10.

35 12 2
                                    

author's

"Hae, kenapa suruh nuna datang awal? Kata latihan habis pukul lima." Ujar Minha sebaik sahaja melihat Haerim yang sedang menunggunya.

"Jacob hyung kena tangkap polis..."

Minha memandang Haerim pelik. "Kamu ni demam ke? Ke penat sangat? Jomlah balik." Tangan Haerim dicapai sebelum Minha tariknya perlahan menuju ke kereta.

"Jacob hyung kena tangkap polis." Ujar Haerim lagi. Kali ini Minha memberhentikan langkahnya. Pandangannya sepenuhnya pada Haerim. Haerim nampak lebih serius daripada biasa.

"Why?"

"Eomma Bae sekarang kat hospital, kritikal." Tanpa menjawab soalan Minha, Haerim memberitahu tentang Puan Bae.

Minha menekup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Kita pergi melawat Eomma Bae dulu, nanti Hae cerita apa yang Hae tahu kat nuna."

ଘ♡ଓ

Sebaik sahaja sampai di rumah Jacob yang dipenuhi ramai orang-orang, Kevin terus menghampiri salah seorang orang awam disitu.

Dia sudah bersihkan dirinya sebelum kembali ke kawasan perumahan tersebut.

"Jangan melepasi tanda ini, tolong beri kerjasama. Kami masih dalam penyiasatan." Ujar salah seorang anggota polis yang cuba mengawal keadaan disitu.

"Maafkan saya, tapi kenapa ramai-ramai kumpul kat sini?" Bahu salah seorang orang awam disitu dicuit.

"Ouh, tadi ada pemilik rumah ni kena tikam dengan anak dia sendiri."

"What?" Kevin berpura-pura terkejut. Tangannya menekup mulutnya, seakan-akan tidak percaya dengan berita yang disampaikan.

"Kejam betul budak tu, mak sendiri pun nak bunuh." Komen seorang lelaki tua yang sedang melihat anggota-anggota polis keluar masuk dari rumah Puan Bae.

Tanpa menghiraukan sesakkan itu, Kevin mula meredah lautan manusia itu supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas penyiasatan itu.

Matanya tertumpu pada wartawan yang sedang mewawancara beberapa penduduk awam.

"Puan yang membuat laporan polis?"

"Ya, saya yang buat laporan polis. Tadi saya tengah memasak kat dapur, tiba-tiba dengar orang menjerit. Saya terus berlari tengok apa yang jadi. Bila saya muncul saya nampak Puan Bae dah terbaring diatas lantai. Saya gelabah dan terus belari masuk rumah untuk call polis. Sebelum saya masuk rumah saya nampak ada orang pakai sweatshirt hitam kat depan pintu rumah." Kevin terus mengetap bibirnya.

"Mungkin dia cuba larikan diri."

"Lepas Puan call polis apa yang Puan buat?"

"Saya terus kunci semua pintu rumah dan tingkap. Saya terlalu takut untuk keluar apatah lagi nak jenguk ke luar tingkap." Kevin menghembus nafas lega. Mana mungkin perempuan tua itu nampak wajahnya.

"Puan nampak wajah lelaki itu?"

"Tak, tapi rambutnya warna light brown." Kevin tersenyum sinis. Dia selamat.

"Terima kasih atas info ini Puan."

"Tuan kami jumpa pisau yang mungkin digunakan untuk menikam mangsa." Kevin terus memandang kearah suara itu.

badcobWhere stories live. Discover now