12.

38 12 12
                                    

author's

"Sila perkenalkan diri kamu."

"Saya Yoo Haerim, kawan kepada Bae Joonyoung." Tanpa teragak-agak Haerim menjawab. Dia memandang Jacob

"Baiklah." Peguam Kim bersuara.

"Pada hari Puan Bae Joori dijumpai ditikam dirumahnya, kamu tahu dimana Bae Joonyoung berada?" Soal Peguam Kim sambil memandang Haerim.

"Ya. Dia bersama saya, kami ada latihan bola keranjang." Dengan yakin Haerim menjawab, memandang Peguam Kim dengan penuh harapan.

"Pada jam 3:47 petang, kamu tahu dimana Bae Joonyoung?"

Haerim menggelengkan kepalanya. "Hyung balik awal."

"Jadi kamu tak boleh nak pastikan yang Bae Joonyoung bukan pesalahnya." Peguam Kim tersenyum kecil sebelum menyilangkan kedua belah tangannya.

"Jacob hyung tak tikam eomma bae!" Haerim bangkit dari tempat duduknya, pandangan matanya seakan-akan mahu menikam Peguam Kim.

"Sila jaga tutur kata anda, hormat mahkamah" Hakim yang hanya mendiamkan diri dari tadi mula bersuara.

Haerim menunduk.

"Kamu boleh kembali ke tempat duduk kamu." Ujar Peguam Kim.

Tanpa berkata apa-apa Haerim terus kembali ke tempat duduknya, disebelah Minha.

"Saya akan panggil saksi seterusnya." Peguam Kim bersuara lagi.

Salah seorang daripada khalayak ramai yang menghadiri perbicaraan itu bangkit dari tempat duduknya, dan terus duduk tempat saksi.

"Sila perkenalkan diri kamu."

"Saya Kim Haru, pekerja sambilan e-market." Haru menghembus nafas kecil, agak gemuruh dengan situasi itu.

"Berdasarkan keterangan tertuduh, tertuduh mengatakan dia ada pergi ke e-market sebelum pulang ke rumah, dan pada waktu itu adalah shift kamu bukan?"

"Ya, saya tak nafikan pada waktu itu adalah shift saya. Tapi saya tak dapat pastikan sama ada dia datang ke sana waktu itu. Saya terlampau penat dan tak mampu mengecam sesiapa, maaf." Ujar Haru sambil menunduk.

Peguam Kim hanya mengangguk perlahan.
Jacob yang hanya mendiamkan diri dari tadi hanya melihat saksi-saksi itu menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh Peguam Kim.

"Baiklah saksi seterusnya..." Mata Jacob bersinar sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh seseorang yang paling dinantikan olehnya duduk ditempat saksi itu.

"Saya Kevin Moon."

"Jadi kamulah yang tinggal serumah dengan Joonyoung dan Puan Bae Joori?" Kevin mengangguk. "Ya."

"Pada hari kejadian, kamu berada dimana?" Peguam Kim menyoal, sambil memandang Kevin yang kelihatan sangat tenang itu.

"Saya berada di rumah kawan saya yang lain. Awal-awal pagi lagi saya sudah keluar dari rumah untuk melepak bersama kawan-kawan saya." Ujar Kevin sebelum mengkir senyuman kecil.

Jacob terkaku. "Bukan ke dia ada kat rumah, lepak sama-sama dengan aku sebelum aku pergi latihan..." Jacob guman perlahan. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Kevin menipu!

Jacob hanya melihat Kevin bangun dari tempat duduk saksi itu sebelum berlalu pergi keluar dari kawasan perbicaraan itu.
Jacob hanya menunduk, tak mampu hadap semua ini lagi.

"Dan, saksi terakhir." Jacob mengangkat wajahnya, memandang seorang makcik yang duduk yang tempat saksi yang diduduki Kevin sebentar tadi.

Fikiran Jacob sudah melayang jauh, harapan untuk bebas daripada tuduhan palsu itu semakin tipis.

"Puan yang hubungi polis pada waktu itu bukan?"

"Ya, saya." Makcik itu mengangguk sambil membela rambutnya yang kelihatan kusut.

"Boleh ceritakan apa yang puan tahu pada waktu itu?"

"Masa tu saya tengah memasak kat dapur, tiba-tiba dengar orang menjerit. Cepat-cepat saya keluar rumah dan pergi rumah Puan Bae."

"Luruh jantung saya bila tengok Puan Bae kena tikam dengan lelaki ni." Makcik itu menunding jarinya pada Jacob

Mata Jacob membulat. "Makcik tipu!" Jacob terus bangun dan menghentak kedua tangannya pada meja yang didudukinya itu.

"Tertuduh tolong duduk."

Jacob terkesima. Sungguh dia tak pernah lakukan semua perkara itu.

"Puan... Sila sambung keterangan Puan." Peguam Kim bersuara sambil memberi isyarat tangan.

Makcik itu menarik nafas dalam sebelum menyambung keterangannya. "Saya cam sangat muka dia. Lepastu saya cepat-cepat balik rumah, tutup semua pintu tingkap dan call polis."

"Saya takut sangat, jadi tak mampu nak keluar rumah selepas itu." Sambung makcik itu lagi sambil menayangkan wajah sedih.

ଘ♡ଓ

"This is for youu~" Sambil menayangkan senyuman manisnya, Kevin terus menghulurkan sampul putih kepada wanita separuh abad itu.

"Kalau ajumma tahu kamu nak bagi banyak ni, ajumma boleh tokok tambah lagi tadi." Kata makcik itu sambil menyimpan sampul itu kedalam beg tangannya.

"Awww, no need ajumma." Kevin hanya tersengih kecil.

"Kalau ada apa-apa lagi kamu boleh call ajumma."

"Okiee." Balas Kevin sebelum pergi meninggal makcik itu sendirian dikawasan itu.

"Rot in hell Jacob, hihi."

ଘ♡ଓ

"Oi budak baru!" Sedar akan dirinya dipanggil Jacob terus menoleh kearah sekumpulan manusia yang sedang memandang kearahnya.

"Ambil bola tu!" Mata Jacob kini tertera pada bola keranjang yang berada betul-betul bersebelahan dengan kakinya.

Tanpa teragak-agak Jacob memgambil bola itu dan melemparkan kepada salah seorang daripada sekumpulan manusia itu.

"Jom join kitorang! Kitorang tak cukup ahli!"

Jacob mengukir senyuman kecil.

"Baik!"

ଘ♡ଓ

"Aku tak tahu pulak kau pandai main bola keranjang."

"Kau ni nampak soft sangat."

"I actually a basketball player." Balas Jacob sambil tersengih kecil.

Mereka hanya mengangguk.

"Kenapa kau kat dalam ni, kau tahu kan tempat ni untuk orang bermasalah macam kitorang." Kata salah seorang daripada mereka.

Jacob hanya mendiamkan diri

"By the way, lebam kat muka kau tu sakit lagi ke?"

Jacob menggeleng.

"Maaf sebab kitorang pukul kau haritu. Mulai harini kau lepak dengan kitorang." Katanya lagi sebelum menghulurkan tangan.

"Sure." Jacob berjabat tangan dengan manusia tersebut.

"Aku Changmin."

ଘ tbc ଓ

dua hari tak menaip, makin hudoh
cara penulisan hikseu

badcobWhere stories live. Discover now