18.

54 13 40
                                    

author's

"Ark!" Minha membuka matanya. Tangan Haerim yang tiba-tiba mendarat diatas mukanya ditepis. Perlahan-lahan Minha duduk, melihat sekeliling ruang tamu rumah itu.

Pandangan Minha pada Haerim yang masih nyenyak tidur. "Eyy tidur macam budak-budak."

Minha mengambil phonenya. Jam menunjukkan jam 5:16 a.m sudah hampir tiga jam dia rehat.

Dia terus bangkit dari lantai itu, berjalan sekeliling, cuba mencari kamera itu lagi.

Tiba-tiba dia terpijak sesuatu. "Arghh apa tuuu!!" jerit Minha kerana terlalu terkejut.

"Arghh apa tuu!"

Minha terkaku. Siapa pulak yang mengajuk dia pagi-pagi buta ni. Matanya memandang sekeliling. Nafasnya naik turun kerana terlalu takut. Akhirnya matanya tertancap pada skrin televisyen di ruang tamu itu.

"Bukan ke ni tv, tapi kenapa-"

Minha berjalan mendekati televisyen itu. Alangkah terkejutnya dia apabila dia dapat melihat dirinya sendiri dalam skrin televisyen itu.

"Helloo" tangannya dilambaikan-lambaikan.

"Helloo"

Minha menekup mulutnya.

Jangan beritahu yang televisyen ni adalah kamera yang dia cuba cari dari petang tadi.

Minha terus berlari kearah Haerim yang masih nyanyak tidur. Bahu Haerim Minha tampar beberapa kali.

Tidur mati gamaknya budak ni.

Belum sempat Minha tampar pipi Haerim alarm yang dikunci haerim sebelum tidur tadi berbunyi. Minha dan Haerim keduanya terkejut kerana intro lagu blackpink lantang itu.

"Yeah yeah yeahhh"

"Blackpink in your area!"

Haerim terus mengambil phone aku lalu mematikan alarm tersebut.

"HAERIM PALLI TENGOK NI!" Minha memegang lengan Haerim erat.

"APA NI NUNA ORANG BARU BANGUN!" Haerim menarik semula tangannya. Badannya diregangkan beberapa kali tanpa menghiraukan Minha yang sudah membebel itu.

"HAE SINI!" Dengan kekuatan yang Minha ada, dia akhirnya mengheret Haerim.

"Tengok ni bebal." Kata Minha sambil menunjukkan skrin televisyen itu.

"Apa ni, cermin ke?" Haerim yang separa sedar itu melambai-lambaikan tangannya. "Handsome jugak aku ni."

"OPEN YOUR EYES HAERIm. TENGOK GUNA MATA JANGAN GUNA LUTUT."

"Kenapa Hae nampak diri sendiri dalam tv ni, ada kamera ke- OMO!" Haerim memandang Minha sebelum menekup mulutnya.

"JANGAN CAKAP YANG-"

"yes HAERIM YES!"

"Nuna kita dah jumpa CCTV TU AARGHHHH!!" Haerim dan Minha berpelukan.

"Tapi..."

"Macam mana nak cari rakaman tu?" Soalan yang diutarakan Haerim membuatkan Minha terkaku.

Minha terduduk, menanangis lagi. "TAKKANLAHUSAHAAKUNISIASIALAGIIIIIIAAARGHHHHH!!" Minha meraung sepuas hatinya, harapan yang datang menyinggah seketika tadi lenyap tanpa dia sempat gapai walaupun sekejap.

"Nuna calm down. Kita akan cari cara jugak macam mana nak cari bendalah ni okay. Nuna tenangkan diri dulu. Everything will be fine okay?" Belakang badan Minha Haerim usap perlahan.

Minha mengangguk perlahan. "Kita tak boleh give up nuna!" Minha mengesat air matanya sebelum memberi Haerim senyuman kecil.

"Macam mana nuna bukak tv ni tadi?"

badcobWhere stories live. Discover now