11.

35 11 4
                                    

author's

"Jadi kaulah budak baru yang bunuh mak kau sendiri tu?" Jacob yang hanya termenung sendirian dimeja rehat itu ditegur seseorang.

"Aku tak bunuh eomma."

"Pandai menjawab." Lelaki itu tersenyun sinis.

Jacob bangkit, mahu pergi dari situ. Tanpa dis sempat berlalu, bahunya ditarik sehingga dia terjatuh. Kolar bajunya digenggam sebelum wajahnya ditumbuk oleh manusia itu.

Jacob cuba membalas tumbukan lelaki itu, tetapi dia ditahan oleh seseorang dari belakangnya. Tanpa sempat menoleh, dia ditumbuk sekali lagi. Jacob memegang hujung bibirnya yang berdarah.

Anak matanya menenung sekumpulan lelaki yang berbadan sasa yang berdiri dihadapannya.

Tanpa berkata apa-apa mereka beramai-ramai membelasah Jacob sehingga dia terbaring lemah diatas lantai sejuk itu.

"Budak baru nak tunjung belang, tch."

"Lemah." Kata salah seorang daripada mereka sebelum meludah kepada Jacob.

ଘ♡ଓ

"

What happen to your face?" Soal Minha sebaik sahaja dia mencapai gagang telefon itu.

"Nothing." Balas Jacob sebelum mengukir senyuman tipis.

"Diorang pukul kau?" Soal Minha lagi, masih tidak berpuas hati dengan jawapan Jacob. Minha melepaskan keluhan kecil apabila Jacob hanya menunduk.

"Jacob, ju-"

"Kenapa nak jumpa aku?" Potong Jacob tanpa Minha sempat menghabiskan ayatnya.

Minha menarik nafas sebelum perlahan-lahan menghembuskannya.

"Kau tak buat semua ni kan?"

"Eomma macam mana?" Tanpa menjawab soalan Minha, Jacob menyoal Minha semula.

"Pembedahan berjalan lancar, cuma dia masih dalam keadaan kritikal." Jawab Minha tanpa memandang Jacob. Tidak mahu melihat riak wajah Jacob yang hanya akan membuatkannya semakin sedih.

Jacob hanya mengangguk perlahan.

"Tolong jaga dia untuk aku." Tangan Jacob menyentuh perlahan dinding kaca yang memisahkan mereka berdua.

"I will." Minha meletakkan tangannya ditempat yang sama dengan tangan Jacob berada, seolah-olah memberinya sedikit kekuatan untuk bertahan dengan semua ini.

"Jacob, aku dengan Haerim percayakan kau. We will help you."

"Thanks but no need."

"Aku pergi dulu." Jacob meletakkan gagang telefon itu sebelum berlalu pergi bersama pegawai yang menjaganya, meninggalkan Minha seorang diri.

ଘ♡ଓ

"

Nuna, nuna nak hire peguam ke untuk Jacob hyung?" Soal Haerim sambil bermain-main dengan kucing kesayangnya, Dobu.

"Tak, pegawai kat situ kata mereka dah sediakan peguam percuma untuk dia." Haerim hanya mengangguk.

"Perbicaraan tu bila?"

"Dalam minggu ni juga, cuma tak pasti bila. Nanti mereka inform semula kat nuna." Minha menyandarkan belakang badannya ke sofa sebelum mengambil Dobu yang berada dipangkuan Haerim dan membelainya.

"Eeee comelnya sayang saya nii~"

"Kalau Dobu gigit nuna kejap lagi jangan salahkan Hae!" Kata Haerim sebelum berlari naik ke tingkat atas.

badcobWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu