Bab 7

66 2 2
                                    

Pagi itu, Isaac terjaga dari tidurnya kerana dikejutkan oleh pembantu rumah mereka.

"Dik Isaac, bangun. Udah siang ni" ujar pembantu rumah itu.

Isaac merengek lalu menutup mukanya di dalam selimut.

"Janganlah kacau. Isaac nak tidur ni bik" rengeknya kerana tidur terganggu.

"Datin udah pesan tadi suruh bangunin dik Isaac. Bangun ya"

"Eee herkmmm. Jangan la kacau" dia mengerutkan dahi.

Datin Zana datang dari dapur.

"Kenapa bising-bising ni?" ujarnya.

"Datin, Dik Isaacnya enggak mau bangun. Saya sudah 2 kali bangunin" adu bibik itu.

"Takpe kak, biar saya kejutkan. Kamu boleh pergi dapur ya" ujarnya.

Pembantu itu pun pergi dari situ.

"Isaac, wake up sayang. Dah pukul 10 ni. You already skip your breakfast"

"hermm mama, bagi Isaac 20 minit je lagi please"

"Bangun sayang. Naik bilik" Datin Zana menarik selimut anaknya.

Isaac menarik semula selimut itu.

"Ya allah. Tak malu punya budak dengan tak berseluarnya lagi tidur kat bawah ni"

Isaac tersengih walaupun kata masih tertutup.

Datin Zana menggomol pipi anaknya dan memberikan cium diseluruh muka Isaac.

"Ishh mama tak suka lahh"

Datin Zana ketawa. Dia membangunkan Isaac lalu memeluk pinggang anaknya.

Dia membawa Isaac naik ke bilik.

"Mama, Isaac rasa dah boleh pakai seluar lah. Dah sembuh. Dah tak sakit"

"Kalau Isaac rasa dah boleh pakai, pakai je lah"

"Okey mama. Mama, Isaac nak mandi kolam boleh? bosanlah duduk rumah. Dah la takde kawan" ujarnya.

"Boleh sayang. Tapi makan dulu baru mandi kolam. Nanti gastrik kamu datang" pesan Datin Zana.

Isaac mengangguk.

*******

Petang itu Dato dan Datin Zana keluar.

Isaac hanya duduk di rumah kerana dia masih belum sembuh sepenuhnya.

Dia hanya duduk di teman tv sambil menonton netflix. Kerepek pisang dijamahnya.

"Mana Mama dengan Baba ni" keluhnya. Dah 3 jam mereka keluar.

Isaac menekan nama Baba di screen handphonenya.

"Ello baba, baba kat mana. Lamanya keluar. Bosanlah baba" katanya.

"Isaac ni suka kacau mama dengan baba dating kan" Ujar Dato Zana.

"Siapa benarnya baba dating dengan mama isaac. Cepat la pulang baba" rengeknya di dalam talian.

"Ye sayang. lagi 10 minit sampai"

"Okeyy bye"

Panggilan ditutup.

selang 15 minit Orang tuanya pun sampai di rumah.

"Lamanya, Isaac dah lapar" ujarnya.

"Bibik dah masakkan tu. Jom kita makan Sayang"

best betul jadi orang kaya ni. Sampai rumah je dah ada orang masakkan.

Big Boy FamilyWhere stories live. Discover now