Bab 2

1.1K 46 1
                                    

Bangunan hotel sepuluh tingkat yang bernaung dibawah nama MI Empire dimasuki Ammara Aisya dengan semangat baru.

"Thanks..!"Wajah ceria pengawal yang membuka pintu utama buatnya itu disapa dengan ucapan terima kasih dan senyuman manis.Semakin murah senyuman semakin murah rezeki bak kata orang!

"Morning Cik Aisya..!"Sapa satu suara dari kaunter lobi.

"Morning..!"Ammara Aisya menundukkan sedikit kepalanya kearah front officer bertugas yang menyapanya sebagai tanda hormat.

Lantas kakinya menapak kearah satu sudut di belakang kaunter hadapan lobi hotel itu.Tangannya dihalakan kearah satu mesin pengimbas masa yang disediakan untuk staf yang bertugas di hotel itu.Itulah rutin wajib bagi setiap staf ketika masuk dan pulang dari kerja.

Dengan gaya feminin lengkap dengan blaus hitam dia melangkah kearah lif yang berdekatan lalu butang lif untuk naik ke tingkat atas ditekan.Seketika dia menapak laju masuk kedalam lif setelah beberapa saat menunggu.

"Morning Cik Aisya..!"Helen menjerit dari mejanya apabila melihat kelibat Ammara Aisya memasuki ruang pejabat.Dibalas dengan lambaian kearah Helen rakan sepejabatnya sebelum langkahnya diatur kearah sebuah bilik yang terpapar namanya di hadapan pintu.

Human Resources(HR)-Executive

Ammara Aisya Ahmad Mazlan

Ammara Aisya merenung skrin telefonnya yang berbunyi sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi .Pesanan ringkas yang baru diterima melalui aplikasi whatapps itu dibaca sebelum bibir merahnya menguntum senyuman.

Yana❤️

'Kau dah balik kan?petang ni flight aku..please be my driver tonight buddy!'

Aisya❤️

'Dah baby ku sayang ..20 usd per hour ya bebeyhhh!'

Yana❤️

'Its okay boleh je..tapi kalau tak cukup ongkos nya masuk buku tiga lima ye!bulan depan aku qadha bakinya😜!'

Aisya❤️

'Eh..takde²..cash on delivery..kalau tak cukup ongkos aku drop kau sampai mana meter aku boleh pergi je..!'

Yana❤️

'Syaitonn..ni namanya kawan dari neraka..!'

Aisya❤️

'Kawan dari neraka ni juga yang kau nak cari sebelum menuju ke titian sirat nanti!'

'Dah lah!..aku nak keje dulu..nanti malam tunggu aku sampai.'

'Jangan pulak kau merewang dok usha abang pilot kat airport tu..!"

Yana❤️

'Aku usha nak cari yang boleh dijadikan imam penuntun syurga jee..'

Ammara Aisya tersenyum sambil menggeleng kepalanya perlahan memikirkan karenah Yana rakan serumahnya yang bekerja sebagai pramugari di salah satu syarikat penerbangan.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now