13.

45 12 43
                                    

author's

"Apa nama kau?"

"Joonyoung, but aku prefer orang panggil aku Jacob." Jawab Jacob sambil mengukir senyuman kecil.

Changmin dan rakan-rakannya yang lain hanya mengangguk.

"Aku Chanhee, yang hidung tinggi ni Hyunjae, yang nampak macam bapak orang tu Sangyeon dan yang tak reti-reti senyum tu Sunwoo." Ujar seorang lelaki yang rambut berwarna pink sebelum merampas bola keranjang itu daripada Changmin.

"Aku reti senyumlah!" Sunwoo menampar kuat bahu Chanhee, menyebabkan dia menjerit kesakitan.

"Sakitlah tak guna!" Sunwoo hanya memekakkan diri sambil mengajuk-ajuk Chanhee.

"Diorang memang macam ni, jadi biarkan." Sangyeon bersuara sambil tersengih sehingga matanya tidak kelihatan. [ ᵔᴗᵔ ]

Jacob hanya membalas dengan anggukan.

Sedikit sebanyak rindunya pada Puan Bae terubat melihat tingkah-laku lima sekawan itu bergaduh disebabkan hal-hal kecil.

"

Banduan 3005, kamu ada pelawat." Jacob segera bangkit dari tempat itu, menunduk hormat pada mereka berlima sebelum mengikuti pegawai tersebut.

ଘ♡ଓ

"Macam mana dengan eomma?" Soal Jacob sebaik sahaja dia mencapai gagang telefon tersebut. Melihat riak wajah Minha yang muram membuatkan dia tak senang duduk.

"Maaf."

"She's gone." Jacob menggelengkan kepalanya.

"Kau tipu." Nafas Jacob tersekat-sekat. air matanya mengalir. Gagang telefon itu digenggam kuat.

"I'm sorry." Ujar Minha sambil menangis teresak-esak.

Jacob meletakkan gagang telefon itu. Dia meraup mukanya dengan kedua belah tangan. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlari keluar dari ruang melawat itu.

"Jacob!"

ଘ♡ଓ

"Tuan tolong! Benarkan saya jumpa eomma saya!" Jacob melutut dihadapan pegawai polis itu.

Air matanya tak henti-henti mengalir membuatkan penglihatannya kabur. Tapi dia masih tidak lagi berhenti berharap supaya dapat jumpa Puan Bae untuk kali terakhir.

Pegawai polis itu kekal ditempatnya, berdiri tegak seperti tugu negara. Langsung tidak memberikan reaksi.

"Tolong benarkan saya jumpa eomma! Saya janji saya tengok dia sekejao sahaja, tolong benarkan saya Tuan!"

Jacob memegang kaki pegawai itu pula, masih merayu.

"Jacob!" Sangyeon bersama Sunwoo yang melalui kawasan itu segera mendapatkan Jacob yang masih meraung-raung pada pegawai tersebut.

"Jacob kaja." Sangyeon menarik tangan Jacob, supaya pergi dari kawasan tersebut.

"Eommaa...."

"Kau menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, diorang tak akan layan kay Jacob." Sunwoo bersuara, membuatkan tangisan Jacob semakin kuat.

"Andwae eommaaa!!"

Tanpa berkata apa-apa Sangyeon dan Sunwoo mengheret Jacob ke tempat mereka bermain bola keranjang sebentar tadi.

ଘ♡ଓ

"Apa yang dah jadi?" Soal Changmin pada Sangyeon apabila dia melihat Jacob hanya berpeluk tubuh dipenjuru dinding sambil menangis.

"I don't know, tadi aku dengan Sunwoo jumpa dia meraung-raung dekat pegawai sana tu." Balas Sangyeon sambil mencabut-cabut rumput dihadapannya.

Changmin hanya mengangguk.

"Kau rasa betul ke dia ni pembunuh macam yang diorang cakap tu?" Soal Hyunjae sambil memandang keempat-empat manusia yang berada dihadapannya.

Mereka berempat hanya mengangkat bahu, tidak pasti.

"Aku tengok macam tak je, tapi kita tak tahu. Dunia ni kan penuh dengan twist, macam kau Chanhee. Muka suci macam fairy, tiba-tiba tanam ketum." Changmin menekup mulutnya, menahan diri daripada ketawa.

Chanhee sudah bersedia untuk menumbuk Sunwoo yang sudah terguling-guling diatas tanah menggelakkan Chanhee.

"Kau tanam ketum Chanhee?" Hyunjae menekup mulutnya, tidak percaya dengan info yang baru sahaja diterima.

"Well, sekarang susah nak buat duit."

"Sangyeon, macam mana kau boleh ada kat dalam ni ea?" Soal Hyunjae pada Sangyeon. Sebelum ni tak pernah-pernah pun dia ambil berat tentang semua ni, tiba-tiba hari ni dia yang melebih.

"Urmm.. aku pukul kawan aku sampai mati?" Jawapan Sangyeon membuatkan Hyunjae, Chanhee dan Sunwoo mendiamkan diri.

"WEH SAMA!" Changmin bersuara sebelum mengangkat tangannya untuk high five bersama Sangyeon. Mereka berdua tergelak-gelak sambil bertepuk-tepuk tangan.

"Seram gila dua ekor ni." Chanhee bersuara sambil memeluk Hyunjae dan Sunwoo. Hyunjae dan Sunwoo mengangguk laju, setuju dengan Chanhee.

"Guys, relax. Diorang mati je." Jawab Changmin sambil tergelak kecil.

Hyunjae menelan air liurnya.

"Kenapa korang pukul kawan korang tu?" Soal Chanhee sambil menjauhkan diri dari Sunwoo dan Hyunjae. Lama-lama duduk rapat-rapat rimas juga. "Kan, sampai mati pulak tu." Tambah Sunwoo pula.

"Ouh, dia kahwin dengan tunang aku sehari sebelum majlis kitorang." Jawab Sangyeon sambil tergelak kecil.

"Pastu apa jadi kat tunang kau?"

Sangyeom hanya mengangkat bahunya.

"Kau pulak Changmin." Sangyeon menepuk lembut bahu Changmin.

"Dia campak patung chucky aku dalam sungai."

ଘ tbceu ଓ

badcobWhere stories live. Discover now