Bab 2

126 1 0
                                    

Isaac Anas terbangun dari lelapnya. Dia melihat disekeliling pejabat Dato Daud.

Dati Daud tiada di dalam bilik itu.

Dia pun keluar kerana kehausan. Kaki melangkah ke pantri.

Paket milo diambil. Lalu button air panas ditekan.

Setelah siap. Dia membawa mug itu dengan terhati-hati.

Tiba-tiba seorang wanita yang lengkap dengan pakaian sekolah terlanggar bahunya dan menyebabkan sedikit air panas terkena pergelangan tangan Isaac.

Mug itu terlepas dari genggamannya.

"Awww panas!" Isaac duduk mencangkung sambil memegang tangannya.

"Im so sorry! Awak okey ke?" ujar wanita yang kelihatan sebaya dengannya.

"Pedih! Babaaa!!" jeritnya.

Dato Daud berlari kearah jeritan itu diikuti dengan seorang lelaki yang berpakaian kemas.

"Ya Allah Isaac. Kenapa ni" Dato Daud cemas lalu merangkul badan anaknya.

"Baba, pedih" matanya sudah berair. Kesakitan menahan pedih pada kulit putihnya.

"Im really sorry uncle. Thania terlanggar anak uncle tadi. Thania tak sengaja" ujarnya dengan rasa bersalah.

"Ya allah Thania. Lain kali hati-hati lah sayang. Kesian Isaac kena air panas" Dato Yusri mencelah.

Dato Daud dan Dato Yusri mengadakan sedikit perbincangan di dalam ruang mesyuarat sebentar tadi. Thania merupakan anaknya. Dia terpaksa mengikut Daddynya selepas pulang dari sekolah hari ini.

"Sorry Daddy" ujarnya.

"Say Sorry to uncle and Isaac"

"Sorry Uncle. Sorry Isaac" Thania memohon maaf.

"No need to be sorry Thania. Takpe." Dato Daud berkata kepadanya.

Isaac dibawa masuk ke dalam pejabat Babanya. Dato Daud mengambil ubat-ubat untuk diberikan kepada anaknya.

"Sakit lagi ke sayang?" Kata Dato Daun lembut.

"he'em" Isaac mengangguk. Hampir sahaja dia menangis sekarang ini. Tetapi terbantut kerana kehadiran Dato Yusri dan Thania.

Matanya berair tetapi ditahan daripada mengalir keluar. Dato Daud yang perasan dengan memek muka anaknya terus duduk disebelah Isaac.

Kepalanya diusap lalu kedua pipi Isaac dipegang.

"Jangan tahan nangis sayang. Nanti tambah sakit. Sokey just cry okey" ujarnya lembut.

"Daud, kalau macam tu aku balik dulu lah. Esok kita sambung bincang. Takpe kau uruskan dulu anak kau tu. Nanti apa-apa kita set time balik" ujar Dato Yusri.

"Okey baik. Apa-apa bagitau kat aku" balasnya.

"Minta maaf atas pihak Thania" ujar Dato Yusri.

"Eh, tak payah minta maaf. Thania tak sengaja pun kan. No problem" Dato Daud bersalaman dengan rakannya. Mereka ketawa bersama.

"Uncle balik dulu ya Isaac. Anak jantan kena kuat. Kuat macam Baba kamu" Dato Yusri bersalaman dengan Isaac. Isaac hanya senyum nipis.

"Thania balik dulu tau Uncle. Sorry again ya Isaac. Nanti kalau jumpa lagi I belanja you aiskrim" ujar Thania.

Thania dah daddynya pun keluar.

Setelah itu Dato Daud memandang muka anaknya. Sayu sahaja.

"Sakit lagi?"

Big Boy FamilyWhere stories live. Discover now