Bab 9

45 0 0
                                    

Isaac keluar dari dalam bilik dengan sebiji bola ditangan.

Dia menuju ke rak kasut dan mengeluarkan but bola sepak berwarna putih.

"Bibik Su, Isaac main bola kat depan tu tau. Nanti nak cari Isaac, cari je kat sana" bagitahunya.

Bibik Su mengangguk.

Isaac berjalan keluar dengan gaya seperti orang dapat duit untuk membeli aiskrim. Gembira betul.

"Yeay dapat main bola. Dah lama tak main" ujarnya sendiri.

Sampai di kawasan yang sedikit luas dan terdapat tiang gol mini, dia terus memanaskan badan lalu menyepak bola itu ke dalam tiang gol.

Sewaktu dia ingin menyepak bola itu, tanpa sengaja dia terpijak permukaan bola lalu tergelincir.

Bahagian siku kanan jatuh dahulu sebelum badan.

"Auch!! Huaaaaa sakit" Teriaknya.

Bob yang kebetulan lalu di kawasan Isaac bermain terdengar jeritan anak majikannya itu.

"Isaac!" Bob berlari kearahnya.

"Huaaa abang Bob, sakit" Mukanya sudah merah.

"Macam mana boleh jatuh ni Ya allah habislah aku kena marah Dato" ujarnya.

"Hiks..hiks. Jangan bagitau Baba dengan mama" ujarnya dalam tangisan.

"Tak bagitau macam mana kalau dah jadi macam ni" ujarnya.

"Abang Bob, sakit. Tangan tak boleh gerak" Ujarnya sambil memegang siku dengan tangan kiri.

"Boleh bangun tak. Abang Bob panggil Dr kejap" Bob memapah Isaac masuk ke dalam.

******

"Baba, Hiks..hiks..sorry. Isaac tak sengaja" ujarnya menangis sambil tangannya di periksa oleh Dr Jeff.

"Why sorry to me? you say sorry to yourself. Baba told you before this kan, Don't play sport alone. See jadi apa" ujar Dato Daud sedikit dingin.

Bibir Isaac melengkung lagi. Dia rasa bersalah kerana melanggar peraturan babanya.

"Isaac bosan..Eummm hiks hiks"

"No more football activity in this house. If you wanna play, go with your friends dekat stadium" ujar Dato Daud.

"Baba...Baba marah Isaac ke. Janganlah marah" ujarnya sedih. Mata memandang Dato Daud.

"Baba tak marah Isaac, baba cuba pesan. Jangan buat lagi okey"

Isaac mengangguk polos.

"Tulang dia okey. Cuma tangan dia akan lebam sikit" Kata Dr Jeff.

"Nasib baik, kalau tak kesian tangan anak aku" Kata Dato Daud.

"Haih budak ni mak ayah baru tinggal sejam kat rumah dah jadi macam ni" ujar Dr Jeff. Dia faham sangat dengan Isaac ni. Suka explore aktiviti lasak tapi selalu tercedera. Lepas tu nangis.

Setelah selesai memeriksa Isaac, Dr Jeff pun meminta diri untuk pulang.

"Isaac, baba pergi kerja balik tau. Mama kata dia balik malam sebab dia nak melawat kawan dia kat hospital" ujar Dato Daud.

"Baba nak ikut gi office boleh?" mula kesian ditunjukkan.

"Boleh sayang baba. Pergi siap, baba tunggu kat bawah" ujarnya.

Setelah 15 minit, Isaac pun turun ke bawah dan mereka berdua bertolak ke office Dato Daud.

*****

seronok dia duduk dalam bilik baba.

Dato Daud menghadiri meeting sejak 20 minit yang lalu.

Isaac bosan. Dia ingin tidak tahu ingin berbuat apa.

Dia pun keluar daripada bilik itu lalu pergi bersiar-siar.

"Hai Tuan Isaac" sapa pekerja di sana.

"Halo, Kak Kate, Isaac bosanlah" Isaac mengadu manja dengan Kak kate.

Semua pekerja di situ ramah dengannya. Mereka pun tahu yang Isaac ni adalah permata Dato Daud dan Datin Zana.

"Isaac tak sekolah ke?"

"Cuti semester baru. Esok baru mula sekolah balik"jawabnya sopan.

"Ohh ye ke"

"Haah, Kak Kate, boleh tak nak jalan-jalan kat bawah?" dia mahu meminjam kad pekerja Kak Kate untuk scan lift agar dia boleh turun ke bawah.

"Wopsss, cannot. Dato dah pesan tau dekat kitorang yang kamu tak boleh pergi mana-mana" ujarnya.

"Alaa, bosanlah macam ni. Nak balik je la" rungutnya.

Dia berjalan ke ruangan meeting.

Isaac melihat ramai orang tengah duduk berbincang. Sepertinya ada perkara serius dibincangkan.

Isaac tanpa berfikir panjang terus masuk ke ruangan itu tanpa mengetuk.

"MACAM MANA BOLEH ADA ISU RASUAH DALAM PROJEK NI?!! HEY! SIAPA PULA YANG MASUK TAK KETUK PINTU NI!" Tengking Dato Daud yang sedang memarahi staff di situ.

Semua mata tertumpu ke arah Isaac yang tercengang di depan pintu.

Dia terkaku. Matanya merah menahan nangis.

"Isaac, kenapa masuk sini" ujar Dato Daud yang mengendurkan suaranya apabila melihat Isaac.

Isaac terus berlari keluar dari bilik itu.

Dato Daud mengeluh. Habis lah dia.

"Meeting kita stop sampai di sini. Anything i will inform" ujar Dati Daud lalu keluar.

Dia berjalan masuk ke dalam bilik kerjanya.

Melihat Isaac yang sedang tersedu di tepi sofa sambil menyorokkan muka dengan lengan.

"Isaac, Baba minta maaf"

"Taknak kawan baba lagi! hiks..mama. Nak mama"  ujarnya.

"Baba tak sengaja sayang. Baba takde niat nak marah Isaac"

"Nak mama! Hikss huaaaa" bunyi menangis semakin kuat.

Dato Daud memeluk Isac erat. Cuba menenangkan anaknya.

Isaac meronta untuk melepaskan diri dari pelukan.

"Nak balik hiks hiks"

"okey boy, kita balik"

Dato Daud membawanya pulang.

Sampai di rumah dia terus masuk ke dalam bilik. Mengurung diri.

*****

Malam itu, Datin Zana tiba di rumah. Isaac segera kearah mamanya dah menceritakan bahawa dia masih merajuk dengan baba.

Malam itu Dato Daud terpaksa tidur sendiri di bilik kerana Datin Zana menemani Isaac tidur atas permintaan anaknya.

Big Boy FamilyWhere stories live. Discover now