasa macam nak minum coffee" jawab Datin Zana.

"Okey, tunggu Isaac siap jap"

********

Isaac duduk di kerusi sponge itu dengan kedudukan malas. Hampir berbaring.

Mata tertumpu kearah ipad di tangan. Sesekali mengeluh kerana kawan Datin Zana belum tiba selepas 10 minit mereka sampai.

"Mana kawan mama ni. Lama betul lah" keluhnya.

"They stuck in jem sayang

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"They stuck in jem sayang. Tunggu sekejap tau"

"Isaac bosan lah mama. Ni lagi bosan dari duduk rumah. Isaac nak pergi office baba lah kalau macam ni" rajuknya. Mana taknya, dia harapkan bila ikut mama jalan boleh lah hilang stres tapi semua tu tipu.

Lagi stres adalah. Stres tunggu orang.

"Office baba jauh sayang dari tempat kita. Tunggu sekejap. Kawan mama cakap dia bawa anak dia sekali" ujar Datin Zana.

Bersinar terus mata Isaac. Yes! harini dia boleh dapat kawan baru! Yahuu!

Dua orang wanita berjalan masuk ke dalam cafe itu. Mereka masuk dengan senyuman.

"Ha dah sampai pun" kata Datin Zana.

"Ha!? dia ni lagi?" Isaac menarik muka.

"Eh? Hai Isaac" ujar remaja perempuan itu.

Isaac hanya melambai hambar.

"Eh Isaac ada sekali ke? Isaac kenalkan dengan Thania?" ujar wanita berumur itu.

"Yes aunty" Kata Isaac dengan senyuman.

Dia hanya menarik mula dengan Thania tetapi bukan dengan Ibu Thania.

"Ibu, dia ni la yang Thania tak sengaja jatuhkan hot water kat tangan dia" beritahu Thania.

Datin Sally, Ibu kepada Thania memandang anaknya  dengan muka terkejut.

"Ohh haah lah Isaac kan yang tangan kena air panas sebab anak Aunty? Aunty minta maaf bagi pihak anak aunty tau"

"It's okey lah Sally. Tangan anak I pun dah sembuh" kata Datin Zana.

Lama mereka berbual.

Begitu juga dengan Thania dan Isaac.

"Isaac you budak yang famous kat sekolah tu kan? Yang banyak wakil sekolah tu?" tanya Thania teruja.

"Aku lah tu. Asal? kau salah seorang fans aku jugak ke?" tanya Isaac belagak.

"Tak lah" ujar Thania selamba.

Terkesima Isaac dibuatnya. Ini first time perempuan reject dia depan-depan.

"Bukan I yang minat you. Kawan-kawan I tu yang fans dengan You. Asal nampak Isaac je terkinja-kinja" kata Thania.

Isaac hanya senyum segaris. Dia dari tadi tertumpu pada ipadnya. Jual mahal dengan perempuan. Tak nak bergaul.

"Isaac, Nak tau tak?" Thania kembali membuka bicara. Ye lah kalau nak tunggu Isaac buka topic memang lambat lagi lah.

Kalau tak di tanya diam je la sampai ke sudah.

"Apa?" katanya tanpa emosi.

"Haritu I dengan my parents pergi holiday kat Bali lepas tu ada orang ni muka sama macam you" Cerita Thania.

Mata Isaac bersinar. Bukan disebabkan Thania terjumpa dengan orang yang mirip dengannya. Tetapi dia tertarik dengan perkataan holiday.

Yes, HOLIDAY.

"Holiday dekat Bali? Best ke?" tanyanya teruja. Dia dah lama teringin nak pergi Bali. Mesti bestkan tengok laut. Tenang je.

Mama dengan Baba selalu bawak pergi holiday dekat area bandar. Pergi Us, Paris. Bosan betul.

"Tengok ni sama kan?" Thania menunjukkan gambar seorang lelaki yang sedang berjalan. Lelaki itu hampir 80% mirip dengannya.

Tetapi sekali lagi Isaac tidak tertarik dengan topic asal mereka. Dia lebih tertarik kepada pemandangan di belakang.

"Wah! cantiknya laut kat sana" Ujarnya teruja.

"Best tau holiday kat sana" Kata Thania.

"Ceritalah pengalaman kau kat sana" Kata Isaac teruja.

Thania pun menceritakan pengalamannnya di sana.

Datin Zana dengan Datin Sally dari tadi sibuk bersembang. Kadang-kadang mereka bergelak tawa. Entah apa yang diboraknya.

Setelah 2 jam bersembang sakan di dalam cafe itu, mereka pun balik.

Keadaan di luar cafe sedikit hujan walaupun dalam keadaan matahari yang panas.

Mereka terpaksa meredah ke tempat kenderaan diparking.

*
*
*
*
*

Big Boy FamilyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang