SPECIAL CHAPTER

59 13 72
                                    

author's

"Hae nak bawak nuna pergi mana lagi ni?" Soal Minha sambil mengeluh. Kakinya rasa macam nak patah, dah setengah jam jalan tak berhenti. Semua salah Haerim, nak sangat jalan kaki.

Nak pergi mana dia pun tak tahu.

"Penatlah dah ni. Malam nanti ada birthday party pulak adu malasnya." Minha mengeluh lagi.

"Nenek ikut je ya? Tak lama dah sikit je lagi." haerim tergelak kecil.

"NENEK? KURANG AJAR PUNYA ADIK! KAU PERGI SANA SORANG-SORANG NUNA NAK BALIK!" Minha menghentikan langkahnya. Wajahnya bertukar masam. Dahlah penat, kena panggil nenek pulak.

"Nuna ni, Hae gurau je ala ala jomlah nuna, betul ni dah nak sampai dah tak tipu." Haerim memegang tangan Minha. Matanya dikerdipkan beberapa kali, supaya nampak comel dimata Minha.

"Macam anak anjing." Komen Minha.

"Anak anjing memang comel tapi bunyinya macam kasar sikit." Haerim mencebik.

"Nuna palli dah nak sampai dah jomm!"

ଘ♡ଓ

"Tempat apa ni?" Soal Minha sebaik sahaja mereka tiba dihadapan sebuah studio.

"JCB?" Minha membaca huruf yang berada dihadapan pintu studio itu. Kepalanya menoleh memandang Haerim yang hanya tersengih-sengih sehingga menampakkan giginya.

"Jom masuk." Haerim memasukkan kata laluan sebelum membuka pintu itu. Tangan Minha ditarik masuk kedalam studio itu.

"Wah, cantiknya. Hadiah birthday nuna ke ni?" Minha menyoal Haerim sambil berjalan-jalan disekitar studio itu. Bersinar-sinar matanya melihat deco studio itu.

"Terima kasih, and nope." Jawab Haerim.

"Sampai hati." Minha menayangkan wajah sedih sambil mengelap air mata palsunya. Dia hanya mengabaikan Haerim lalu berjalan-jalan lagi disekitar ruang studio itu.

Terdapat piano, drum, dan pelbagai jenis gitar yang berlainan rekaan.

"Gambar apa tu?" Minha terus berjalan kearah satu meja kecil yang terdapat disebelah sliding window.

"Nuna sini." Belum sempat Minha mencapai gambar itu Haerim sudah memanggilnya.

"Apa?" Minha mendekati Haerim yang sedang duduk disebuah meja yang terdapat komputer dan pelbagai alat elektronik yang lain. Minha melihat skrin komputer itu.

"Apa ni?" Soal Minha sambil menunjukkan pada file yang terdapat simbol-simbol yang aneh.

Haerim tidak menjawab, sebaliknya dia bangun dari kerusi yang didudukinya. Minha hanya memandang Haerim dengan pandangan aneh. "Duduk sini." Arah Haerim sambil matanya fokus pada skrin komputer itu.

Minha hanya menuruti. Tanpa berkata apa-apa Haerim memakaikan headphone kepada Minha. "Kenapa ni?" Soal Minha lagi sambil memandang Haerim. Aneh-aneh je budak ni eyy.

Haerim masih lagi tidak menjawab. Dia terus menekan-nekan papan kekunci dihadapan Minha.

"Hae kalau nak tunjuk video jumpscare baik tak payah." Minha memberi amaran awal. Dia sudah siap sedia untuk mempertahankan dirinya.

badcobWhere stories live. Discover now