16.

47 12 63
                                    

author's

"Banduan 3005."

"Banduan 3005, sila bangun." Bahu Jacob ditepuk-tepuk oleh pegawai tersebut. Jacob yang masih mamai itu hanya memandang kosong pegawai itu.

"Sila kemas segala barangan kamu."

"Kamu telah dibebaskan."

"A-apa?" Mata yang kuyu tadi serta-merta segar. Jacob bangkit dari katilnya sambil memandang pegawai itu dengan penuh persoalan yang muncul dalam benaknya.

"Kamu telah dibebaskan." Ulangnya lagi.

"Ini pakaian kamu, baju itu kamu boleh tinggalkan diatas katil." Ujar pegawai itu sebelum pergi meninggalkan Jacob sendirian. Kali ini dia tidak mengunci pintu sel Jacob, hanya membiarkannya terbuka seolah-olah tiada sesiapa didalam sel ini.

Jacob menggaru kepalanya.

Dia melihat baju yang baru diterimanya tadi.

Sweatshirt kegemarannya.

"Macam mana aku boleh bebas?"

ଘ♡ଓ

"Jacob!" Jacob terus menoleh kebelakang. Kelihatan Sunwoo, Changmin, Chanhee, Hyunjae dan Sanyeon berlari-lari anak menuju kearahnya.

"Kau tak cakap pun kau dah boleh keluar!" Kata Sunwoo sambil memukuk lengan Jacob.

Jacob hanya tersengih. "Aku sendiri pun tak tahu yang aku dah bebas."

"Nanti kau dah keluar mesti kau dah lupa kitorang." Ujar Hyunjae sambil mencebik. Kedua tangannya disilangkan ke dada.

"Kan." Changmin bersuara, menyokong kenyataan Hyunjae.

"Nanti aku datang melawat."

"Wahhh!"

"Bawak fried chicken!"

"Dengan fries!"

"Waffle!"

"Alang-alang tu kau datang esok terus!" Jacob tersengih-sengih melihat telatah mereka berlima. Dah macam budak-budak.

"Okay, aku datang esok."

"Kau seriuslah?" Chanhee menyoal. Matanya membulat. Dia hanya nak bergurau dengan Jacob, tak sangka pulak dia ambil serius.

"Yeah."

"WOAH." Sunwoo menjerit keriangan.

"Bae Joonyoung sila ikut saya." Pegawai yang berada disebelah Jacob itu bersuara. Jacob yang baru teringat akan kehadiran pegawai itu terus mengikutinya.

"Jacob bye!"

"Jumpa lagi." Jacob melambai-lambaikan tangannya kepada mereka berlima. Senyuman manis diukirkan sebelum dia keluar dari ruangan tersebut.

ଘ♡ଓ

"Baiklah, sampai disini sahaja saya temankan kamu. Kamu dah boleh pulang ke rumah."

"Terima kasih." Ujar Jacob sebelum menunduk hormat kepada pegawai itu. Pegawai itu turut menunduk sedikit sebelum kembali masuk ke dalam.

badcobWhere stories live. Discover now